Wednesday, June 7, 2017

Resepi Laksa Johor mudah confirm Sedap InsyaAllah

Assalamualaikum

Di bulan puasa yang mulia ini, Faizah nak share resepi Laksa Johor yang confirm sedap InsyaAllah. Bahan Laksa Johor ni memang lebih berbanding Laksa utara, tapi portionnya sikit je.
Laksa ni favourite en Hubby, sampai angkat pinggan nak menghabiskan kuahnya ! Gaya abah pun sama, dua-dua angkat pinggan masa nak habiskan saki-baki kuah laksa dalam pinggan tu. Hihi . Seronok tengok bila apa yang kita masak, mereka makan dengan selera kan.
Rupa tak berapa, tapi rasanya, nym nyum.



Accessories simple je. Hubby tak suka bawang besar mentah, jadi ni saja accessory; timun, kacang buncis dan limau.


Ok, straight to the recipe.

Bahan-Bahan:

3 ekor Ikan Sardin yang di bersihkan dan direbus. Kemudian diasingkan tulangnya dan blend bersama air rebusan tadi. Asingkan. Tulangnya jangan dibuang dulu kerana di situ terdapat rasa kemanisan ikan. Jadi, tulang diblendkan bersama sedikit air dan ditapis. Sekarang baru boleh buang tulang tersebut.

3/4 bungkus Mee Laksa kering yang direbus dan dituskan. Rebus mee laksa kering ni lama sikit ya, lebih kurang 30 minit. Sebab kalau tak, nanti die kejung abis terpelanting -terpelanting masa makan.kahkah.

Bahan yang perlu di'blend' dan di tumis:

1 Biji bawang besar
4 Ulas bawang putih
1 sb (sudu besar) udang kering
15 tangkai cili kering
1 inci halia
1 sudu kecil jintan manis (yang telah disangan dan di'blend' kering)
3/4 sudu besar ketumbar (yang telah disangan dan di'blend' kering)

Bahan Ditumis:

2 keping asam
2 batang serai
2 sudu besar serbuk kari Faiza

Bahan yang dimasukkan selepas air rebusan:

1 kuntum bunga kantan
1 1/2 sb gula melaka
Isi ikan
santan mengikut citarasa.
garam dan perasa mengikut citarasa.

Accessories:

Timun
Kacang buncis
Limau sambal (kasturi)

CARA-CARA:

1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan tumis, dan tumis sehingga garing dan naik minyak.
2) Masukkan sedikit air rebusan ikan. Api sederhana dan tunggu sehingga menggelegak.
3) Masukkan isi ikan, bunga kantan, gula melaka, garam dan perasa. Tunggu lebih kurang 10 minit. Api sederhana.
4) Masukkan santan. Tak perlu lama, gaulkan sentiasa, cukup sehingga menggelegak sedikit dan tutup api.

Siap. Resepi ni untuk budget 4-5 orang. InsyaAllah sedap dan habis. Hiihii. Jangan lupa try dan komen kat bawah ni ye. bye. Assalam.




Contact Form

Name

Email *

Message *