Kali ni aku nak share resepi keow teow yang sedap dan mudah. Senang je bahan-bahan nya. Resepi ni aku dapat dari encik google juga, cuma aku simplekn lagi bahan-bahannya. Cepat dan mudah. Bahan utama pastilah Koew teow. Resepi sesuai untuk 1kg koew teow atau kurang.
Licin koew teow goreng ni masa berbuka haritu. 1kg muai sangat untuk kami makan 3 keluarga. Sedap hingga menjilat sudu. !
Ni lah rupanya. Simple je, nak hias dengan daun bawang dan daun sup pun boleh.
Bahan Tumis:
1) 6 ulas bawang putih yang dipenyekkan dan dicincang halus.
2) 2 dada ayam cincang
3) 1 thigh ayam cincang
4) 1 batang fish cake
Tumis sehingga air kering dan sedikit garing, tak perlu garing sangat.
Kemudian masukkan bahan sos.
Bahan sos:
1) 2 sudu besar kicap pekat
2) 4 sudu besar sos
3) 4 sudu besar kicap cair
4) 4 sudu besar sos ikan
5) 2 sudu besar cili kering yang dah di blend (Aku ganti dengan cili kecik dalam 4 biji sebab nak cepat)
6) 1 sudu kecil garam
7) Perasa mengikut citarasa.
8) 2 biji telur.
9) Udang (Optional, aku tak letak pun)
Sayur-Sayuran: (Optional, aku tak letak pun)
1) Taugeh
2) Daun bawang.
Selepas itu, kalau agak-agak nak basah sikit, tambah sedikit air.
Bila dah menggelegak, masukkan koew teow yang sudah dibasuh.
Gaulkan sehingga koew teow agak melekit sikit, (tak perlu melekit keseluruhan) masukkan telur dan gaul sekejap, then masukkan dan daun bawang.
Kemudian gaul lagi dalam 15 saat, then tutup api.
SIAP.
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment
hi