Kali ni aku nak share resepi kek coklat yang aku tengok dari Youtube (Seri Cara Membuat). Tengah rajin dan mengidam tiba2 nak makan kek coklat. So terpaksa la buat. Ada sikit2 aku masukkan ikut cara aku. Tapi overall tak banyak beza.
Bahan-Bahan:
2 Cawan Tepung gandum
1 Cawan Tepung Koko Van Hauten
2 Sk Baking Powder
1/2 Sk Baking Soda.
1 Cawan Gula.
1 Cawan air Suam
3/4 Cawan Minyak masak
1/2 Cawan susu pekat manis
3 Biji telur
Esen Vanilla sikit
Cara-Cara:
Masukkan bahan kering dulu. Iaitu bahan2 yang aku highlightkan kaler kuning kat atas tuh.
Aku gune cawan ni jer. nak susu paling murah. hehe
Lepas tu masukkan bahan basah seperti yang aku highlightkan kaler biru kat atas tuh.
Gaul kena sabaq no. Ketui2 sekejap.
Taraaa. Dah cair macam ni baru boleh masak.
Lepastu masuk dalam loyang and kukus dalam 1 hingga 1 jam 15 minit. Picture selepas masak tak sempat snap dah ngapp.
Hok ni aku test masak guna microwave dalam mug 30sec jer on highest temperature. Masak jugak.
Yang ni pun aku test masak guna microwave. Jadik. Suke Anis.