Alhamdulillah aku diberi kesempatan dan peluang utk membawa mak abah jalan jalan ke sabah Pada 6 Mei 2015-11 Mei 2015.
6-8 Mei, 2hari stay di Ranau (Homestay).
8-11 Mei, 3 hari stay di KK Marina Court Kota Kinabalu.
Day 1
6 Mei 2015
Departure from Senai Airport. 7.25am.
Kami bangun seawal 4.30am dan terus bersiap ke Senai Airport. 6 dewasa, 1 kanak2 dan 2 infant. Sampai Senai Airport, terus print tag beg dan check bagasi di Kastam
Setibanya di airport Kota Kinabalu Terminal 2 (kira-kira 2.3 jam penerbangan), kawan abi dah menunggu. Waktu ni dalam jam 10am. Dia ambil kami dengan Alza kawannya dan dengan dia2 sekali ikut kami ke Ranau. Aduh. Penuh dokkk. Tak kan nak halau dia pulak kan. Sebab janjinya dia hantar kereta kepada kami. Padat macam sardin kurus. So slim aku sekejap *. Tapi tak pela, kami sewa kawan2 murah2 saja bah. Bersyukur la paei oiiii.
Dipendekkan cerita, dia Terus ambil kami dan lunch. Lapar ya amat. Dari pagi tak makan dek kerana nak makan sangat di KK. Fefeeling ke obersey katanya.
Tempat kami makan tengahari ni nama apentah, di kawasan Alam Mesra.
Kemudian kami terus menuju ke Ranau. Waktu bertolak lebih kurang jam 11.45am dan kami sampai di Ranau jam 3pm! Jalannya memang berliku macam highway Karak tapi ni lebih natural kerana jalan kampung. Dan yang paling best, dalam perjalanan tu dapat tengok gunung Kinabalu. Cantik sungguh ciptaanNya.
Penat gila ok.
Sebab kami ber -10 orang sumbat dalam Alza ok. Dengan beg2 lagi. ya Ampunn. 7 Dewasa 3 kanak2. So memang penat sebab berhimpit ditambah pula dengan jalan yang berliku2. Nasib tak da yang muntah2.
Rumah homestay yang kami book ni ada 3 bilik dan 3 toilet. Dapur lengkap segala. Bawang dan minyak pun ada. Seronok*
Oh ya. Sebelum sampai di Ranau, kami sempat singgah di Rumah Terbalik Tamparuli. Bayaran masuk RM10 dewasa manakala kanak2 percuma. Masuk kena by group dan tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar ketika berada di dalam Rumah Terbalik.
Dulu tak silap aku kalau ambil gambar kat luar Rumah Terbalik ni RM3, sekarang semua dah berpagar, so masuk pagar je memang confirm kene cas RM10. Alahai.
Rumah Terbalik ni termasuk dalam Guiness Book of Malaysia Record dan menjadi rumah Terbalik ke-5 didaftarkan di dunia. Rumahnya tak besar sangat. Comel je. Tapi bagi aku mahal RM10 tu. Sebab ape, sebab kecik je dan tak sebarang perkhidmatan pun disediakan.
Aku ngeri takut kereta tu jatuh.
Plat Johor OK. Ngeh3
Tour guide kat sini cakap, owner Rumah
Day 2
7 Mei 2015
Anak aku memegang puncak Gunung Kinabalu dibantu oleg Atuknya.
7.00am. Panas terik OK.
Terkejut beruk aku sekejap* sebab pkul 6am dah terang macam pkul 7am di semenanjung. So dengan muka dan perangai yang jakun itu terus keluar rumah melihat puncak gunung Kinabalu. MasyaAllah cantik. Dari homestay yang kami diami tu, hanya nampak puncak Gunung Kinabalu sahaja. Tapi serius jakun. Cantik. Suhu kat luar rumah aku anggarkan dalam 24deg. Menggigil jugala bila ditiup angin. Walaupun matahari dah terik.
Macam orang gila sekejap aku dan abi duk bergambar tepi jalan tu, sambil orang lain sibuk nak pergi kerja dan budak2 sekolah nak ke sekolah. Peduli Hapa aku kan.
Hari kedua harini kami plan pergi ke 4 tempat.
Sabah Tea.
Dalam jam 9am kami bertolak ke Sabah Tea. Senang sangat nak tuju. 15 min je dri Kg.Lohan. Aku guna waze je. Jalan nak masuk Sabah Tea ni memang tak berturap. Take note ye. Kalau bawa kereta rendah2 tu,
See! Jalan tak berturap ni nak dekat 1km.
Entrance Sabah Tea
Borong teh ok. Siap tulis nama siap2 nak bagi sape. Senang. Sampai rumah tak pening.
Tagal Moroli Fish Spa.
Ikan Sebarau kot sedang makan kulit mati kat kaki abi.
Pintu masuk Tagal Fish Spa ni bersebelahan sahaja dengan pintu masuk Sabah Tea ok. INGAT. Jangan jadi macam abi. Sesat. Cerita sesat tak boleh expose sebab sangat2 memalukan.
Ikan ni gigit2 je kaki kite. Mula2 rasa macam sakit dan geli, lama2 best je. 15 min 1 sesi RM5 seorang. Bawa kamera add RM3. Nak mandi RM10. Mandi? Ko mampu?!
Poring Hot Spring.
Poring Hot Sring ni pun terletak dalam 15min sahaja dari Kg. Lohan. Tiket dewasa RM3 sahaja OK. Berbaloi2 sangat. Tiket jangan dibuang ya. Sebab boleh share dengan Kinabalu Park dan Mesilau Park
Anak ku tak sabar nak mandi dek kerana harini belum sentuh air pun lagi.
On the way to Kolam Air Panas Poring.
Poring Hot Spring
Desa Cattle Farm
Desa Cattle Farm ni adalah tempat penternakan Lembu dan Kambing dari Australia. Dekat juga dari Kg. Lohan dalam 20min. Curam ok jalannya. Kalau bawa kereta yang agak2 full passengger, silalah tutup aircond dah set gear D2 if kereta auto. Jalan masuk berliku2 dan curam. Silalah berhati2. Jalan dah dekat Desa Cattle Farm tu tak berturap.
Ni masa nak balik. Hujan renyai-renyai. So bergambar kite dalam kereta.
Choc Gelato with Oreo Crush on top. RM6++. Kurang sedap berbanding Vanilla flavour.
Aku prefer Vanilla flavour. Lebih jelly dan sedap.
Aku prefer Vanilla flavour. Lebih jelly dan sedap.
Menggigil* kesejukan. Demi lembu, kuharungi jua....
Entrance. Tak sabar nak masuk sebenarnya. SEJUKK.
Sangat sejuk. Tapi boleh tahanla. Maybe dalam 16deg- 22deg rasanya. Kalau bawa ank kecil silala pakaikan stokin dan baju lengan panjang.
On the way balik ke Ranau, kami singgah sekejap di pekan Ranau. Beli kepak ayam bakar RM1.50 je seketul. Beli 10 ketul. Sedap dok. Serius. Besar pulak tu. Seketul dipotong dua. Siap dapat kuah lagi. Yang jual nye bukan orang Sabah, tapi orang Indon. Kedainye dekat je area KFC pekan Ranau. Dari jalan utama dah nampak dah KFC tu.
Singgah di Pasar Gaya Street di Pekan Ranau beli madu. Asli katanya; tak campur. Dari RM95 dua botol, dapat less sehingga RM70 ;-)
Day 3
8 Mei 2015.
Pagi-pagi kami masak simple2 dulu sebelum gerak ke Kota KInabalu. Masak goreng2 saja. Goreng cendawan, Hotdog, Nugget and brokoli. Senarnya sayur2 ni dapat FREE masa beli madu kat pasar Ranau semalam. Nice sgt makcik tu. Recommended lah.
Ni makcik nya, banyak die bagi sayur. Alhamdulillah.
Dalam jam 9am, kami gerak ke Kota Kinabalu. Sebelum tu kami singgah di Kinabalu Pine Resort, Pasar Ranau dan Kinabalu Park semata-mata ambil gambar. Curlass.
Di Kinabalu Pine Resort. (Anak aku tak mandi pagi sebab maknya malas nak mandikan sejuk). Serius cantik tempat ni.
Kinabalu Park dari atas. Kinabalu Park adalah 'port' untuk naik ke Gunung Kinabalu. Sejuk juga walaupun cuaca panas terik.
Abah di Pasar Ranau, berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Sejuk wey. Nyaman je. Aku tengok seller2 semua pakai sweater.
Kat Pasar Ranau ni kami beli satay dan Kuih Peneram. Kuih Peneram 3pcs RM1. Bulat2 macam kuih Doraemon cume leper sikit. Ada 3 rasa, jagung, pandan dan asli (tepung beras). Sedap! Gambar nye tak sempat snap dah kene ngapp. Satay nye pulak sama macam kat semenanjung cume kuahnya putih macam kari tapi putih sikit. Rasanya sodap je. Dah lapar kan.
Sebelum check in, kami singgah dulu di Aquarium UMS. Entrance fee RM5 dewasa. Ingatkan luas macam nampak dalam tv tu, rupanya kecik jer. 12tghari sampai 2petang tutup rehat.
Aquarium UMS.
Picturing area.
Sampai di KK Marina Court ni kena terus call staff dia, sebab dieorang ni tak de kaunter. Dia akan turun bawah dan sambut kite. Lepas bagi kunci dan deposit RM150 which returnable masa nak balik nanti, terus je check in. Swimming pool disediakan FREE. Aku booked melalui Agoda je. Senang. Yang paling aku suke pasal Hotel ni bab security die. every door kene ade pass. So kita rasa secure sangat, sebab sapa2 yang kite terserempak dekat swimming pool ke, parking lot ke, sure customer or employee dia kan. Dan parking pun ikut no bilik. So tak de la timbul kes tak ada parking or parking jauh2. Curlass.
KK Marina Court. Senang nak jumpa sebab entrance nya dah tulis nama KK Marina Court tu besar gedabak.
Parking aku kat Basement. Ala2 parking Mall senang cakap. Dan yang paling best aku booked 2 bilik (1malam RM203 termasuk tax), tapi aku dapat apartment 3 bilik! Horey. Dan aku tak tanya pun staff tu kenapa aku dapat yang 3 bilik. keh3.
Our parking lot
Dinner kami malam nya makan di pasar Filipin. Banyak kedai makan. Nak pilih sampai rambang mataku.
Ni tempat makan yang kami pilih. Lobster tu tak dimakan pun. Acah jer. Pilih dan die masak ikut apa yang kami nak. Nyum2. Kesian Aina. Kepenatan, telentok2 tidur dalam Tugedanya.
Ni dekat traffic light sebelum Pasar Filipin dari KK Marima Court. The Jemmed road ever since aku datang sampai balik tak pernah lengang.
Mak sedang tunggu makanan. Banyak warung macam pasar malam. Dah macam balai orang kawen pun ada jugak aku tengok.
Ni kat area belakang, ada jual goreng2 dan barang basah. Murtabak nye nampak berminyak. Abi tak mau ;-(
Ni area tepi tempat makan kami tadi, ni dah siap bakar. Murah sikit kot. Aku tak makan sebab dah sejuk. Tapi menggiurkan beb. Tengok je la mulut abi tu.
Lepas tu kami balik dan tidur
Day 4.
9 Mei 2015
Harini Kami plan nak ke Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik. Dalam jam 10am kami menuju ke Jesselton Point (dahulunya dikenali sebagai Jeti Kota Kinabalu). Kat sini Banyak kaunter penjualan tiket ke pulau2. Kena servay mana satu yang menawarkan harga terendah. Boleh book 1 private bot atau pun mixed.
Kami booked private boat. Suka2 hati nak berapa jam, yang penting balik sebelum jam 4.30pm. Cuma RM310 sahaja. 6 dewasa, 3 kanak2. yay. 1st kami pergi ke Pulau Sapi, Pulau Manukan dan last Pulau Mamutik.
Kaunter tiket di Jesselton Point.
Abi dan Aina di Pulau Sapi
Jesselton Point.
Bahan sejarah di Pulau Manukan.
Pulau Sapi. SubhanaAllah jernih!
Cafe Pulau Mamutik. Teh Ais Bungkus 1 RM 4.50 ye kawan2. Pakkal je air dah abis.
Pulau Manukan. Kurang berombak. Jernih. AIr mineral botol besar (1.5L) di sini RM8 ye kawan2. Ingatkan nak bawa balik air tu frame kan, tapi dah kehausan, minum jelah.
Anis berendam. Tak dihiraunya panas meleding. Serius jernih air pantai Pulau Sapi ni!
Mak and Abah masa nak naik bot kat Jesselton Point. Bot nye nunn jauh di hujung sana.
Parking kereta kat Jesselton Point ni sejam RM1 jer. Die tak kira by day. Lepas balik dari pulau2, abi ajak mandi kolam. Basuh badan anak2 nye dari air laut katanya.
Ni Pool di Blok D. Lagi 1 pool kat Blook A. Tingkat 1
Si kecik ni pun seronok tak nak dipegang.
Day 5
10 Mei 2015
Harini kami plan pergi ke Muzium Sabah, Masjid terapung KK dan shopping souvenier kat Pasar Filipin. Ingatkan nak pergi Menara Tun Mustapha, tapi penat pulak. So cancel. Kepenatan diving ke pulau2 semalam.
Masjid Terapung Kota Kinabalu.
Kat Muzium ni tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar. Tapi aku sempat snap je
Lepas lebih kurang 2 jam di Muzium Sabah ni, kami pun pulang ke Hotel dan lunch dekat deret2 kedai makan depan Hotel.
Dalam jam 4pm, kami pergi lagi ke Pasar Filipin dan borong lagi souvenir untuk dibawa pulang ke Johor. Malamnya kami jalan2 ke Pasar Sinsuran dan Pasar Kg. Air.
Pasar Sinsuran. Pasar ni dibuka setiap hari dari petang hingga larut malam. Baju bundle sangat banyak. Ada souvenir, brooch, pakaian, kasut, handbag dan macam2 lagi. Ia terletak berdepan dengan Pasar Kraftangan iaitu seberang jalan je. ( dalam kawasan kedai2 )
Pasar Kg.Air.
Pasar ni dibuka setiap hari dari petang hingga larut malam. Ia terletak lebih kurang 700m dari Pekan SInsuran. Kami jalan kaki jer. Penat jugakla. Kat sini lengang sikit. Barang yang dijual hampir sama. Tapi kebanyakan nya peniaga Cina. Dah puas shopping, kami pun pulang ke hotel. Penat memang penat tapi puas hati.
Day 6
11 Mei 2015
Seawal jam 8.00am, kami bersiap2 bertolak ke Airport KK Terminal 2. Dalam 4km je dari hotel tempat kami menginap. Flight jam 10am. Sampai sana terus print tag dan breakfast.
Printing tag untuk bagasi.
Senang je. Nasib aku dah tau sebab masa departure kat Airport Senai ritu ada staff Air Asia dah ajarkan. Cuma ikut sahaja arahan yang tertera, dan yang paling penting, keluarkan siap2 boarding pass. Kalau tak ada boarding pass pun boleh print kat sini. Kira siap2 berapa beg yang nak disimpan dalam perut kapal terbang. Jadi, tak perlulah patah balik kire beg kan.
Safely arrived at Senai airport jam 12.15pm. Alhamdulillah. Diharap perkongsian aku ini sedikit sebanyak dapat membantu anda2 di luar sana yang pertama kali nak bercuti di KK atau pun pertama kali nak fly domestic. Jika ada sebarang pertanyaan, silalah komen di bawah ye.
Thank you!