Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Monday, June 28, 2021

REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT

 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT

.



Nak dijadikan cerita,  

harini sis order Coolblog secara online je. Sis order semua 3 botol dan semua adalah kegemaran sis. Tapi yang sampainya 2  botol je, dan kedua-duanya favourite anak-anak.

Yang receive nya Kakak Anis,  so dia tak cek pun sebab dia tak tahu mama dia order apa. 

.

Mula-mula Iza rasa bengang, marah,  teraniaya, sebab tak pernah lagi ada pengalaman dapat salah item dengan GrabFood ni. Apa lagi, terus lah buat online complaint. 

.

Anak-anak dah tak sabar nak minum, Iza

tarik nafas dalam-dalam, muhasabah diri,  sis lupa yang rezeki tu datangnya 'bulat-bulat' dari Allah. Sis lupa yang gerakkan hati manusia tu juga Allah. 'Astaghfirullah hal azim' jentik hatiku. 

.

Baru Allah uji sikit je,  dah nak bengang, kau dah kenapa? Lepas tu Iza izinkan anak-anak minum je lah. Buka je lah. Apa nak jadi pun jadilah.

Seronok tengok dieorang dapat minum. Seronok bila hati kita Redha dan ikhlas. 

.

Selang dalam beberapa minit,  dapatlah email dan refund dari GrabFood. Alhamdullilah walaupun refund tak sepenuhnya,  tapi iza lega. 

Kadang kala kita lupa bahawa sesuatu yang terjadi tu adalah semata-mata kerana keizinanNya,  kalau Allah tak izinkan,  maka mustahil terjadi. Dan harini,  anak-anak gembira sebab dapat favourite drink dia orang, terima kasih Allah. 

.

Thank you Allah kerana kau uji aku harini. Sesungguhnya ujian itu mematangkan kita. WaAllahuaklam.

.

Sekian,

HambaMu yang lemah,

Faizah Abd Rahman.


Wednesday, September 9, 2020

Simpanan CEPAT SUSUT ? bahagian 2


Harini iza nak share tips bagi yang susah nak kekalkan simpanan duit macam iza.

.

Iza sejenis yang pandai simpan tapi sekejap je keluarkan semula😂

.

Dulu iza ada share cara pertama ialah dengan menyimpan emas.  Boleh baca kat sini:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4761815277177408&id=100000469493956


Kali ni iza nak bagitahu,  cara lain kita simpan duit ialah dengan membeli saham Bursa Malaysia. 

.

Iza ingat Pertama kali iza beli saham Inari-wa dan Padini tahun 2014. Alhamdullilah dah profit. (tak ingat berapa) Lepas tu iza ada beli FGV,  profit dalam RM400 je geli2😂 buat belikan wheel chair untuk arwah mak. 

.

Yang profit je iza ingat,  yang loss ribu riban tak ingat😂

Melabur di saham ni risikonya sangat tinggi.  Tapi melalui pengalaman jual beli saham,  belajar dengan guru2 saham, dan dgn izinNya Alhamdullilah iza dapat cover balik kerugian tu.

.

Yang bestnye bila beli saham ni,  kita jadi shared 'owner' untuk company yang kita beli tu. So tak perlu pikirkan sales, marketing dan production walaupun kita sebagai owner. 

.

Tu yang best sekali🤩

.

Contoh kalau kawan2 suka makan telur,  boleh beli saham Layhong dan ajak kawan-kawan lain semua beli Layhong seolah2 dialah owner😂

.

Harini saham Layhong seunit RM0.31 .

Boleh beli minima 100 unit baru RM31- dah boleh jadi tokeh business telur. 

.

Contoh kalau beli 10K unit,  bersamaan RM3100.

Kalau sahamnya naik kepada RM0.40, keuntungan yang anda dapat ialah RM900.

.

Tapi perlu diingat,  'simpan duit' dengan cara ni risikonya amat tinggi.  Kalau tak ada ilmu,  bahaya woo.. 😱

.

Sekian sharing iza kali ni.  Semoga bermanfaat ❤

.

P/s : iza tak pegang #saham Layhong 




 

Contact Form

Name

Email *

Message *