Sunday, August 18, 2013

Pengalaman, Tips dan Petua Mudah Bersalin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada readers,

Sekarang jam dah menunjukkan jam 12 tgh malam, tengok Anis tidur nyenyak, tetiba teringat masa pregnant dulu. Macam mana Anis dalam perut aku ek. 9 bulan dan keluar macam tu jer. Alhamdulillah sekarang Anis dah 1 tahun 8 bulan. Sampai sekarang masih tak percaya ! hadoi.

Masa pregnant dulu aku selalu tanya mak, tentang pengalaman mak mengandungkan dan bersalinkan aku, tapi semua mak lupa. Yelah 27 tahun lepas kot. So masa tu cik Google la menjadi rujukan pertama aku.

Nak dijadikan cerita, sekarang aku nak share sesangat kepada readers sekalian tentang pengalaman aku bersalin. Selain tu, aku pon nak record experience aku ni, manalah tau anak aku tanye esok2, aku jawab je 'tengoklah kat Blog Mama', ha ko ade? kelass kan... Alhamdulillah juga, kes bersalin aku ni ramai yang kategorikan 'senangnya-die-bersalin' gitu!



= Ni masa Anis 1 tahun =

Pengalamanku


Tips aku bagi 1st timer mommies kat luar sana, selagi belom ade salah satu dari 3 tanda di bawah, tak payah pergi hospital lagi, melainkan hospital tu terletak sejauh 180km dari rumah. Inilah die 3 keadaan di mana jika anda alami, barulah pergi hospital, (Untuk kes yang belom exceed due date sahaja ya):

1-Pecah ketuban/keluar air
2-Keluar darah
3-Sakit yang kuat, maksud kuat di sini ialah sakit yang anda confirm xgelak kalau orang geletek tapak kaki anda, (kene terajang lagi ade)

Kalau belom ade salah satu dari tanda2 di atas, duk jeLAH UMAH DULU, kalau g hospital pon boleh, tapi tahan jela kalau 'bunga' anda tu di 'ukur' 18 kali sehari..kekeke.(paham x? xpaham emel aku)

Tanggal 26 Dec 2011 iaitu estimated due date aku, Dari pagi perut aku dah stat cramp dengan lebih kerap, but aku still boleh bergelak ketawa, makan n tido macam biasa. So aku tunggu dulu kat umah, sampailah malam, suami buatkan air selusuh (Caranya akan ku beritahu di bawah), pas minum air selusuh tu aku tido..

Pukul 12.45am 27 Dec aku bangun nak tekucil, dan secara tibe2 ade bunyi letup kat perut, pastu air banyak kua melimpah ruah dri 'bunga' aku...Naseb baek aku dah standbay pakai overnight pad..tu pon xmmpu nak tampung..

Pastu aku sempat mandi dulu, siap ape yang patut dan gerak ke hospital bersama suami. Sampai hospital aku berjalan sendiri ke wad bersalin. Masa tu air ketuban pon still keluar lagi sikit2. Amma cleaner tu jenuh lap air ketuban aku sepanjang perjalanan aku ke wad bersalin. hahaha....Sakit pon dah mula kuat sikit.

Masa di labour room aku tengok jam 1.30am, bukaan baru 3cm.
So depa biarjelah aku...depa budget aku akan deliver pukul 8am 27 Dec. Sebab berdasarkan purata bukaan seluruh dunia, 1 jam bukak 1 cm. 

TAPI!

Masa tu aku dah sakit giler. Aku ingat mak aku pernah cakap dulu, kalau pinggang rasa nak putus tu dah sampai masa lah tu..
So memang rasa nak putus dah tu! masa tu pukul 2am...Aku ni dok bgtau la nurse tu aku ckp sakit giler dh ni...depa xpercya n underestimate aku sebab aku 1st timer. Mungkin die ingat aku ngengadalah kot!! 

2.15am,

Aku ngeran jer..lantak depa kate pukul 8am lah ape!
Perut aku, korang rase ke?
Depa tengok muke aku ngeran sgt agaknye, barulah nurse tu cek bukaan dan bukaan aku dah 10cm! dlm masa 45min jer bukaan aku dari 3cm ke 10 cm! So 2 kali push, keluarlah Anis sambil bertemankan Abinye kat tepi..Alhamdulillah....Senang x? Korang judge sendiri ye.

So ni antara tips yang aku amalkan semasa mengandung untuk mudah bersalin:

1) Jiwa tenang, Hati girang

Saya percaya bg mommies di luar sana yang first time confirm cuess giler kan. Samala macam aku dulu, siap mengigau bagai tidurnya tuh. Jangan risau, first sekali jangan panik, tarik nafas dalam2, dan hembus perlahan. Fikirkan yang anda bakal melahirkan zuriat untuk suami dan keluarga serta untuk menambah umat Muhammad SAW. Juga fikirkan anak sebagai 'saham' untuk kita di akhirat kelak. Jangan dilupa, Allah Subhanahuwataala memberikan ganjaran yang amat besar kepada ibu2 melahirkan anaknya. (ewah, dah macam Ustzah Norbayah dah ayatnya!)

2) Rajin2kan diri, jangan bermalas-malasan, hoho

Jangan salah faham ye mommies2 sekalian. Mungkin ade yang kurang setuju. Di sini saya terangkan maksud rajin bagi mommies2 yang pregnant. Maksud saya ialah jangan suka mengeluh, buat kerja rumah seperti biasa, tetapi JANGAN angkat barang berat2 contohnye tong gas, bakul yang berisi kain basah, pasu bunga, baldi yang berisi air, dan sebagainya yang dianggap berat untuk kandungan. from 

Jangan mengeluh ni juga ada 2 hikmah nya, (Amboi)
Pertama, supaya anak dalam kandungan pun jangan cepat mengeluh selepas mereka dah besar kelak. Kedua, Bila mengeluh kita jadi malas, bila malas, kita tak bergerak, bila tak bergerak, ha lembik dan kememeh la segala otot2 badan, the most important is otot perut dan pinggul. Bahagian ni paling penting semasa mengeran nanti! So biarkan otot2 itu sedikit excercise supaya mudah bersalin nanti.

3) Jangan pantang makan sangat

Ha berapa ramai kat luar sana kata jangan makan nenas ketika mengandung?
Mesti ramaikan? Biarkan mereka nak kata apa, tapi saya memang xsetuju! Alhamdulillah pengalaman saya sendiri seawal 2 bulan pregnant saya hentam segala jenis makanan, minuman dan buah2an, kandungan saya sihat walafiat. Syukur sangat. Yang penting makanan yang kita ambil setiap hari perlulah cukup zatnya. Janganlah telan pil vitamin hari2 tapi langsung tak makan sayur! tak adil untuk baby tau! 

Tapi janganla melampau dik non, telan nenas sebiji sehari! cukuplah seadanya, makan seimbang yang penting ketika mengandung ni. Dan siapa kata makan nenas kandungan boleh gugur? kalau ade meh tunjukkan research anda pada saya, ok? Setuju?

4) Minum air suam bersama sesudu besar minyak zaitun

Petua ni hubby dapat dari seorang kenalan. segelas air suam di campur bersama sesudu besar minyak zaitun, selawat 7x dan minum airnya. Yang penting dah sembahyang wajib. Means kalau dh masuk Zuhor, sembahyang Zuhor dulu baru minum tu...Makna katanya, lakukan perkara yang wajib dulu baru yg harus...lebih Afdhal katenye..

Waktu bile nak minum? 
Dalam waktu tunggu hari tulah afdhal minum air ni..bukan lah hari2..cukuplah 3 hari sekali...sekali atau 2x sahaja yer...jgn lah minum sebotol sehari minyak zaitun pulak ye.

5) Air selusuh buatan suami


Ha ni lagi satu yang palinggggg penting buat para isteri diluar sana yer...
Hanya air suam yang telah disolat sunat hajatkan oleh suami, telah di baca Fatihah 1x, 3 kul 1x, Selawat 3x tiup kat air, pastu minum...InsyaAllah mudah semuanya. Tak payahlah beli air selusuh kt luar yang belum jelas kebersihannya.

Dalam erti kata lain, sebelum minum air ni, para isteri perlu mintak maaf dulu dengan suami, supaya suami redha dan senang dengan kita, bila suami redha, insyaAllah semuanya dipermudahkn, AMENN.

Akhir sekali, saya doakan semua mommies diluar sana dipermudahkan segala urusannya. Ameen.
P/s: Tahniah dan Good Luck!






Contact Form

Name

Email *

Message *