Showing posts with label Resepi Masakan. Show all posts
Showing posts with label Resepi Masakan. Show all posts

Tuesday, October 15, 2019

Resepi Ikan Masak 3 Rasa

Assalamualaikum

 Harini Iza upload video resepi Ikan Merah Masak 3 Rasa. Tapi hiasannya banyak sosej. haha.
Maklumlah anak-anak suka sosej. 
Silalah try okay.
Gerenti Sedap.


Monday, February 11, 2019

Resepi Ikan Goreng Sambal

Assalamualaikum 




.
Kali ini Iza nak share resepi Ikan Goreng Sambal paling simple dan sedap. Cuma guna 3 bahan je. Kalau mak2 memang pilih menu yang sikit je bahan cepat siap kan. 
.
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 5 ulas
Cili kering 9 biji
Air Asam jawa
Gula 3-5 sudu besar
Garam
Ajinomoto
.
Cara:
.
1-Potong dan 
rebus cili kering.
2-Blend bawang besar , cili kering dan bawang putih. Blend tak payah letak air. Letak minyak sahaja. Jimat masa, jimat air, jimat gas jimat tenaga semua lah. Hihi. INi arwah mak yang ajar...
Boleh rujuk video kat youtube iza klik > SINI


3- Tumis sampai betul-betul garing.
4- Masukkan air asam jawa.
5- Masukkan gula, garam dan aji.
SIAP
SELAMAT MENCUBA

Thursday, September 13, 2018

Ni dia resepi Kway Teow Ladna Sedap dan Mudah

Assalamualaikum 

Harini iza masak Kway Teow Ladna resepi dari Youtube, lepas tu iza ubah suai ikut tekak dan stok kat rumah.

Sorry tak ada gambar atau video sebab tak plan nak share resepi ni. InsyaAllah next time ya.




Tak sangka encik suami puji menggunung. Ingat nak merajuk hal semalam ( yang ni x boleh cerita ) haha, sekali tak jadi nak sambung merajuk. (Suami2 kat luar tu boleh tiru tips ni,haha)
.
Iza nak share ni untuk para isteri yang nak masak masakan yang mudah, muai dan sihat.



Encik suami makan bekal kway Teow Ladna di tempat kerja.
.
Bahan-bahan

1-Kway Teow 1kg - gaul dengan 2 sudu besar kicap lemak manis, 2 sudu besar kicap pekat, 2 sudu besar sos tiram- lepas tu goreng dengan 3 sudu minyak sehingga kway teow lembut dan sedikit garing- angkat dan masuk kat pinggan ( dah tu kat mana lagi kan? ) haha

2- Bawang putih (blend) 1 labu
3- Ayam dada 4 ketul
4- Kaki ayam 2 ketul (lebih byk lagi sodap)
5- Sawi 4 atau 5 sekawan (sekuntum atau segenggam entahla ek, sepokok kot)
6- Kiub pati Ayam Maggi 2 ketul
7- Kiub pati Lembu Maggi 1 ketul
8- Karot sebatang
9 Tahu optional
10- Garam 2 sudu kecil
11- Telur 3 biji
12- Bancuhan tepung jagung 3 sudu besar (bancuh dengan air masak suhu bilik)

Cara-cara

1-Tumis bawang putih sehingga naik bau, minyak sikitttt je, tumis jangan sampai bawang tu garing tau, sampai bau die keluar je terus masukkan air dalam 4 atau 5 cawan. 

Air ni suka hati korang la nak banyak mana, agak2 cukup utk sekilo kway teow tu ye.

2- Lepas tu masukkan kaki ayam.

3-Dah biar mendidih dalam 3 minit, masukkan dada ayam, karot, tahu (iza guna tahu frozen yg dah goreng tu, die mcm lopong je dlm nye, ringan), sawi dan sayur2 lain yg korang suka contohnya brokoli dan jagung muda. Letak udang dan sotong lagi sedappp!

4- Bila mendidih dalam 3 minit, masukkan garam. Lepas tu masukkan tepung jagung sambil gaul, kene terus gaul tau! Kalau tak gaul masa saing2 masukkan tepung ni, nanti masa kuah sejuk kuah akan berketul2 kang geli nak makan. Hahahhaaa.

5- Lepas tu terus masukkan bancuhan telur yg telah dipukul kat luar tadi - tuang jangan setempat, tuang tu mcm tuang 1 kuali tu , paham x? pusing2 Haha- Lepas tu JANGAN gaul dulu- biar 30 saat mcm tu, then gaul2 manja jer. 

6- TUTUP API dan siap ;-)

7- Lepas tu hidang - amek kway teow dulu, lepastu tuang kuahnya dan baca doa makan. Lepas tu ngap ler.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, September 8, 2018

Resepi Ayam Kampung dengan Menggunakan Pressure Cooker Primada

Assalamualaikum semua.

Harini cuti so rasa kemalasan melanda, iza plan nak masak campak-campak je. Maka terjadilah :
Ayam Kampung Masak Ungkep



Inilah kejadiannya

Senang je bila masak guna pressure cooker ni. Campak semua dalam tu, pastu tinggal. Pegi lah mandi ke, sembahyang ke, tidur ke nanti dah siap die panggil, hahahaha. Serius tau die panggil, bunyinye "tut, tut, tut, tut"....





Masukkan ayam kampung dulu, lepas tu masukkan bahan-bahan yang diblend.


Ok bahan-bahan yang diblend dah dimasukkan, lepas tu gaul semua, tambah air sikit ikut suka hati anda lah ye.



Ni short video masa masukkan rencah yang sudah diblend.





Set pada bahagian 'meat'.
( Abaikan periukku yang belum mandi tu)



Ok ni dah siap, dia akan berbunyi  "tut, tut, tut, tut" memanggil aku yang ketiduran...



 



Ni short Video lepas masak.



Dah siap masak.


Resepi: 

Bahan-bahan yang diblend:

Bawang besar 2 biji
Bawang putih 5 ulas
Cili padi semangkuk kecil
Halia seinci
Kunyit sebesar ibu jari
Serai 4 batang
2 biji buah keras

Lepas dah blend, masukkan je semua dalam pressure cooker tu sekali dengan ayam. Kira macam cecampakla. Ayam tu iza guna dalam seekor (kecik).

Lepas tu masukkan garam,perasa, daun limau purut dan air asam jawa.
Daun limau tu optional, en suami yang suh masuk, ha masuklahh.hihi.

Siap๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ˜˜



Wednesday, September 6, 2017

Resepi Ayam Butter / Chicken Butter Recipe

Assalam

Kali ni Iza nak share resepi Resepi Ayam Butter / Chicken Butter Recipe. Ni memang favourite menu anak-anak dan mak bapak mereka bila makan di kedai.Mudah dan senang sangat resepi dia rupanya, lebih mudah dari masak asam pedas ayam, lebih kurang macam masak lemak je senangnye. Agituuuu.


Bahan-Bahan:


Ayam - 1kg

Serbuk kari - 1 sudu kecil
Tepung goreng ayam cap Bistari (brand optional) - 4 sudu besar

Susu cair -1/2 tin

Mentega atau butter - 2 sudu besar
Garam
Perasa
Gula - 2 sudu besar

Cara-cara:


1) Perap ayam dengan serbuk kari dan tepung goreng ayam lebih kurang setengah jam.









2) Goreng ayam sehingga garing.








Iza guna susu  cair FnN

Wednesday, July 12, 2017

Resepi Sardin Wraps ala Tortilla yang sihat, sedap dan mudah

Assalam

Memandangkan lemak dah semakin mendominasi kawasan-kawasan utama di musim2 raya ni, makanya dengan ini, pemilihan makanan yang sihat-sihat sahaja yang menjadi keutamaan.  


Makanya, aku memilih untuk makan tortilla a.k.a sardin wrapped untuk menu breakfast dan lunch pada satu hari pada minggu lepas. 1 hari je pun rupanya. eh tak tak, 1 hari setengah.


Senang dan sedap sardin wrap ni. sihat pulak tu. kiranya makan banyak2 pun tak rasa berdosa sangat. Ha nampak kesan sampingannya di situ? patutlah aku timbang minggu ni sama jer berat aku, tak ade perubahan. kahkah.




Tuesday, June 20, 2017

Resepi Sambal Kacang Gerenti Sedap

Assalam

Kali ni aku nak share resepi sambal kacang arwah mak. 16 Jun lepas which is seminggu lagi nak raya, kami semua buat keputusan nak masak 'ngunjung'. Kalau orang Johor mesti tau apa masak ngunjung ni kan. Masak ngunjung ni maknanya kita bagi masakan raya macam rendang, ketupat kepada jiran2 atau teman2 rapat tanda meraikan Hari Raya. Saja buat awal seminggu sebab nanti raya tak penat dan boleh buat lauk buka puasa kan. Kali ni aku buat 1 periuk besar. Ayam rendang pulak 8 ekor. Ha banyak kan. Mau lemah gemalai di pagi raya kalau masak sehari sebelum raya!


Actually ni picture sambal kacang yang campur ayam. Laki aku suka, so dia suh aku masukkan ayam, actually resepi sama je. 
Gambar sambal kacang tak sempat snap sebab dah habis.
*Resepi ni dapat dalam 1 periuk sederhana sambal kacang. 

Bahan Utama:

1)1 labu bawang besar yang dihiris , diketepikan untuk menumis nanti.
2)500g Kacang Tanah yang di goreng dan kemudian diblend dengan air. Ketepikan. *Goreng kacang tanah ni kena selalu gaul ye. Agak-agak dan meletup-letup, tutup api.
3)1 sudu besar gula melaka 
4)1 sudu besar air asam jawa
5) 2 sudu kecil garam
6) 2 senduk gula pasir
7) Perasa

Bahan yang diblend:

Monday, August 5, 2013

Resepi Durian Crepe Mudah Versi Faizah

Assalamualaikum,

Tanggal 25 Ramadhan Hari ini, Sabtu, sekejap jer dah nak Syawal.
Tak terasa kelambatan masa berlalu.

Semoga kita semua beroleh manfaat sepenuhnya di akhir2 Ramadhan ini. AMEEN.

Harini mood nak buat Durian Crepe kerana balance durian masih tercegat di dalam freezer dan dek kerana aku suka makanan lemak2 masin manis neh ;
So setelah menggoogle sejak malam kelmarin, maka terhasillah gabungan resepi cik Google dengan resepi olahan diriku sendiri.

MUDAH BANGET! Katenye...



Nilah rupanya....senget benget rupe die...maklumlah ..1st time katenye...
tapi rasa die beb...fuhh! sekejap je licin ni tau!
Masa berbuka haritu, lepas makan kurma, kami semua terus makan ni, hilang teros dari pandangan.
Scary kan..ko ader?
Muahaha..
Dan yang paling aku suke, cream die xpayah guna whipping cream or cream cheese pon. mudah sangat!
_____________________________________________________

Bahan Filling Cream: 

4 biji kuning telur
2 cawan susu segar/full cream
2 sudu teh esen vanilla 
1/2 cawan gula
secubit garam
2 sudu besar butter 
Isi durian dalam 10-12 ulas saiz sederhana
2 atau 3 sudu besar tepung jagung (ikut kelikatan. dan bahan ni mestilah bahan terakhir di masukkan)



Ni lah pastry filling creamnye.

Cara2nya:

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk kecuali tepung.
Kemudian panaskan atas dapur, api kecik je tau.
Ia perlu sentiasa di kacau.
Pastu agak2 dah mula nk berwap, masukkan tepung jagung ssatu sudu dulu..then tengok kalau agak2 lembik, tambah sesudu lagi tepung jagung.
Kemudian, agak2 kelikatan yang seswai untuk dibuat inti, dah siapla maknanya tu!
Kalau macam lembik meleleh je, tambah tepung jagung lagi... 

_____________________________________________________

Bahan kulit tepung:

1 sudu teh esen vanillaa
sedikit pewarna kuning
50g tepung gandum
1 biji telur (basuh ye)
3 sudu kecik butter dicairkan
1 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar gula halus
140ml air
40ml fresh milk

Cara2nya:

Gaul je semua bahan diatas dengan whisk.


Nilah adunan tepung kulit die tu.


Tuang dalam kuali nonstick agak2 dalam sesenduk seperti diatas, dan ratakan dengan bontot (ops maaf) senduk tu.




Ha this is the tricky point,
Jangan sesekali terbalikkan 'lempeng' tu di atas kuali, sebab kita nak  die punya upside jadi lapisan luar crepe kite nanti...smooth jer, cantik kan? ahaks.
So masa angkat letak ke dalam pinggan, terus terbalikkkan macam dalam pic ni.
Kemudian, terus isi filling dan lipat kiri n kanan, tekan sikit ujung die, n lipat atas bawah..
SIAP 1...

Ha macam tu jer.
senang kan?
tapi kene peka jagn lama2 sngt atas dapur..nanti melebor ;)

Saya plan nak buat cream filling die siap2 senang kalau ade tetamu nak datang beraya nanti,
tinggal wat lempeng nye je kan ;P

Lagi 1, lempengnye jangan diletak bertindih2, nanti melekat!

SELAMAT MENCUBA!
DAN SELAMAT HARI RAYA!

Contact Form

Name

Email *

Message *