Showing posts with label Berniaga. Show all posts
Showing posts with label Berniaga. Show all posts

Wednesday, November 3, 2021

Impian Tercapai - Iphone 13 Pro


 

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga salah satu impian sis nak dapatkan iPhone latest, selepas ada simpanan bernilai 8 bulan gaji (suami). Mungkin bagi sesetengah orang RM 5000 tu kecil je, ala barang 5000 pun nak listkan dalam impian ke 😏, bagi sis,RM5000 tu besar untuk sesebuah smartphone. Kalau gelang emas, gigih lagi😂.
.
Tak sangka walaupun sis bekerja sendiri aka surirumah, tanpa makan gaji dengan orang, memang tak terbayang masa berhenti kerja dulu. Pesan guru sis, 'jangan buat kerja Tuhan, iaitu memberi rezeki.' Jangan risau kalau niaga, bulan depan nak makan apa kalau tak makan gaji?', yang penting kita usaha, doa, tawakal dan lagi satu, jujur. Allah Maha pemberi rezeki.
.
Tak ada niat pun nak riak atau menunjuk cuma semoga terinspirasilah dengan story tak seberapa ni. Story orang jakun. Tak pernah dapat iphone baru, melainkan beli iphone bekas orang ,5 /6 tahun dah umurnya.
Terlalu happy bila kita dapat capai impian yang kita dah senaraikan satu persatu.
.
So masih banyak lagi impian yang belum tercapai sis doakan juga impian korang semua tercapai satu persatu kelak.
.
Amin ya Rab. , ☺️
.

Thursday, August 13, 2020

Pesan Abah

Iza ingat masa kecik-kecik dulu, 
Setiap kali habis sebulan beRaya mesti abah ajak kira duit raya dan bawa duit pergi bank BSN Sayong untuk simpan. 
.
Sekali tu, duit simpanan cecah RM1K pertama, rasa kaya sangat😂
.
Abah cakap,
.
"duit izah ni dah cecah seribu, lepas ni sampai bila-bila Jangan ingat duit 1000 tu ada, Anggaplah 1000 tu tak ada. bila dah besar nanti simpan duit jangan Joli"
.
Sampai sekarang iza ingat pesan abah. 
.
Sebenarnya kita kena train dan paksa otak sendiri untuk berubah kepada yang lebih baik. 
.
Gaji berpuluh ribu pun tak guna jika tak pandai menyimpan. 
.
Yang dah pandai menyimpan pulak, rajin-rajinkan diri cari ilmu untuk kembangkan dan secure duit kita💪.
.
Doakan Semoga abah dikurniakan kesihatan dan kesenangan di dunia dan akhirat, aameen
.
Iza
Perunding Great Eastern Takaful &
Ejen Karisma
.
.
.
#ejentakaful #ejenkarisma #jihadkewangan #karisma #takafulagent

Thursday, July 30, 2020

SIMPANAN CEPAT SUSUT?

Sejujurnya iza sejenis tak pandai nak kekalkan duit simpanan dalam akaun. 
Iza pandai menyimpan, tapi sekejap je dah keluar balik😂
.
Ok ni ANTARA tips mudah yang iza belajar untuk sesiapa yang ada perangai macam iza ni. 
.
Senang je. Gunakan duit simpanan tadi untuk membeli emas. 
.
Sebab apa, nilainya semakin naik, dan dalam konteks barang yang nilai semakin naik selepas dibeli, emaslah yang paling kecil nilainya. 
.
Tidak seperti rumah dan hartanah. 
Harganya mahal. (Melainkan beli tanah untuk bancuh simen) 
.
Iza ingat 1 gram emas GAP pertama yang iza beli ialah pada 2014 iaitu RM140 saja segram😳
Beli emas ni tak kira emas apa, sama ada emas perhiasan atau emas jongkong ataupun emas syiling macam Public Gold. 
.
Kedua-dua emas perhiasan dan emas syiling GAP Public Gold, iza ada beli buat simpanan supaya tak mudah untuk 'ditarik' keluar semula. 
.
Kelebihan lain, 
emas perhiasan ni mudah nak dibawa. Maksud iza, pakai je la kat tangan🤣, ke leher ke, kalau dah berat sangat, jangan risau, iza boleh tolong pakaikan😂
.
Emas public gold jenis GAP boleh dijual dan dibeli secara online sahaja. Tidak perlu ke kedai. 
.
Percayalah, tips ini sangat membantu buat sesiapa yang susah untuk mengekalkan duit simpanan tak kiralah di dalam bank atau di dalam kasut. 
.
Ada lagi cara simpan duit ni. 
Lain posting iza share ye. InsyAllah 
.
Tapi jangan buat-buat lupa bayar zakat untuk emas tu tau. 
.


Contact Form

Name

Email *

Message *