Nak dijadikan cerita, bantal kakak Anis masa kecil dulu dah reput dan koyak sana sini. Mana tak nya, hari-hari dipeluk cium dan dikencingkan (sesekali) hihi. Bantal pemberian arwah mak mentua ku; Sumarmi Binti Mansukarta (Al-Faatihah). Maklumlah anak sulung masa tu, ingatkan dan cukup bantal, rupanya bantal keciot kecik je ade 1, dengan bantal peluk baby 1, tak cukup katanya. Maka mak mentua aku pun bagila bantal kekabu ni. Bantal ni kecik je sebenarnya, saiznya lebih kurang 1 kaki X 2 kaki.
Nilah bantalnya
Tengok tu dah koyak rabak akibat reput.
Nilah rupa bantal yang baru aku jahit menggantikan sarung bantal putih tu.
Aina suka sangat.
Ok, senang je caranya, yang penting kena cari kain cotton yang tebal sikit. Aku bernasib baik sebab masa Free Bundle haritu, aku jumpa kain ni:
Sebenarnya ini adalah baju 'Bathrobe'. Baju selepas mandi omputih tu.
Besar gila baju ni, muat 3 orang dewasa. ! Kainnya ada kekabu belah dalam. So memang sesuai sangat untuk dibuat sarung bantal.
Cara-Cara:
1) Bentangkan kain dan letak sarung bantal asal pada atas kain,.
Pastikan kain rata dan tak ada koyak.
2) Lebihkan atau 'basikan' sikit lebih kurang lebar sejari untuk ruang jahit.
Kemudian gunting.
3) Ni kain yang dah di gunting. Ketepikan.
Aku buat dua keping sebab nak buat 2 sarung bantal.
4) Ni pulak kain sekolah yang dapat dari mana aku tak ingat.
Pun apply cara yang sama. Gunting ikut 3/4 daripada saiz panjang sarung bantal. dan sekeping lagi gunting ikut 2/5 dari saiz panjang sarung bantal.
5) So dia jadi macam ni. biar kain hijau ni bertindih kat tengah untuk nak buat lubang tempat masuk bantal.
Lepas tu pin kan siap-siap tepi-tepi dengan kain bathrobe tadi tu supaya masa jahit nanti, tak lari la dia punya saiz dan bentuk.
*Ingat masa ni, kain yang mengadap ke dalam perlulah di hadapkan keluar*
6) Ok. Boleh jahit jelujur keliling. Pelan pelan sebab kainnya tebal ada kekabu sikit kan.
Lebihkan sikit lebihkurang lebar 1 jari.
7) Nilah rupanya bila dah siap jahit tepi. Lepas dah jahit tepi, sila pusing kain belah dalam ke luar.
So dia jadi macam ni
8) Bila dah jadi macam ni, penting sangat untuk cek sama ada , ada tempat yang tak berjahit atau koyak. Cek baik-baik.
9) Kemudian pin kan lagi siap-siap tepi-tepinya supaya masa jahit nanti tak senget-benget.
10) Kemudian jahit jelujur je tepinya. Basikan lebih kurang 1 inci.
11) SIAP ! Ni rupa depan.
Ni rupa belakang.
Ni rupa dah masukkan bantal.
Alhamdulillah. senang kan?
Cubalah ya?
Bye.!
No comments:
Post a Comment
hi