Saturday, June 10, 2017

Cuba Resepi Makaroni Goreng Faizah ini, Anda Pasti nak Lagi

Assalam.

Makaroni goreng ni paling disukai anak-anak aku. Nak sediakan pun senang. Dan yang paling aku suka,dia tak mudah basi dan mudah dipanaskan. Masuk je microwave 2 / 3 minit, dah panas macam baru masak. Tidak seperti mee, beehun atau koew teow, kalau masuk microwave mulalah dia kering je belah atas tu.



Ok sebenarnya aku dah ada share resepi makaroni goreng sebelum ni kat SINI. Tapi ni resepi yang berbeza sikit, tapi senang jugak, yang penting sedap! Masuk bakul angkat sendiri. 

Ok straight to the recipe.



Bahan - bahan:

1/2 bungkus makaroni jenama prego, jenama lain pun boleh. Rebus bersama sedikit minyak dan garam sehingga lembut, angkat, tuskan dan ketepikan.

Bahan Blend:

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili merah yang dah dipotong dan direbus

Bahan yang dimasukkan terus selepas bahan tumis:

*Dada ayam yang dipotong dadu
1 batang fishcake (optional)
Setengah sudu kecil oregano
1 kiub pati ayan
2 sudu besar sos

Garam mengikut citarasa
Perasa mengikut citarasa
2 sudu besar gula

CARA - CARA:

1) Panaskan minyak
2) Masukkan bahan tumis dan tumis sehingga garing
3) Masukkan ayam, fishcake, oregano, kiub pati ayam dan sos
4) Tumis lagi lebih kurang 4 minit
5) Kemudian masukkan garam, perasa dan gula.

Siap untuk dimakan! InsyaAllah sedap tau korang. Rugi tak cuba. Resepi ni aku olah sendiri ikut tekak. Alhamdulillah anak-anak suka sangat. ! Kalau dah try boleh lah comment kat sini ye. Ok bye.

No comments:

Post a Comment

hi

Contact Form

Name

Email *

Message *