Harini tekak macam nak makan bubur resepi mak. Bubur ni guna ikan kembung,wajib ada lada hitam dan daun selasih. Kalau tak, tak dapat rasanya tu. Kurang ummmmph
Ni lah die.
Bahan-Bahan:
Beras 1.5 cawan
Santan agak2 je
Ikan kembung 4 ekor sederhana
Bawang Merah 5 ulas
Bawang Putih 5 ulas.
Kangkung
Daun selasih
Lada Hitam segenggam
Asam keping 1 keping
Garam
Serbuk perasa
Cara-Cara nya:
Ikan kembung direbus bersama asam keping. Tuskan.
Sementara tu tanak beras sehingga menjadi bubur.
Asingkan isi ikan dan kisar isi ikan tersebut bersama bawang2 dan masukkan ke dalam nasi yang sedang ditanak.
Selepas beras bertukar menjadi bubur, masukkan santan, kangkung, daun selasih, lada hitam, garam dan serbuk perasa.
Air rebusan ikan juga di masukkan ke dalam bubur.
# Lagi sedap kisar lagi tulang ikan, tapis airnya dan tuang ke dalam bubur.
Siap!
Selamat mencuba! ;-)