Tuesday, July 4, 2017

Resepi Koew Teow Goreng Gerenti Sedap Boleh Buat Bisnes

Assalam semua.

Kali ni aku nak share resepi keow teow yang sedap dan mudah. Senang je bahan-bahan nya. Resepi ni aku dapat dari encik google juga, cuma aku simplekn lagi bahan-bahannya. Cepat dan mudah. Bahan utama pastilah Koew teow. Resepi sesuai untuk 1kg koew teow atau kurang. 

Licin koew teow goreng ni masa berbuka haritu. 1kg muai sangat untuk kami makan 3 keluarga. Sedap hingga menjilat sudu. ! 

Ni lah rupanya. Simple je, nak hias dengan daun bawang dan daun sup pun boleh.


Bahan Tumis:

1) 6 ulas bawang putih yang dipenyekkan dan dicincang halus.
2) 2 dada ayam cincang
3) 1 thigh ayam cincang
4) 1 batang fish cake

Tuesday, June 20, 2017

Resepi Sambal Kacang Gerenti Sedap

Assalam

Kali ni aku nak share resepi sambal kacang arwah mak. 16 Jun lepas which is seminggu lagi nak raya, kami semua buat keputusan nak masak 'ngunjung'. Kalau orang Johor mesti tau apa masak ngunjung ni kan. Masak ngunjung ni maknanya kita bagi masakan raya macam rendang, ketupat kepada jiran2 atau teman2 rapat tanda meraikan Hari Raya. Saja buat awal seminggu sebab nanti raya tak penat dan boleh buat lauk buka puasa kan. Kali ni aku buat 1 periuk besar. Ayam rendang pulak 8 ekor. Ha banyak kan. Mau lemah gemalai di pagi raya kalau masak sehari sebelum raya!


Actually ni picture sambal kacang yang campur ayam. Laki aku suka, so dia suh aku masukkan ayam, actually resepi sama je. 
Gambar sambal kacang tak sempat snap sebab dah habis.
*Resepi ni dapat dalam 1 periuk sederhana sambal kacang. 

Bahan Utama:

1)1 labu bawang besar yang dihiris , diketepikan untuk menumis nanti.
2)500g Kacang Tanah yang di goreng dan kemudian diblend dengan air. Ketepikan. *Goreng kacang tanah ni kena selalu gaul ye. Agak-agak dan meletup-letup, tutup api.
3)1 sudu besar gula melaka 
4)1 sudu besar air asam jawa
5) 2 sudu kecil garam
6) 2 senduk gula pasir
7) Perasa

Bahan yang diblend:

Monday, June 12, 2017

6 Sebab Utama Anda Wajib Tonton Drama Goblin

Hi Assalamualaikum,

Korang mesti suka cerita korea kan? kalau tak, tak kan lah sampai sini. Aku memang sukaaa sangat cerita korea sebab, sebab general nya ialah mereka ni FOKUS dalam menghasilkan drama atau Movie atau entertainment show yang lain. Bukanlah nak kata drama malaysia tak fokus, maksud aku , dieorang menyelami tempat penonton. nampak kesungguhan tu. Bayangkan kalau 1 scene dieorang boleh reshoot sampai 100x sehingga dapat apa yang dikehendaki demi memuaskan hati penonton.





Antara banyak-banyak drama Korea yang aku dah tengok, hanya drama ni sahaja yang buat aku nak review pertama kali dalam blog aku. Drama ini dipanggil GOBLIN ; Guardian The Lonely and Great God. Kalau korang tak pernah tengok lagi cerita ni, sila cari / download atau pun watch online cerita Goblin ni. Sebab apa? Sebab nya ada 6 sebab utama yang akan aku share kat sini.


Natural Makeup Eyeshadow ll Makeup Mata yang Natural by Faizah Abd Rahman

Salam semua,

Kali ni aku nak share cara makeup mata yang Natural je. Senang je tau kalau korg ikut step ni. Tak banyak kaler pun, simple je. Aku guna Zoeva Cocoablend palette dengan Tarte TArteist palette. kalau korang tak ada palette ni pun tak apa, guna je brand lain. Kalau kata tak reti, cuba dulu, tak pun try. hihi. Klik video kat bawah ni ok! Enjoy ;-)


Saturday, June 10, 2017

Cuba Resepi Makaroni Goreng Faizah ini, Anda Pasti nak Lagi

Assalam.

Makaroni goreng ni paling disukai anak-anak aku. Nak sediakan pun senang. Dan yang paling aku suka,dia tak mudah basi dan mudah dipanaskan. Masuk je microwave 2 / 3 minit, dah panas macam baru masak. Tidak seperti mee, beehun atau koew teow, kalau masuk microwave mulalah dia kering je belah atas tu.



Ok sebenarnya aku dah ada share resepi makaroni goreng sebelum ni kat SINI. Tapi ni resepi yang berbeza sikit, tapi senang jugak, yang penting sedap! Masuk bakul angkat sendiri. 

Ok straight to the recipe.

Wednesday, June 7, 2017

Anda Wajib Cuba Restoran Ini

Assalamualaikum.

Restoran ini namanya adalah Lapan Kati. Memang wajib cuba!
Sempena anniversary perkahwinan kami yang ke-7, kami decided nak celebrate di Restoran Lapan Kati macam selalu. Tempat favourite ni. Dibuka setiap hari (11AM–3PM, 6–11PM). Restoran ni terletak di 161, Jalan Kenanga 29/4, Bandar Indahpura, Kulai. Boleh klik bawah ni untuk map:

No Tel : 07-662 2588




Aku share sebab aku suka Restoran ni. Servis dan portion dan menu dia aku bagi 5 bintang. I am a regular customer since 2010. Bukan iklan berbayar ye. Aku suka order Butter prawn dia. Recommended!

Resepi Laksa Johor mudah confirm Sedap InsyaAllah

Assalamualaikum

Di bulan puasa yang mulia ini, Faizah nak share resepi Laksa Johor yang confirm sedap InsyaAllah. Bahan Laksa Johor ni memang lebih berbanding Laksa utara, tapi portionnya sikit je.
Laksa ni favourite en Hubby, sampai angkat pinggan nak menghabiskan kuahnya ! Gaya abah pun sama, dua-dua angkat pinggan masa nak habiskan saki-baki kuah laksa dalam pinggan tu. Hihi . Seronok tengok bila apa yang kita masak, mereka makan dengan selera kan.
Rupa tak berapa, tapi rasanya, nym nyum.

Contact Form

Name

Email *

Message *