Tuesday, July 4, 2017

Pengalamanku Bila Angin Satu Badan (Badan Masuk Angin)

Assalam semua,

Nak dijadikan cerita, minggu lepas dalam hari Isnin (5 Jun 2017) aku rasa pusing-pusing kepala. Masa tu dah nak dekat waktu buka. Adoi kenapa pulak ni. Aku dah cuak. Nak kata mengandung, tak mengandung. Mulalah aku pikior memacam. Takut wey. Yela, jalan pun nak tumbang tau! 

Beberapa hari  sebelum tu dah lah aku asik kebas jari kaki, sengal-sengal dan lenguh kaki tangan ni. Rasa lemau jangan cakaplah. Lemau selemau-lemaunya. Pastu asik nak marah jek! Pantang anak-anak aku bertengko sikit, aku pun macam nak join. Rasa sedih je, murung, nak marah, nak melenting, nak ngamuk, semua ada. Pastu rasa malas nooo nak masak lauk buka. Asik suruh hubby beli jek. ( Nasibla dapat hubby penyabar dan memahami. muah muah. ) Ha begitu hebatnya penangan angin ni bila dia bekampung dalam badan.

Masa ni aku tak sure yang badan aku berangin, sebab aku tak sakit kepala atau perut. Dulu masa aku kena gastrik, sakit perut, so aku jadi pikir yang bukan-bukan, takut jadinya!

So aku pun tanya la kengkawan, ramai yang suggest untuk aku besenam, walhal aku selalu je jog dengan treadmill ni, (banyak jalan dari berlari sebenoo nye). Yelah, kaki dah lenguh, ko ingt nak lari lelaju? Maka, bertambah la kerisauan aku di situ....

JAMU

Pikior punya pikior, aku pun ambil keputusan untuk bertanya kepada yang arif lagi bijak sana; si encik google. Terus jumpa bahawa se-nya, angin telah berkampung dalam badan. Banyak suggestion untuk makan jamu. Jamu wajib dimakan oleh setiap wanita tak kiralah jamu apa, kata encik google. 

So aku pun baru teringat bahawa aku memang dah lamaaaaa sangat tak makan jamu since 3 tahun lepas, iaitu last selepas berpantang Aina. Aku ada try jamu Young Gold masa Aina setahun lebih, tapi seriously cakapla, hampir 3 botol kot aku telan, TAK ADA APA-APA PERUBAHAN. Yela, lepas menyusukan baby, of course la nak naikkan miss b kan. Itulah biasanya yang dialami oleh ibu-ibu yang menyusukan anak lebih dari setahun 2. Masa tu aku makan Jamu Young Gold sebab nak shaping kan balik bentuk badan dan nak naikkan miss b yang dah jatuh ni. Aku memilih Jamu Young Gold sebab banayak sangat diperkatakan dalam instagram, so aku pun tertarik (terpedaya). Aku tak sure kalau ada yang berkesan, kalau korang berkesan dengan Jamu Young Gold ni, cer komen kat bawah ni yer. Manalah tau aku salah cara makannya ke, kan. Oleh sebab tak ada kesan, aku pun rasa malas nak makan apa-apa jamu selepas tu. 

Mujurlah aku kena angin, (syukur pada Allah) kalau aku tak angin satu badan, mungkin aku tak makan jamu sampai bila-bila. Think positive in whatever, however dan whenever Allah bagi kita ujian. 

So korang mesti nak tau jamu apa yang aku makan dan apakah kesannya kan? Sambung bawah ni.


Aku try Jamu Kocok by Dherbs. 

Yang ni memang review tak berbayar ye. Ikhlas je aku nak bagi testimoni untuk siapa-siapa yang ada masalah sama dengan aku. 

So straight to the point; dengan izin Allah, selepas telan 2 sudu, aku start sedawa dan kentut -kentut. lepas 4 sudu, kentut dan sedawa lagi, bangun tidur pun kentut-kentut. Legaa wei. Terus hilang pusing-pusing dan loya-loya tuh! Alhamdulillah.

Sehari 4 sudu besar, 2 pagi dan 2 malam. Aku beli RM70 sebotol cukup untuk sebulan.

Makan jamu kocok ni memang badan rasa panas sikit. Kena minum banyak air. Aku pilih Jamu Kocok ni sebab dia ada 17 ramuan di dalam nya termasuklah Habbatussauda. Habbatussauda memang aku amalkan sejak 2 tahun lepas dalam bentuk pil (minyak). Jenama tak kira apa-apa, aku memang makan habbatussauda sebelum ni untuk kesihatan dan tambah susu badan. So bila aku tau habbatussauda memang dah included dalam jamu kocok, aku terus grab je. senang, tak payah telan pil habbatussauda lagi. 

Dan lagi satu, Jamu Kocok ni tak ada gula yang berlebihan, so tak risaula kalau nak telan tu. Kalau manis sangat pun tak bagus untuk badan kan. Lelagi kalau macam aku ni yang sibuk nau nak turunkan berat badan kononnya. 

Kesan lain yang aku dapat setelah mengamalkan Jamu Kocok lebih kurang 2/3 minggu ni ialah, rambut aku makin lembut, senang diurus, badan ringan dan bertenaga. Mudah berpeluh, tak dela lemau je kan. Tapi, pastikan banyakkan minum air masak, kalau tak boleh demam dan selsema (dengan izin Allah). Sebab bahan lain seperti manjaki dan kacip fatimah ni panas skit. Selain tu, aku rasa miss b ni ada kembang sikit la, macam terletak sikit berbanding sebelum ni macam teratai layu dihujung rindu, kannn..

Okla, rasanya cukup kot sampai sini cerita pengalaman aku bila angin satu badan dan cara pencegahan yang aku ambil. Alhamdulillah, semuanya dari Allah. Dan ingat pesan aku , Think positive in whatever, however dan whenever Allah bagi kita ujian. Cuba cari apakah positifnya bila kita lalui  sesuatu ujian tu. Ingatlah sifat Allah MAHA PENYAYANG. Kalu terlambat sembahyang pun tak delah DIA nak terus petir kan?, betul tak. hehe.. apela aku merapu ni ootp betul. k Bye.

No comments:

Post a Comment

hi

Contact Form

Name

Email *

Message *