Dalam sebulan, hanya lebih kurang 7 hari sahaja saya berjaya meluangkan masa berkualiti bersama anak. Baki 21 hari lagi dipenuhi dengan masa bekerja. Kebanyakan hari saya pergi kerja semasa anak belum bangun tidur, balik kerja semasa anak saya sudah tidur. Saya hampir tidak tahu berapa ml susu yang biasa anak saya minum sehari.
Saya diizinkan suami untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, tetapi ibu dan bapa saya tidak mengizinkan saya untuk tidak bekerja. Seperti yang selalu ibu saya katakan, 'mak abah hantar belajar tinggi2 sampai ijazah, takkan duduk rumah jer?' Atas kata2 itu jugalah yang membuatkan saya negatif kepada bisness sendiri, kerana bagi mereka, mempunyai pekerjaan yang ada EPF (Employee Provident Fund) adalah yang terbaik!
Saya dalam dilema!
Antara derhaka kepada ibu atau memenuhi hasrat hati. Derhakakah namanya? Berdosa juga jika anak saya sendiri pun tidak terdidik oleh ibunya sendiri?
AGAMA
So sebagai panduan pertama saya dalam menyelesaikan masalah ini, saya lihat dari sudut tanggungjawab seorang isteri dalam Islam seperti yang telah diajar oleh Al-Quran dan Hadis (rujukan sepanjang zaman).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Jadi diri saya memujuk hati untuk tidak menyakiti hati suami serta ibu bapa saya. Ambil jalan tengah iaitu bekerjaya sambil berjinak2 untuk bisness. Biar slow tapi penuh dengan perancangan. Saya yakin, usaha saya pasti tidak menghampakan!
So bagi anda di luar sana yang masih mencari2 jawapan sama ada untuk bekerja makan gaji atau kerja sendiri, rujuklah kepada Al-Quran dan Hadis. Di sana lengkap segala jawapan yang kita cari. Juga bincang bersama suami. Ini amat penting! Jika suami tidak redha, xguna kita sembahyang tonggang tonggek. Setuju?
Selamat Malam.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam ;)