Showing posts with label Tempat Beli Barang Murah. Show all posts
Showing posts with label Tempat Beli Barang Murah. Show all posts

Sunday, June 14, 2015

Kedai pemborong barang kuih-muih MURAH di Kluang II

Assalam.

Entry ni adalah entry kedua tentang kedai barang kuih Murah. Entry yang pertama korang boleh view kat SINI  Dulu kedai nya kedai papan dan panas. Sekarang kedai baru yang lebih selesa. dan ada aircond.


Kedai ni terletak paling hujung. Betul2 sebelah kedai lama dia. KimWah

Attractive caunter. Letak lampu spotlight, cara menarik pelanggan yang bijak.

Hampir ke semua barang di repack semula jenama mereka sendiri. Harga memang murah sikit berbanding di luar. Kalau harga sama pun, cube korang tengok isipadunya, beratnya, atau kuantitinya pula, mesti lebih. Aku memang suke beli barang kuih kat sini. Semua ada. Rambang mata jadinya. Heyh.


Contoh macam Tatura Cream Cheese ni, dari 2012 tak silap aku harga sama je.

Tengok perbezaan isipadu Blueberry Filling ni. Belah kiri KimWah RM8.48, belah kanan kedai kuih lain harga RM8.50 Kaler pun lagi pucat. Sampai rumah baru aku perasan yang tapawey KimWah ni lagi besar. 
  
Ok. direction kedai ni korang boleh view kat entry pertama aku di :

Kedai pemborong barang kuih-muih MURAH di Kluang I

Selamat membaca. Semoga bermanfaat.

Monday, July 15, 2013

Kedai pemborong barang kuih-muih MURAH di Kluang.

Hari ini genap 5 Ramadhan, kami mengambil keputusan untuk keluar belanja barang keperluan Puteri kami dan barang-barang untuk buat 3 macam biskut raya plus KEK CHEESE SALJU requested by En. Suami.

So kami pun bersiap dan bergerak menuju ke kedai menjual barang2 kuih di Kluang. Ia menjual dengan harga yang MURAH serta banyak pilihan.






Ha tengokla berapa orang yg sedang line-up kat kaunter tu...termasukla huby ku...kedai ni xdek aircond...kedai lama...tapi SEMUA ada! u name it, mesti ada!
Tempat parking pun limited, sebab ramai sangat customer.(Bukan sebab xde tmpat parking)
Ha tengok tu...ade 4 pintu tau! 

DIRECTION:
Kedai ni terletak di sebelah kiri jalan besar dari KLUANG menuju ke AYER HITAM bersebelahan round about nak ke simpang Sekolah Sains Kluang.

Ingat eh, lepas roundabout tu ambik jam 12. Jika dari Kluang. 

Total semua RM120++...Penuh 3 plastik CIk Limah jual jamu.
So bagi sesiapa yang berhampiran, bolehla datang ke sini..yang jauh xperlula..sebab harga die murah xde la murah giler...kalau jauh x berbaloi pula rasenye...tpi sungguh semua bahan kuih ade beb!

Yang xleh makan pun dijual! Contohnye senduk kayu.. ;P

Contact Form

Name

Email *

Message *