Di sini saya berbesar hati ingin 'mengeshare' beberapa tips cara make up bahagian mata yang saya gemari serta saya pelajari dari kelas makeup Basix kira-kira 3 bulan lalu:
1) Hilangkan lebam bawah mata untuk kesan yang lebih mengancam!
Make up mata semata-mata tidak lengkap jika pipi tidak memakai foundation serta lebam di bawah mata. Gunakan foundation serta seboleh2nya usahakan untuk hilangkan lebam di bawah mata sebelum mengaplikasikan sebarang eyeshadow untuk kesan yang lebih menyerlah!
2) Sapukan sedikit 'foundation' di kelopak mata sebelum mengaplikasikan eye shadow.
Anda cuba praktikkan cara ini, anda akan dapati warna eyeshadow akan lebih terang dan kemas. Ini kerana eye shadow powder akan terus melekat ke kelopak mata tanpa jatuh bertaburan di atas pipi. Bonusnya, eyeshadow akan lebih tahan lama dan naturally look even sehingga 8 jam! (Saya sukeeee)
3) Selepas mengaplikasikan warna eyeshadow yang anda minati di kelopak mata, terus gunakan eyeliner untuk membuat garisan halus di atas bulu mata.
Untuk menjadikan mata lebih galak, besar, cantik bak Barbie Doll (ahaks), tarik eyeliner dari tengah ke tepi biji mata dari saiz kecil ke besar dan naikkan sedikit di hujung. Ia akan memberi impak 'bulu mata tebal' kepada si pemakai.
Kemudian, gariskan juga eyeliner di bahagian bawah bulu mata bawah ( paham x ni?). Gariskan eyeliner HANYA bermula di bahagian tengah mata ke tepi. Sama juga, dari saiz kecil (tipis) ke tebal di tepi...Sekarang, saya pasti, mata anda cantik dan besar bak Heliza Helmi ;)
Itu baru tips makeup bahagian mata, banyak sangat yang ingin saya kongsikan akan tetapi mata sudah sangat mengantuk...