Wednesday, July 12, 2017

Resepi Sardin Wraps ala Tortilla yang sihat, sedap dan mudah

Assalam

Memandangkan lemak dah semakin mendominasi kawasan-kawasan utama di musim2 raya ni, makanya dengan ini, pemilihan makanan yang sihat-sihat sahaja yang menjadi keutamaan.  


Makanya, aku memilih untuk makan tortilla a.k.a sardin wrapped untuk menu breakfast dan lunch pada satu hari pada minggu lepas. 1 hari je pun rupanya. eh tak tak, 1 hari setengah.


Senang dan sedap sardin wrap ni. sihat pulak tu. kiranya makan banyak2 pun tak rasa berdosa sangat. Ha nampak kesan sampingannya di situ? patutlah aku timbang minggu ni sama jer berat aku, tak ade perubahan. kahkah.







Bahan-Bahan yang diperlukan:

Mission wraps
Daun salad
Karot
Mayonese
Aji Lada Putih
1 Tin sardin (dibuang kuahnya)


Ya Allah aku tak tau nak tulis caranya sebab senang sangat. ! tak pe, tak pe, moh tengok gambar dulu.



Aku guna Mission Wraps perasa bawang merah.

Ikan Sardin dihancurkan dulu dengan menggunakan garfu atau sebagainya ikot suka hati ngko.

Masukkan sedikit lada putih AJI-Shio

Kemudian masukkan sedikit mayonese.

Dah siap inti sardinnya.

Sedikit Carrot dan kobis

Salad




1) Mula-mula, panaskan sedikit wraps atas kuali sehinnga dia macam menggelembung sikit.

Dah siap masak dah ni, kejap jek. Jangan ko biar pulak die pegi basuh kain kejap.

2)Kemudian angkatlah wraps tu, susunlah salad, karot dan sayur kobis mengikut nafsu.

3) Lepastu letak sardin juga mengikut nafsumu, bukan nafsuku.

4) Lepastu lipat cenggini. Maaflah gambar senget.

5) Lepastu lipat cenggini pulak bagi tutup semua.


6) Lepastu terbalikkan dan potong! Siaplah tuuu.

Sedap woo.

Selamat Mencuba!!





No comments:

Post a Comment

hi

Contact Form

Name

Email *

Message *