Thursday, October 24, 2013

Resepi Oreo Cheese Cake Bakar

Assalamualaikum.

Dek kerana suka sangat dengan makanan berasaskan cheese, maka lahirlah keinginan yang membuak-buak untuk 'menerai' Oreo Cheese Cake resepi encik Google ini. Tapi ada beberapa perubahan pada resepi yang aku sesuaikan dengan tekak aku.

Oke,


Oreo Cheese cake.
Aku bahagi 2 bahagian, jadi bake setengah jam je. Itu pun perang sudah atasnya.



Oreo Cheese cake ade dua bahagian:
1) Crust
2) Filling

Resepi Crust (Pic 1 & 2)


Butter

Oreo

1/4 buku Butter di cairkan dalam microwave
1 1/2 cawan oreo crust / biskut Oreo hancur 

>> Dua bahan di atas di gaul bersama ,
kemudian di tekan di dalam loyang 8 or 9 inci ,
then di bakar dalam oven selama 10 min pada suhu 130 Degree.

Resepi Filling (Pic 3 & 4)

Whipping Cream, Cream Cheese 

dan gula halus


500g cream Cheese Tatura.
1/2 cawan gula halus.
1 cawan whipping cream.
>> 3 bahan di atas di 'mix' sehingga gebuss, lebih kurang 3 min pada kelajuan ter'maksima'.

Kemudian masukkan :
3 biji telur saiz tak kisah. ( aku pun tak hingat aku pakai telur saiz ape)
1 sk perasa vanilla.
1/8 dri sebiji jus buah oren.
>> Mix JANGAN LAMA kerana kalau lama nanti whipping cream akan pecah dan berketul2.
Lebih kurang 30 second je.

Then masukkan:
5 - 10 keping biskut Oreo kasar2 (agak2 sebesar syiling 20sen) >> gaul ala-kadar je.
Gentel2 kan cream oreo dan masukkan jugak ke dalam  adunan, > nanti die melting masa kita potong tu tau!! nyum2!!

Siap untuk dibakar



Masukkan filling tadi kedalam loyang ,
dan bakar pada suhu 160 degree selama setengah jam, kemudian diturunkan suhunye 130 deg sehingga masak.
P/S: Sila fahami oven anda kerana waktu masak kemungkinan berbeza.

Tak sempat la eh aku nak menghias dan ambik gambo lawa-lawa. Snap je then makan. Lepas tu terus ghaib! Walaupun rupanya huduh, tapi rasanya... MasyaAllah.

SIAP !



SELAMAT MENCUBA!!! 









Contact Form

Name

Email *

Message *