Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Tuesday, October 15, 2019

Resepi Ikan Masak 3 Rasa

Assalamualaikum

 Harini Iza upload video resepi Ikan Merah Masak 3 Rasa. Tapi hiasannya banyak sosej. haha.
Maklumlah anak-anak suka sosej. 
Silalah try okay.
Gerenti Sedap.


Monday, February 11, 2019

Resepi Ikan Goreng Sambal

Assalamualaikum 




.
Kali ini Iza nak share resepi Ikan Goreng Sambal paling simple dan sedap. Cuma guna 3 bahan je. Kalau mak2 memang pilih menu yang sikit je bahan cepat siap kan. 
.
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 5 ulas
Cili kering 9 biji
Air Asam jawa
Gula 3-5 sudu besar
Garam
Ajinomoto
.
Cara:
.
1-Potong dan 
rebus cili kering.
2-Blend bawang besar , cili kering dan bawang putih. Blend tak payah letak air. Letak minyak sahaja. Jimat masa, jimat air, jimat gas jimat tenaga semua lah. Hihi. INi arwah mak yang ajar...
Boleh rujuk video kat youtube iza klik > SINI


3- Tumis sampai betul-betul garing.
4- Masukkan air asam jawa.
5- Masukkan gula, garam dan aji.
SIAP
SELAMAT MENCUBA

Thursday, September 13, 2018

Ni dia resepi Kway Teow Ladna Sedap dan Mudah

Assalamualaikum 

Harini iza masak Kway Teow Ladna resepi dari Youtube, lepas tu iza ubah suai ikut tekak dan stok kat rumah.

Sorry tak ada gambar atau video sebab tak plan nak share resepi ni. InsyaAllah next time ya.




Tak sangka encik suami puji menggunung. Ingat nak merajuk hal semalam ( yang ni x boleh cerita ) haha, sekali tak jadi nak sambung merajuk. (Suami2 kat luar tu boleh tiru tips ni,haha)
.
Iza nak share ni untuk para isteri yang nak masak masakan yang mudah, muai dan sihat.



Encik suami makan bekal kway Teow Ladna di tempat kerja.
.
Bahan-bahan

1-Kway Teow 1kg - gaul dengan 2 sudu besar kicap lemak manis, 2 sudu besar kicap pekat, 2 sudu besar sos tiram- lepas tu goreng dengan 3 sudu minyak sehingga kway teow lembut dan sedikit garing- angkat dan masuk kat pinggan ( dah tu kat mana lagi kan? ) haha

2- Bawang putih (blend) 1 labu
3- Ayam dada 4 ketul
4- Kaki ayam 2 ketul (lebih byk lagi sodap)
5- Sawi 4 atau 5 sekawan (sekuntum atau segenggam entahla ek, sepokok kot)
6- Kiub pati Ayam Maggi 2 ketul
7- Kiub pati Lembu Maggi 1 ketul
8- Karot sebatang
9 Tahu optional
10- Garam 2 sudu kecil
11- Telur 3 biji
12- Bancuhan tepung jagung 3 sudu besar (bancuh dengan air masak suhu bilik)

Cara-cara

1-Tumis bawang putih sehingga naik bau, minyak sikitttt je, tumis jangan sampai bawang tu garing tau, sampai bau die keluar je terus masukkan air dalam 4 atau 5 cawan. 

Air ni suka hati korang la nak banyak mana, agak2 cukup utk sekilo kway teow tu ye.

2- Lepas tu masukkan kaki ayam.

3-Dah biar mendidih dalam 3 minit, masukkan dada ayam, karot, tahu (iza guna tahu frozen yg dah goreng tu, die mcm lopong je dlm nye, ringan), sawi dan sayur2 lain yg korang suka contohnya brokoli dan jagung muda. Letak udang dan sotong lagi sedappp!

4- Bila mendidih dalam 3 minit, masukkan garam. Lepas tu masukkan tepung jagung sambil gaul, kene terus gaul tau! Kalau tak gaul masa saing2 masukkan tepung ni, nanti masa kuah sejuk kuah akan berketul2 kang geli nak makan. Hahahhaaa.

5- Lepas tu terus masukkan bancuhan telur yg telah dipukul kat luar tadi - tuang jangan setempat, tuang tu mcm tuang 1 kuali tu , paham x? pusing2 Haha- Lepas tu JANGAN gaul dulu- biar 30 saat mcm tu, then gaul2 manja jer. 

6- TUTUP API dan siap ;-)

7- Lepas tu hidang - amek kway teow dulu, lepastu tuang kuahnya dan baca doa makan. Lepas tu ngap ler.

SELAMAT MENCUBA!

Monday, September 10, 2018

Macam ni rupanya Thai Food Fair in Johor Bahru 9 Sept 2018 - Larkin Sentral

Assalamualaikum 

Harini iza berjaya pujuk hubby pergi Thai Food Fair Johor Bahru. Ni semua gara2 Facebook sebab benarkan penganjur promote event ni, lepas tu keluarkan kat ‘news feed’ aku, dah la aku ni suka di’feed2’kan!, hahahaha.
Iza ni kalau dengar Thai food mesti terbayang lokcin. 
Mengimbau kenangan sangat tau lokcin ni buat  iza. Mengimbau kenangan masa belajar 4 tahun kat Perlis dolu. Heaven sangat food kat Perlis ni bagi iza, memang jakun la. Haha. Mungkin ada jugak reader yang rindu lokcin macam iza? (Jom buat grup whatsapp hahhaahaha)
.
Yela asal Johor, lepas belajar pun duk Johor. Kat Johor iza tak jumpa lokcin lagi setakat ni, kalau ada sesiapa tau ada orang jual lokcin kat sini bagitau iza tau! Nanti iza belanja, hahaha hawau.
.

Ok iza beli Yang ni - RM4. Iza panggil lokcin, tak tanya pulak seller tu nama dia ape.
Kuah aka sambal die sedap gilerr, dah la beso, makan 1 pun kenyang. 

Actually iza beli 3 cucuk (berlainan jenis), tapi yg sempat snap pic sebatang je. Sebab dah gelojoh sangat nak makan “ alah makan jela dulu, lapo ni, amek gambor nanti2 jelah” , sampai ke sudah, siap sedawa terus lupa nak amek gambor. hahahahaiii


Nilah dia 3 jenis lokcin yang iza beli.
Besar weh, sedap!



Nasi Ayam RM8.

Rasa die so-so, mungkin Nasi Ayam Thai memang rasa gini kot. Sos die warna macam kicap cair, tapi rasanya macam masam2 gitu. Sup die jernih je macam tak ada rasa yang kuat.
Ayamnya Hubby nak ayam goreng. Ayam original die tak bergoreng pun, cuma hubby tak suka ayam macam ala2 rebus tu, die muak, so ganti dengan ayam goreng. Harga sama je.
.

Lagi 1 kami beli Keropok ikan yang jenis garing, RM2 sekali dengan sosej besar RM4. Mahal sikit la dari lokcin, tak tau la kenapa, rasa pun kureng sikit dari lokcin, xde sos pun. huuu.

Hubby kata macam org Malaysia je yg jual kat kedai hujung ni, sebab yg hujung sana pun ada jual kuih Peneram. Peneram kuih Malaysia kan?? Korang rasa? Entahla ..
.

Nasi Koamok ala2 Nasi Briyani.


Muka Anis Seronok nak dapat nasi



Bagi iza overall okla not bad makanannya, ingat nak beli bakso dengan somtam, memandangkan kami nak pegi makan kat BigFood Nong Chik lepas tu, so tak nak la isi perut penuh-penuh kang tak muat tangki. Sebab BigFood dah booked awal2, 

ha nampak tak penangan ibu mengandung di sini? 
(Baby juga yang kena ye dak? Hihi)

Hubbynye terpaksa redha je ikutkan sebab kalau tak nanti kesian kat baby kan kan kan..
.
Masa kami datang sini hujan lebat, itu pun ramai juga manusia, tapi okla, masih ada meja kosong, tak de la semua full.






Itu sahaja review iza , 4 bintang iza bagi purata untuk semua (harga dan rasa). Berbaloi jugalah kiranya nak bawa anak2 tengok orang Thai niaga macam mana kan. Tak payah jauh ke Thai nun, kat jB je. Alhamdulillah. 

Saturday, September 8, 2018

Resepi Ayam Kampung dengan Menggunakan Pressure Cooker Primada

Assalamualaikum semua.

Harini cuti so rasa kemalasan melanda, iza plan nak masak campak-campak je. Maka terjadilah :
Ayam Kampung Masak Ungkep



Inilah kejadiannya

Senang je bila masak guna pressure cooker ni. Campak semua dalam tu, pastu tinggal. Pegi lah mandi ke, sembahyang ke, tidur ke nanti dah siap die panggil, hahahaha. Serius tau die panggil, bunyinye "tut, tut, tut, tut"....





Masukkan ayam kampung dulu, lepas tu masukkan bahan-bahan yang diblend.


Ok bahan-bahan yang diblend dah dimasukkan, lepas tu gaul semua, tambah air sikit ikut suka hati anda lah ye.



Ni short video masa masukkan rencah yang sudah diblend.





Set pada bahagian 'meat'.
( Abaikan periukku yang belum mandi tu)



Ok ni dah siap, dia akan berbunyi  "tut, tut, tut, tut" memanggil aku yang ketiduran...



 



Ni short Video lepas masak.



Dah siap masak.


Resepi: 

Bahan-bahan yang diblend:

Bawang besar 2 biji
Bawang putih 5 ulas
Cili padi semangkuk kecil
Halia seinci
Kunyit sebesar ibu jari
Serai 4 batang
2 biji buah keras

Lepas dah blend, masukkan je semua dalam pressure cooker tu sekali dengan ayam. Kira macam cecampakla. Ayam tu iza guna dalam seekor (kecik).

Lepas tu masukkan garam,perasa, daun limau purut dan air asam jawa.
Daun limau tu optional, en suami yang suh masuk, ha masuklahh.hihi.

Siap💪🏼😘



Wednesday, June 7, 2017

Anda Wajib Cuba Restoran Ini

Assalamualaikum.

Restoran ini namanya adalah Lapan Kati. Memang wajib cuba!
Sempena anniversary perkahwinan kami yang ke-7, kami decided nak celebrate di Restoran Lapan Kati macam selalu. Tempat favourite ni. Dibuka setiap hari (11AM–3PM, 6–11PM). Restoran ni terletak di 161, Jalan Kenanga 29/4, Bandar Indahpura, Kulai. Boleh klik bawah ni untuk map:

No Tel : 07-662 2588




Aku share sebab aku suka Restoran ni. Servis dan portion dan menu dia aku bagi 5 bintang. I am a regular customer since 2010. Bukan iklan berbayar ye. Aku suka order Butter prawn dia. Recommended!

Thursday, February 4, 2016

Resepi Aiskrim Paling Simple. (Tanpa susu segar)

Assalam.

Kali ni aku nak share resepi aiskrim yang mudah tanpa susu segar. Resepi ni aku dapat dri facebook Wawa ape tah ye. Hee.

Bahan2:

1 tin susu manis
2 tin air
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil essen vanilla
2 sudu besar ovellette
Pewarna dan perasa lain yg diingini

****
Dapat 2.5 bekas Aiskrim.

Mixing process

Anis dah gaulkan kaler rata2.

CARA-CARA:

1- Masak susu bersama air dan tepung jagung sehingga berwap sikit. Tak perlu menggelegak. Kemudian masukkan vanilla.

2- Tutup api dan Sejukkan kira2 1 jam.

3- Masukkan ovellete dan mix kira2 10 min. 5 min low speed. 5 minit terakhir lagi high speed

4- Agak2 kembang, stop. Jangan over mix, nanti cair semula.

Kemudian, bolehlah bahagi2 kan mengikut warna dan perasa yang disukai. Yang coklat, aku letak sesudu tepung coklat van houten dan sedikit warna coklat. Yang lain aku letak kaler pink dan kuning je.



Tuesday, December 29, 2015

Celebrate Birthday di Restoran Saujana, Gelang Patah.

Assalam.

Pada 27 Dis 2015 yang lalu kami semua berkesempatan menyambut hari lahir Anis dan Abah di Restoran Saujana, Kg.Pendas, Gelang Patah.  Ia dibuka pada jam 12 tengahari - 11 malam dan cuti pada hari Jumaat.

Kami dari Bandar Tenggara hanya mengambil masa selama lebih kurang 1 jam sahaja. Laluan termudah ialah dari Bandar Tenggara - Inas - Kulai - JPO - Gelang Patah. 



Entrance ada terpampang 'Saujana'. Memang senang jumpa. Sebelum sampai ke restorannya, anda kena menapak dalam 20m lebih kurang. Seronok kanak-kanak ni tengok air laut. Restorannya betul2 atas air. Kemudahan Wheelchair pun disediakan.


Tepat jam 12.30 tengahari kami sampai. Masa tu dah ada 2 meja full. (1 meja muat 9 orang).
Kami semua total dewasa 8 orang, remaja 1 org, dan kanak-kanak 7 orang. Bila banyak meja kosong, mata pun jadi rambang nak duduk mana satu. mule2 meja tepi sekali, oleh kerana silau, maka kami pindah ke tengah, lepas tu rasa sempit bebenau, pindah pula ke meja panjang. Ada 1 je meja panjang ni. Yang lain semua meja bulat. Kekurangan meja panjang ni kena angkat lah lauk-pauknye kalau nak agih-agihkan. 



Nak order punyala lama fikir. Last2 ambil set 10pax terus. Perut tengah berkeroncong, faham-fahamlah. Bila sampai je lauk, terus licin semua nasi. Apa lagi, akak aku pun suggest nak add-on. So kami add lagi 1 set untuk 5 pax. Service dieorang memang tip top. Sebab apa, Kami add on lagi set untuk 5 pax pun cepat je sampai. Air ada 3 jug. Teh panas, Sirap Bandung dan Oren. Actually air dah masuk dalam pakej tapi kami add 1 jug. Melantak sekali-sekala untuk orang tersayang ape salahnya kan. Alasan sungguh.

*Kenyang*

Pic lauk memang tak sempat snap. Antara lauknya ialah Siakap 3 rasa, Siakap stim, Udang Nestum, Sotong grg Tepung, Tomyam Campur (2 mangkuk), Kangkung Belacan, Chapchai, Dessert buah epal merah + Tembikai susu, Kailan, Sotong goreng tepung, ketam black pepper dan ada lagi aku x ingat. Bayangkan kemelantakan  serta kekenyangan yang dialami oleh perut2 kami ya.*Nasib aku tak ambil nasi. Ada nasi tak habis dengan tom yam, kami tapaw bawa balik. 


*lepas makan, ambik gambo*

*Makan ditemani suasana laut*



*Pelabuhan Tanjung Pelepas*

Memang syiok lah suasananya. InsyaAllah nak datang lagi katanya.
*ni kek Secret Recipe ye. Bukan Restoran Saujana provide*

Lepas tu baru lah sesi doa selamat dan potong kek. Nampak x dalam botol susu anis tu aku isi air oren pun Anis tak lalu. Alhamdulillah semua kekenyangan. 

*Ni pic luar surau.*

Lepas makan, waktu Zohor pun tiba, so kami solat dulu dekat surau yang disediakan di sini. Memang selesa. Surau pun atas air beb wa cakap lu. Memang jakun giler ok. 


*Resit*

Total semua RM 459 termasuk GST. Aku rasa okla sebab actually banyak sangat lauknya. Lauk yang terpapar dalam resit tu adalah lauk-pauk untuk set 10pax sahaja, set 5pax tak disenaraikan. Oh ya, kad kredit pun boleh apply kat sini. Nampak je macam kampung, tapi service macam bandar. 

Overall, Taste memang 5 star aku bagi, service pun 5 star. Recommended. 

Adios.

Wassalam.






Tuesday, July 7, 2015

Resepi Biskut Famous Amos

Assalam,

Kali ni aku nak share resepi Biskut Famous Amos yang aku cilok dari SINI. Tapi aku ubah suai sikit ikot nafsu.

Aku kepal2 famous amos ni. Sepatutnya tak perlu kepal2. Tak jadila bentuk Famous amos ye tak. Yang penting rasanya memang owesome. Tq Ana Suzana!


Bahan-bahan ( Lebih kurang 100 keping ) :
(BAHAN A)
1 cawan gula ** aku buat 3/4 cawan je
1 cawan gula perang ** aku guna 3/4 cwn jugak
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telor Gred A
secubit garam
1 sb susu segar @ susu tepung **aku guna susu Nespray
1 sudu teh esen vanilla

(BAHAN B)
4 cawan tepong gandum (di ayak)
2 sudu besar serbuk koko Van Houten (di ayak)
2 sudu besar tepung jagung ( di ayak)
1 sk cream of tartar
1 sk soda bikarbonat
½ cawan walnut cincang
1 cawan
 chocolate chips

CARA-CARANYA:

Gaul semua bahan A bermula dengan mentega dan gula.
Guna senduk kayu je. Pastikan semua gula cair baru masukkan bahan B sedikit demi sedikit.

Kemudian simpan doh dalam fridge dalam setengah jam supaya ketika membakar nanti biskut nya tak leper atau penyek.

Oleskan mentega dan tepung gandum di atas loyang.
Kemudian kepal2 sudukan doh comel2 dalam loyang. Jangan terlalu rapat sebab ia akan mengembang.

Bakar pada suhu 160 deg selama 20 min.
Sejurus keluarkan biskut dari oven, terus tolak sikit biskut tu supaya ia  tak melekat kat loyang.
SIAP ;)

Tuesday, June 2, 2015

Resepi Bubur Lambuk Ala Laksa Johor

Assalamualaikum.

Harini tekak macam nak makan bubur resepi mak. Bubur ni guna ikan kembung,wajib ada lada hitam dan daun selasih. Kalau tak, tak dapat rasanya tu. Kurang ummmmph lah sangat. 


Ni lah die.

Bahan-Bahan:

Beras 1.5 cawan
Santan agak2 je
Ikan kembung 4 ekor sederhana
Bawang Merah 5 ulas
Bawang Putih 5 ulas.
Kangkung
Daun selasih
Lada Hitam segenggam
Asam keping 1 keping

Garam
Serbuk perasa

Cara-Cara nya:

Ikan kembung direbus bersama asam keping. Tuskan. 
Sementara tu tanak beras sehingga menjadi bubur.
Asingkan isi ikan dan kisar isi ikan tersebut bersama bawang2 dan masukkan ke dalam nasi yang sedang ditanak.
Selepas beras bertukar menjadi bubur, masukkan santan, kangkung, daun selasih, lada hitam, garam dan serbuk perasa.
Air rebusan ikan juga di masukkan ke dalam bubur.

# Lagi sedap kisar lagi tulang ikan, tapis airnya dan tuang ke dalam bubur. Tulang nya jangan kau masukkan dalam bubur.

Siap!

Selamat mencuba! ;-)

Monday, June 1, 2015

RESEPI SIMPLE KEK COKLAT MOIST

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak share resepi kek coklat yang aku tengok dari Youtube (Seri Cara Membuat).  Tengah rajin dan mengidam tiba2 nak makan kek coklat. So terpaksa la buat. Ada sikit2 aku masukkan ikut cara aku. Tapi overall tak banyak beza.

Bahan-Bahan:

2 Cawan Tepung gandum
1 Cawan Tepung Koko Van Hauten
2 Sk Baking Powder
1/2 Sk Baking Soda. Soda Bikarbonate la ni aku rase.
1 Cawan Gula.

1 Cawan air Suam
3/4 Cawan Minyak masak
1/2 Cawan susu pekat manis
3 Biji telur
Esen Vanilla sikit


Cara-Cara:



Masukkan bahan kering dulu. Iaitu bahan2 yang aku highlightkan kaler  kuning kat atas tuh.

Aku gune cawan ni jer. nak susu paling murah. hehe

Lepas tu masukkan bahan basah seperti yang aku highlightkan kaler biru kat atas tuh.

Gaul kena sabaq no. Ketui2 sekejap.

Taraaa. Dah cair macam ni baru boleh masak.

Lepastu masuk dalam loyang and kukus dalam 1 hingga 1 jam 15 minit. Picture selepas masak tak sempat snap dah ngapp. Alasan, padahal tak sabor orang mengidam ni nak makan.
Hok ni aku test masak guna microwave dalam mug 30sec jer on highest temperature. Masak jugak.

Yang ni pun aku test masak guna microwave. Jadik. Suke Anis.

Laju jer Aina makan panas2 pulak tu. tak sempat sejuk dok. HUHU. Selamat mencuba!

Thursday, May 14, 2015

Trip to Kota Kinabalu, Ranau dan Kundasang, Sabah

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah aku diberi kesempatan dan peluang utk membawa mak abah jalan jalan ke sabah Pada 6 Mei 2015-11 Mei 2015.

6-8 Mei, 2hari stay di Ranau (Homestay).
8-11 Mei, 3 hari stay di KK Marina Court Kota Kinabalu.




Day 1

6 Mei 2015


Departure from Senai Airport. 7.25am.

Kami bangun seawal 4.30am dan terus bersiap ke Senai Airport. 6 dewasa, 1 kanak2 dan 2 infant. Sampai Senai Airport, terus print tag beg dan check bagasi di Kastam sendiri. Biasala, guna Air Asia semua kena buat sendiri. Tapi bagus jugala, sebab melancarkan proses. Tak de la semua nak buat kat kaunter dropped bag kan. 

Setibanya di airport Kota Kinabalu Terminal 2 (kira-kira 2.3 jam penerbangan), kawan abi dah menunggu. Waktu ni dalam jam 10am. Dia ambil kami dengan Alza kawannya dan dengan dia2 sekali ikut kami ke Ranau. Aduh. Penuh dokkk. Tak kan nak halau dia pulak kan. Sebab janjinya dia hantar kereta kepada kami. Padat macam sardin kurus. So slim aku sekejap *. Tapi tak pela,  kami sewa kawan2 murah2 saja bah. Bersyukur la paei oiiii.


Dipendekkan cerita, dia Terus ambil kami dan lunch. Lapar ya amat. Dari pagi tak makan dek kerana nak makan sangat di KK. Fefeeling ke obersey katanya.

Tempat kami makan tengahari ni nama apentah, di kawasan Alam Mesra.
Kemudian kami terus menuju ke Ranau. Waktu bertolak lebih kurang jam 11.45am dan kami sampai di Ranau jam 3pm! Jalannya memang berliku macam highway Karak tapi ni lebih natural kerana jalan kampung. Dan yang paling best, dalam perjalanan tu dapat tengok gunung Kinabalu. Cantik sungguh ciptaanNya.

Penat gila ok.


Sebab kami ber -10 orang sumbat dalam Alza ok. Dengan beg2 lagi. ya Ampunn. 7 Dewasa 3 kanak2. So memang penat sebab berhimpit ditambah pula dengan jalan yang berliku2. Nasib tak da yang muntah2. Tapi bile berhimpit macam ni, tertido pun tak jatuh tau.haha.


Rumah homestay yang kami book ni ada 3 bilik dan 3 toilet. Dapur lengkap segala. Bawang dan minyak pun ada. Seronok* giler. Ia betul2 terletak tepi jalan besar dari Kundasang dan berdekatan sekolah. Nama kawasan ni ialah Kampung Lohan. Namanya ada pengaruh Barat di situ, Lindsay Lohan. kau tak kenal siapa Lindsay Lohan tak ape, still boleh bercuti di Sabah.



Oh ya. Sebelum sampai di Ranau, kami sempat singgah di Rumah Terbalik Tamparuli. Bayaran masuk RM10 dewasa manakala kanak2 percuma. Masuk kena by group dan tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar ketika berada di dalam Rumah Terbalik.

Dulu tak silap aku kalau ambil gambar kat luar Rumah Terbalik ni RM3, sekarang semua dah berpagar, so masuk pagar je memang confirm kene cas RM10. Alahai.


Rumah Terbalik ni termasuk dalam Guiness Book of Malaysia Record dan menjadi rumah Terbalik ke-5 didaftarkan di dunia. Rumahnya tak besar sangat. Comel je. Tapi bagi aku mahal RM10 tu. Sebab ape, sebab kecik je dan tak sebarang perkhidmatan pun disediakan.




Aku ngeri takut kereta tu jatuh. 
Plat Johor OK. Ngeh3

Tour guide kat sini cakap, owner Rumah terlungkup ni dulu keje kat Johor, tu yang plat keretanya plat Johor.


Day 2
7 Mei 2015



Anak aku memegang puncak Gunung Kinabalu dibantu oleg Atuknya. 
7.00am. Panas terik OK.


Terkejut beruk aku sekejap* sebab pkul 6am dah terang macam pkul 7am di semenanjung. So dengan muka dan perangai yang jakun itu terus keluar rumah melihat puncak gunung Kinabalu. MasyaAllah cantik. Dari homestay yang  kami diami tu, hanya nampak puncak Gunung Kinabalu sahaja. Tapi serius jakun. Cantik. Suhu kat luar rumah aku anggarkan dalam 24deg. Menggigil jugala bila ditiup angin. Walaupun matahari dah terik. 


Macam orang gila sekejap aku dan abi duk bergambar tepi jalan tu, sambil orang lain sibuk nak pergi kerja dan budak2 sekolah nak ke sekolah. Peduli Hapa aku kan.

Hari kedua harini kami plan pergi ke 4 tempat.

Sabah Tea.


Dalam jam 9am kami bertolak ke Sabah Tea. Senang sangat nak tuju. 15 min je dri Kg.Lohan. Aku guna waze je. Jalan nak masuk Sabah Tea ni memang tak berturap. Take note ye. Kalau bawa kereta rendah2 tu, yang adjust2 spring tu le aku tak tau namanya ape, silalah lupakan niat nak ke Sabah Tea ye.



See! Jalan tak berturap ni nak dekat 1km.



Entrance Sabah Tea


Borong teh ok. Siap tulis nama siap2 nak bagi sape. Senang. Sampai rumah tak pening.




Tagal Moroli Fish Spa.



Ikan Sebarau kot sedang makan kulit mati kat kaki abi.



Pintu masuk Tagal Fish Spa ni bersebelahan sahaja dengan pintu masuk Sabah Tea ok. INGAT. Jangan jadi macam abi. Sesat. Cerita sesat tak boleh expose sebab sangat2 memalukan.


Ikan ni gigit2 je kaki kite. Mula2 rasa macam sakit dan geli, lama2 best je. 15 min 1 sesi RM5 seorang. Bawa kamera add RM3. Nak mandi RM10. Mandi? Ko mampu?!


Poring Hot Spring.


Poring Hot Sring ni pun terletak dalam 15min sahaja dari Kg. Lohan. Tiket dewasa RM3 sahaja OK. Berbaloi2 sangat. Tiket jangan dibuang ya. Sebab boleh share dengan Kinabalu Park dan Mesilau Park kot ,rasanyala.




Anak ku tak sabar nak mandi dek kerana harini belum sentuh air pun lagi.


On the way to Kolam Air Panas Poring.


Poring Hot Spring

Banyak kolam disediakan. Ada paip air panas dan sejuk sekali. So boleh adjust ikut suhu yang dikehendaki. Tempat duduk untuk tengok2 orang mandi pun ada. Kami makan lunch pun kat sini je. Senang dah bawa bekal. Makan sambil tengok anak2 mandi. Siap mandi and makan, kami bertolak ke Desa Cattle Farm.

Desa Cattle Farm


Desa Cattle Farm ni adalah tempat penternakan Lembu dan Kambing dari Australia. Dekat juga dari Kg. Lohan dalam 20min. Curam ok jalannya. Kalau bawa kereta yang agak2 full passengger, silalah tutup aircond dah set gear D2 if kereta auto. Jalan masuk berliku2 dan curam. Silalah berhati2. Jalan dah dekat Desa Cattle Farm tu tak berturap. Agaknya stayle dieorang ni memang suke tak turap jalan agaknya, tapi bagus juga sebab kite drive tak laju, mengurangkan risiko accident kan.



Ni masa nak balik. Hujan renyai-renyai. So bergambar kite dalam kereta.


Choc Gelato with Oreo Crush on top. RM6++. Kurang sedap berbanding Vanilla flavour.
Aku prefer Vanilla flavour. Lebih jelly dan sedap.


Menggigil* kesejukan. Demi lembu, kuharungi jua....


Entrance. Tak sabar nak masuk sebenarnya. SEJUKK.

Sangat sejuk. Tapi boleh tahanla. Maybe dalam 16deg- 22deg rasanya. Kalau bawa ank kecil silala pakaikan stokin dan baju lengan panjang. 


On the way balik ke Ranau, kami singgah sekejap di pekan Ranau. Beli kepak ayam bakar RM1.50 je seketul. Beli 10 ketul. Sedap dok. Serius. Besar pulak tu. Seketul dipotong dua. Siap dapat kuah lagi. Yang jual nye bukan orang Sabah, tapi orang Indon. Kedainye  dekat je area KFC pekan Ranau. Dari jalan utama dah nampak dah KFC tu.



Singgah di Pasar Gaya Street di Pekan Ranau beli madu. Asli katanya; tak campur. Dari RM95 dua botol, dapat less sehingga RM70 ;-)


Day 3
8 Mei 2015.


Pagi-pagi kami masak simple2 dulu sebelum gerak ke Kota KInabalu. Masak goreng2 saja. Goreng cendawan, Hotdog, Nugget and brokoli. Senarnya sayur2 ni dapat FREE masa beli madu kat pasar Ranau semalam. Nice sgt makcik tu. Recommended lah.



Ni makcik nya, banyak die bagi sayur. Alhamdulillah.

Dalam jam 9am, kami gerak ke Kota Kinabalu. Sebelum tu kami singgah di Kinabalu Pine Resort, Pasar Ranau dan Kinabalu Park semata-mata ambil gambar. Curlass.



Di Kinabalu Pine Resort. (Anak aku tak mandi pagi sebab maknya malas nak mandikan sejuk). Serius cantik tempat ni.


Kinabalu Park dari atas. Kinabalu Park adalah 'port' untuk naik ke Gunung Kinabalu. Sejuk juga walaupun cuaca panas terik.


Abah di Pasar Ranau, berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Sejuk wey. Nyaman je. Aku tengok seller2 semua pakai sweater.



Kat Pasar Ranau ni kami beli satay dan Kuih Peneram. Kuih Peneram 3pcs RM1. Bulat2 macam kuih Doraemon cume leper sikit. Ada 3 rasa, jagung, pandan dan asli (tepung beras). Sedap! Gambar nye tak sempat snap dah kene ngapp. Satay nye pulak sama macam kat semenanjung cume kuahnya putih macam kari tapi putih sikit. Rasanya sodap je. Dah lapar kan.

Sebelum check in, kami singgah dulu di Aquarium UMS. Entrance fee RM5 dewasa. Ingatkan luas macam nampak dalam tv tu, rupanya kecik jer. 12tghari sampai 2petang tutup rehat. 

Aquarium UMS. 

Picturing area.


Sampai di KK Marina Court ni kena terus call staff dia, sebab dieorang ni tak de kaunter. Dia akan turun bawah dan sambut kite. Lepas bagi kunci dan deposit RM150 which returnable masa nak balik nanti, terus je check in. Swimming pool disediakan FREE. Aku booked melalui Agoda je. Senang. Yang paling aku suke pasal Hotel ni bab security die. every door kene ade pass. So kita rasa secure sangat, sebab sapa2 yang kite terserempak dekat swimming pool ke, parking lot ke, sure customer or employee dia kan. Dan parking pun ikut no bilik. So tak de la timbul kes tak ada parking or parking jauh2. Curlass. 

KK Marina Court. Senang nak jumpa sebab entrance nya dah tulis nama KK Marina Court tu besar gedabak.


Parking aku kat Basement. Ala2 parking Mall senang cakap. Dan yang paling best aku booked 2 bilik (1malam RM203 termasuk tax), tapi aku dapat apartment 3 bilik! Horey. Dan aku tak tanya pun staff tu kenapa aku dapat yang 3 bilik. keh3.

Our parking lot

Apartmentnya OK. Best. Selesa. Located in the middle of the town. Recommended. Hotel ni betul2 berdepan dengan Oceanus, belakang ade Speedmart, McD, pastu dekat je dengan Pasar Filipin, Pasar Ikan Masin, Pasar Kraftangan, Pasar Sinsuran dan Pasar Kg. Air.

Dinner kami malam nya makan di pasar Filipin. Banyak kedai makan. Nak pilih sampai rambang mataku.



Ni tempat makan yang kami pilih. Lobster tu tak dimakan pun. Acah jer. Pilih dan die masak ikut apa yang kami nak. Nyum2. Kesian Aina. Kepenatan, telentok2 tidur dalam Tugedanya.



Ni dekat traffic light sebelum Pasar Filipin dari KK Marima Court. The Jemmed road ever since aku datang sampai balik tak pernah lengang.


Mak sedang tunggu makanan. Banyak warung macam pasar malam. Dah macam balai orang kawen pun ada jugak aku tengok.


Ni kat area belakang, ada jual goreng2 dan barang basah. Murtabak nye nampak berminyak. Abi tak mau ;-(


Ni area tepi tempat makan kami tadi, ni dah siap bakar. Murah sikit kot. Aku tak makan sebab dah sejuk. Tapi menggiurkan beb. Tengok je la mulut abi tu.



Kepak Ayam yang famous di Sabah.



Butter Prawn. Besar tau. 5 ekor RM 12 atau RM15 tak hingat. Serius sangat sedap.



Pic makanan lain semua tak sempat snap dah hilang. Kami order udang Butterprawn, Ikan siakap 3 rasa, sotong sambal dan sayur campur. Semua RM 75 je OK!

Lepas tu kami balik dan tidur terbongkang.



Day 4.
9 Mei 2015

Harini Kami plan nak ke Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik. Dalam jam 10am kami menuju ke Jesselton Point (dahulunya dikenali sebagai Jeti Kota Kinabalu). Kat sini Banyak kaunter penjualan tiket ke pulau2. Kena servay mana satu yang menawarkan harga terendah. Boleh book 1 private bot atau pun mixed. 


Kami booked private boat. Suka2 hati nak berapa jam, yang penting balik sebelum jam 4.30pm. Cuma RM310 sahaja. 6 dewasa, 3 kanak2. yay. 1st kami pergi ke Pulau Sapi, Pulau Manukan dan last Pulau Mamutik.



Kaunter tiket di Jesselton Point.


Abi dan Aina di Pulau Sapi


Jesselton Point.


Bahan sejarah di Pulau Manukan.


Pulau Sapi. SubhanaAllah jernih!


Cafe Pulau Mamutik. Teh Ais Bungkus 1 RM 4.50 ye kawan2. Pakkal je air dah abis.


Pulau Manukan. Kurang berombak. Jernih. AIr mineral botol besar (1.5L) di sini RM8 ye kawan2. Ingatkan nak bawa balik air tu frame kan, tapi dah kehausan, minum jelah.


Anis berendam. Tak dihiraunya panas meleding. Serius jernih air pantai Pulau Sapi ni!


Mak and Abah masa nak naik bot kat Jesselton Point. Bot nye nunn jauh di hujung sana.

Parking kereta kat Jesselton Point ni sejam RM1 jer. Die tak kira by day. Lepas balik dari pulau2, abi ajak mandi kolam. Basuh badan anak2 nye dari air laut katanya.


Ni Pool di Blok D. Lagi 1 pool kat Blook A. Tingkat 1

Si kecik ni pun seronok tak nak dipegang. 


Day 5
10 Mei 2015

Harini kami plan pergi ke Muzium Sabah, Masjid terapung KK dan shopping souvenier kat Pasar Filipin. Ingatkan nak pergi Menara Tun Mustapha, tapi penat pulak. So cancel. Kepenatan diving ke pulau2 semalam.


Masjid Terapung Kota Kinabalu.



Muzium Sabah

Kat Muzium ni tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar. Tapi aku sempat snap je hehe gambar surat khabar lama tahun 1963. Banyak sejarahnya yang tidak ramai orang tahu. Ada juga video dokumentari dari kerajaan ditayangkan di sini tentang pembukaan awal tanah2 tanah pertanian di Malaysia. Video lama. Zaman mak aku kecik2 dulu.


Lepas lebih kurang 2 jam di Muzium Sabah ni, kami pun pulang ke Hotel dan lunch dekat deret2 kedai makan depan Hotel.


Dalam jam 4pm, kami pergi lagi ke Pasar Filipin dan borong lagi souvenir untuk dibawa pulang ke Johor. Malamnya kami jalan2 ke Pasar Sinsuran dan Pasar Kg. Air.



Pasar Sinsuran. Pasar ni dibuka setiap hari dari petang hingga larut malam. Baju bundle sangat banyak. Ada souvenir, brooch, pakaian, kasut, handbag dan macam2 lagi. Ia terletak berdepan dengan Pasar Kraftangan iaitu seberang jalan je. ( dalam kawasan kedai2 )


Pasar Kg.Air. 

Pasar ni dibuka setiap hari dari petang hingga larut malam. Ia terletak lebih kurang 700m dari Pekan SInsuran. Kami jalan kaki jer. Penat jugakla. Kat sini lengang sikit. Barang yang dijual hampir sama. Tapi kebanyakan nya peniaga Cina. Dah puas shopping, kami pun pulang ke hotel. Penat memang penat tapi puas hati. 


Day 6

11 Mei 2015

Seawal jam 8.00am, kami bersiap2 bertolak ke Airport KK Terminal 2. Dalam 4km je dari hotel tempat kami menginap. Flight jam 10am. Sampai sana terus print tag dan breakfast.



Printing tag untuk bagasi. 
First time guna perkataan bagasi, terkilan sebab masa sekolah tak hingat nak guna perkataan bagasi. 

Senang je. Nasib aku dah tau sebab masa departure kat Airport Senai ritu ada staff Air Asia dah ajarkan. Cuma ikut sahaja arahan yang tertera, dan yang paling penting, keluarkan siap2 boarding pass. Kalau tak ada boarding pass pun boleh print kat sini. Kira siap2 berapa beg yang nak disimpan dalam perut kapal terbang. Jadi, tak perlulah patah balik kire beg kan.


Safely arrived at Senai airport jam 12.15pm. Alhamdulillah. Diharap perkongsian aku ini sedikit sebanyak dapat membantu anda2 di luar sana yang pertama kali nak bercuti di KK atau pun pertama kali nak fly domestic. Jika ada sebarang pertanyaan, silalah komen di bawah ye.


Thank you!

Contact Form

Name

Email *

Message *