Monday, April 7, 2014

Trip 2D1N to Air Papan Mersing, Johor

Salam Sejahtera ;)

Sebelum bercuti, aku dah survey and book dulu chalet. Kami stay di Air Papan Beach Resort. 1 bilik, (6-7 org) dgn harga RM250 (RM200 if weekdays). Bagi aku yang tak berapa nak kaya ni, kire agak mahal la. Dengan 2 katil king, makan and towel pon tak disediakan. (Plus water heater rosak.huhu) Nak compare if kita stay kat hotel sekitar PD, lagi puas hati kot. Depends poket ye kawan2 ;)


Ni pemandangan sekitar jalan dari pekan Mersing ke Air Papan. 
Seronok Anis nampak laut tu.


Kami berlima bertolak pada jam 10pagi dari Bandar Tenggara dan dan sampai di Air Papan jam 12 tengah hari. Apa lagi, perut dah berkeroncong, kita mamam dulu.



Ha nampak tak kedai makan tepi jalan seperti yang jari tu tunjuk?


Kedai ni terletak dah dekat sangat dengan Air Papan. Dalam 2km away je. Seberang bukit yang depan sana tulah Air Papan nye. Kedai ni ok la, 2.9 bintang aku bg. lauk pon banyak, cume tekak family aku ni bukan tekak lauk 'bergula'. Sambal belacan dengan asam pedas manis pulak. Adoi. 

Kami check-in jam 1.15petang. Ni la chalet nye. Ade banyak jenis, ni namanya Melati Merah.


Entrance ;)


Shower yang tak panas langsung.huhu.


Toilet.


(tak tahu kenapa aku snap pic ni, mungkin tujuan asal nak snap pic bilik, tapi takot ade yang pengsan menengoknye sbb barang2 dgn orang semua dah masuk, tak pasal2 aku kene tangkap Polis sbb menyebarkan pic2 yang mengganggu gugat kesejahteraan negara, hahaha)
* Ade 1 bilik yang ade 1 katil queen and 1 aircon.
Hall pon ade 1 katil queen + 1 aircon.

Channel tv ade 3 je; HBO, sports and Astro Ria. tapi kadang2,  HBO, TV3 and Astro Ria, tak taula mcm mana dia set up. huhu..

Setelah berehat, kami jalan2 sekitar Air Papan dan Teluk Buih. tak jauh pon Teluk Buih dari Air Papan, dalam 1 km mungkin. Kalau nak cari Teluk Buih ni senang je, on the way ke Air Papan tu, jumpa tugu 'Fishing Bay' , ha masuk je simpang tu, sampaila ke Teluk Buih. Laki aku suke ke sini, sebab Teluk Buih ni ade jeti, tempat ikan naik.




Jeti Teluk Buih. Ni masa air pasang.
Ada jugak kanak2 memancing. Terrer tau budak2 tu.

Ni la event yang ditunggu2 oleh Anis dan Abi nye, hehehe.


Swimming pool Air Papan Beach Resort.
Masa ni jam 4petang. (tak de orang)

So bile malam, apa lagi, tempat makanla yang kami cari. kat sini paling glemer Restoran Brother Joe. Restoran ni terletak dekat dengan Pekan mersing. Kalau dari round about Mersing (means dari arah kota tinggi), kene masuk kiri melepasi jambatan, (jalan ke Air Papan), then dalam beberapa meter, U-turn semula, then masuk simpang kiri sebelum jambatan tadi. Depan sikit, tengok banyak kereta parked, tule die Brother Joe.

Ni jam 8 malam. Penuh giler orang.
Dekat setengah jam juga baru dapat mamam.

Kami order Tom Yam mangkuk sederhana, ikan Siakap 3 rasa, udang goreng tepung 6 ekor dan kangkung goreng belacan. Okla, sedap jugak, lapar.....huhu....Harga pon berpatutan, servis pon ok.

Ni gambar makanan sebelum disentuh. (kecuali Udang goreng tepung)


Selepas kejadian...

Pas mamam, bayar, balik, tidur..............................................................................

Esoknye....

Pantai Air Papan.

2nd day tak banyak aktiviti. Pagi2 kami pergi jeti, ingat nak beli ikan, tapi rupanya ikan belom naik kerana air surut. Lepas tu mandi laut and mandi pool je. Pkul 12 tengahari dah check out.

Pukul 12tengahari, lepas check out, kami pergi semula ke jeti Teluk Buih, ramai jugak orang berkerumun, yang paling ramai cina2 dari Singapore pon datang beli ikan dan udang segar dengan kereta mewah!huhu

Ni je yang sempat kami beli, tu pon dah penoh tong air :

Ikan Pari (bahagian isi je) 3.6kg - RM35
Ikan Parang sekor beso - RM8
Ikan Gelama Beso 3 kg kot
Ikan Gelama kecik

Ikan segar kan. mahal sikit tak pe kata abah...

Lepas tu singgah kat kedai2 jual keropok lekor. Beli keropok lekor kecik2 sekilo RM8, keropok kilo beso2 sebatang RM1, beli belacan, ikan bilis, and keropok dah siap goreng (yang glemer kat kelantan and Terengganu tu), 3 pack RM5.
Boleh tahan mahalnye tempat ni. Ingt murah sikit sebab dekat laut, rupanya lagi mahal dari kat tempat lain. Belacan 1 pack bulat biasa RM3, ikan bilis dah kopek, 1kg RM50! Adoi....

Then kami makan tengahari kat Pekan Mersing, and terus balik Kota Tinggi.
Thats our journey. So far Okla..tapi tak ada plan nak datang lagi. hahahha..bye2..








Contact Form

Name

Email *

Message *