Tuesday, August 11, 2015

Faizah's Collection

FAIZAH'S COllection.
Kat sini aku lampirkan produk2 yang aku sendiri dah guna dan jatuh cinta. Serius Best! SO aku nak share dengan anda semua dan jual sekali terus senang ;-P
Cara guna atau pemakaian nya boleh whatsapp 019-6996162 aku. Nak beli pun boleh. Dialu2kan. Anda dapat best price in town punya sebab aku dah carikan. ;-p
---------------------------------------------------------------------------------------------------
1) Produk Kecantikan Terbaik ! > Babies Blink by LYANAZ Skincare.
babies blink
babies blink 5 in 1 BARU
DISKAUN 50%
DIJAMIN ORIGINAL
BaBies Blink 5 in 1 - RM70 RM35 pos Sem add RM6.
Mendapat Kelulusan KKM.
Whatssap ME 019-6996162 to buy.
Boleh view testimoni saya sendiri di SINI. 1 Set ni boleh tahan 3-5 bulan tau!

Puasa 7

Assalam.
Ha mesti korang pelik kenapa aku tulis Puasa 7. Perasan je aku korang nak pikir kan jawapannya sangat kan. ;-P
puasa6
Sebenarnya aku kena qada puasa 7hari tahun ni, so aku berazam nak puasa ganti 7hari tu dalam bulan Syawal. Tapi biasalah bila otak dah menguasai diri, bila puasa 6 dah settle jer, puasa hari ke-7 tu mak ai berat noo rasanya nak mengganti. Sebab puasa 6 pun dah banyak fadhilatnya InsyaAllah. SO nanti2 jelah aku ganti yang ke-7 ;-P
----------------------------------------------------------------------------------------
Dalil Puasa Sunat 6 Syawal. 
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].
Dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Petikan Hadis di atas dirujuk dari web >> www.abuanasmadani.com

Website Baru www.faizahabdrahman.com

Assalam.

Alhamdulillah. Aku baru launch website terbaru >>>>> www.faizahabdrahman.com
Pengisian nya sama sahaja dengan blog ini. Kedua2 aku akan maintain. Sayang kan dah penat2 buat blog ni, takkan nak buang je kan? 

Sedikit sebanyak akan ada persamaan pada kedua2 blog dan website. Korang boleh follow web atau blog ikut suka. 

Thanks for your support!
Faizah.

Saturday, August 8, 2015

Akhirnya Berjaya Buat CheeseTart Gebu

Alhamdulillah


Blueberry CheeseTart


Rasanya bertahun aku cube buat cheesetart gebu. Tapi cuba setahun sekali je la. Tak mampu nak cuba hari-hari. Aku sorang je yang ngap. Hubby dgn mak abah semua tak suka cheese2 ni. Makin besar la aku kan.

So nak dijadikan cerita, selepas mengGoogle, mengFB, mengIg dan asahan lagi skill semulajadi aku ni, akhirnya jadi juga cheesetart gebu. Memang sedang elok tak jatuh-jatuh lepas bake. Sukeeee sangat mak! Heaven Gile,

Sebenarnya aku berjaya buat cheesetart yang lebih gebuu dari pic di atas, cume pic nye tak sempat ditangkap. So plan esok InsyaAllah nak bake lagi. Shell memang dah siap-siap aku bake bulan lepas. Shellnye simpan 2 3 bulan elok lagi. Yang penting bekasnya mesti kedap udara.

Mesti korang malas baca bebelan aku kan. Bila lah nak straight to da point tips2 gebu ni? ahaks.
Ha macam ni, tipsnya:

1) Cream Cheese mesti jangan sampai suhu bilik.
2) Telur pun kene masuk freezer dulu, jangan sampai suhu bilik.
3) Mix sampai gebu then stop, terlebih mix adunan akan cair.

Tu tipsnya. OK? Kalau tak jadi jugak, korang nak whatsapp aku ke? Tak perlu, sebabnye, selebihnya tu bergantung kepada skill masing-masing. Resepinya aku share entry akan datang ye.

How to handle 4 and 1 year old Daughter at the Same Time

Assalam.

Intro

Alhamdulillah aku dikurniakan 2 orang cahaya mata yang sangat aktif. Anis masuk 4Y. Masih mahu Mama die suapkan bila nak makan. Aina suka Mama kepit dan tengok je apa die buat 12jam. Ahaila anak, mentang-mentanglah Mama die dah jadi FullTime Housewife, mencanak2 manjanya! Kadang-kadang aku terfikir nak kerja semula dek kerana nak 'berehat' dari babysit anak-anak. Adakah?

How

Tapi aku Redha, dan aku remind semula NIAT aku resign kerja dulu sebab apa, sebab nak didik anak-anak menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah disampaing nak pastikan keluarga dapat makan makanan yang dimasak sendiri. Hubby pun setuju. Lagipun die jenis yang negatif dengan kebersihan kedai makan / restoran kat luar. Sebab selalu lepas makan kat luar, die mesti komplen tak sedap atau tak kena dengan harga. So aku memang WAJIB masak hari-hari.

So bila duk rumah ni, aku biasanya plan sehari awal apa yang aku kena buat. Contoh esok nak masak apa? So if hubby kerja pagi, malam sebelum tidur aku dan unfreez kan lauk ke fridge bawah contohnya ayam mentah. So bila bangun tidur bolehla keluarkan ayam tu ke dapur. Jadi tak alah kelam kabut nak cairkan ayam tuk kan.

Lagi satu, setiap hujung minggu (atau time Aina tidur mati), aku akan siapkan rencah :

1) IKAN BiliS+Bawang Merah/Bawang Kecik+Bawang Putih+Cili kecil (kadang2 tak letak).
2) Cili kering disiang dan direbus,

blendkan siap2 kedua2 rendah berasingan kat atas ni, stok untuk at least 2 week.
*Kadang2 1 week dah abis. 
Aku duduk dengan parent so masak kira untuk 5 orang sekali masak.

Dan waktu nak mandikan anak-anak, mandikan sekali 2 orang. Hasilnya lebih cepat dan senang. Kalau mandikan kakak Anis sahaja nanti adik menangis nak ikut masuk bilik air. Stress mak!

Tips lain, Leverage kan (agih2kan maksudnya, ha masuk pulak bab bisnes) kerja dengan kakak Anis, contohnya: sidai towel, kemas mainan, makan, basuh mulut sendiri lepas makan dan buangkan pampers adik Aina. Ni memang stress sikit, tapi percayalah, lama2 sape yang senang? Mama jugak. Anis memang dah tak pakai pampers sejak 2 tahun setengah. Malam pun tak pakai. nak cencing or berry, die memang pergi toilet sendiri. Jmat banyak masa Mama kat situ! 

Dengan cara ni dapat jimatkan masa untuk menyiapkan segala kerja rumah yang disandang oleh surirumah. 


Kesimpulannya, kita yang arrange masa. Kita lah bos, kita lah pekerja di rumah. Saya pekakkan je telinga bila orang kata 'ni Faizah duk rumah ni boleh la buat kuih banyak2', 'ni Faizah duk rumah ni boleh la trade intraday hari2'. Sedap je mulut dieorang kan, ingat surirumah ni terkangkang tak kerja? Jaga anak dan urus rumah pun kerja OK. cube hang duk tang kami ni boleh?Boleh? Lagilah anak sendiri, nak jaga betul2. Maaf. Emosi. Siap ada ayat macam ni, ' kat sana susah eh dapat kerja?' 'Sayangnya belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja'. 

Dalam hati aku, " Small cap of mentallity. Kesian, Awak tau kerja makan gaji jer ker dapat income??" 

Kesian. Kesian. Ok. sampai sini dulu tips handle anak-anak. melencong sangat dah aku ni. Bab income lain tu lain kali lah aku share ye?

Thanks reading.
Assalam.
Faizah,
Full Time Housewife and 'Im proud of it.

Saturday, August 1, 2015

Resepi Makaroni Goreng Sedap dan Simple

Assalam semua.

Semalam ada kawan lama nak datang beraya, Khairul Bariyah namanya , member SMKABP 99-03. Fikir punya fikir nak masak apa, last2 buat le makaroni goreng ni. Lagipun tekak sendiri pun nak makan sebab dah lama tak masak makaroni goreng ni. Dulu2 lepas goreng ni, bakar dalam loyang letak telur dengan cheese. Nyum!3. Senang sangat resepi ni. Anis yang tak kuat makan ni pun bertambah2. Ok. Sila muntah.


Versi kamera tak ada flash.

Versi kamera ada flash.

Bahan-Bahan dan cara-cara terus senang :

1) 250g makaroni direbus hingga empuk bersama sedikit minyak.
Tapis dan biarkan.

Kemudian dalam kuali, tumiskan : 

(Masukkan 1 persatu tunggu sehingga agak2 wangi dan garing setiap 1, yang lebih tu agak2 je ye)

3 biji bawang besar saiz sederhana dicincang.
3 ulas bawang putih ditumbuk halus.
2 sudu besar lada kering yang dah di'blend'.
2 batang sosej dipotong tipis-tipis.
3 ketul Ayam bahagian dada yang dicincang halus tak halus sangat la. Tapi kalau hampa mampu halus, tahniah!. 
1 sudu kecil sos ikan
4 sudu besar sos Cili
2 Sudu besar sos Tiram
Garam dan perasa secukup rasa
Lobak Merah sedikit agak2je buat penyeri
Timun sedikit agak2je juga
Telur 2 biji
*Agak2 macam kering macam nak hangus terbakar tu, masukkan sedikit air.

> Sekarang masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan gaul.
Kemudian masukkan:
1/2 sudu kecil lada putih jenama Ajinomoto
1/2 sudu kecil serbuk Oregano

Agak2 dah rata, siap!
Hidangkan panas2. nyum2 ;-)
Selamat mencuba!

Tuesday, July 7, 2015

Resepi Biskut Famous Amos

Assalam,

Kali ni aku nak share resepi Biskut Famous Amos yang aku cilok dari SINI. Tapi aku ubah suai sikit ikot nafsu.

Aku kepal2 famous amos ni. Sepatutnya tak perlu kepal2. Tak jadila bentuk Famous amos ye tak. Yang penting rasanya memang owesome. Tq Ana Suzana!


Bahan-bahan ( Lebih kurang 100 keping ) :
(BAHAN A)
1 cawan gula ** aku buat 3/4 cawan je
1 cawan gula perang ** aku guna 3/4 cwn jugak
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telor Gred A
secubit garam
1 sb susu segar @ susu tepung **aku guna susu Nespray
1 sudu teh esen vanilla

(BAHAN B)
4 cawan tepong gandum (di ayak)
2 sudu besar serbuk koko Van Houten (di ayak)
2 sudu besar tepung jagung ( di ayak)
1 sk cream of tartar
1 sk soda bikarbonat
½ cawan walnut cincang
1 cawan
 chocolate chips

CARA-CARANYA:

Gaul semua bahan A bermula dengan mentega dan gula.
Guna senduk kayu je. Pastikan semua gula cair baru masukkan bahan B sedikit demi sedikit.

Kemudian simpan doh dalam fridge dalam setengah jam supaya ketika membakar nanti biskut nya tak leper atau penyek.

Oleskan mentega dan tepung gandum di atas loyang.
Kemudian kepal2 sudukan doh comel2 dalam loyang. Jangan terlalu rapat sebab ia akan mengembang.

Bakar pada suhu 160 deg selama 20 min.
Sejurus keluarkan biskut dari oven, terus tolak sikit biskut tu supaya ia  tak melekat kat loyang.
SIAP ;)

Contact Form

Name

Email *

Message *