Saturday, August 8, 2015

Akhirnya Berjaya Buat CheeseTart Gebu

Alhamdulillah


Blueberry CheeseTart


Rasanya bertahun aku cube buat cheesetart gebu. Tapi cuba setahun sekali je la. Tak mampu nak cuba hari-hari. Aku sorang je yang ngap. Hubby dgn mak abah semua tak suka cheese2 ni. Makin besar la aku kan.

So nak dijadikan cerita, selepas mengGoogle, mengFB, mengIg dan asahan lagi skill semulajadi aku ni, akhirnya jadi juga cheesetart gebu. Memang sedang elok tak jatuh-jatuh lepas bake. Sukeeee sangat mak! Heaven Gile,

Sebenarnya aku berjaya buat cheesetart yang lebih gebuu dari pic di atas, cume pic nye tak sempat ditangkap. So plan esok InsyaAllah nak bake lagi. Shell memang dah siap-siap aku bake bulan lepas. Shellnye simpan 2 3 bulan elok lagi. Yang penting bekasnya mesti kedap udara.

Mesti korang malas baca bebelan aku kan. Bila lah nak straight to da point tips2 gebu ni? ahaks.
Ha macam ni, tipsnya:

1) Cream Cheese mesti jangan sampai suhu bilik.
2) Telur pun kene masuk freezer dulu, jangan sampai suhu bilik.
3) Mix sampai gebu then stop, terlebih mix adunan akan cair.

Tu tipsnya. OK? Kalau tak jadi jugak, korang nak whatsapp aku ke? Tak perlu, sebabnye, selebihnya tu bergantung kepada skill masing-masing. Resepinya aku share entry akan datang ye.

Contact Form

Name

Email *

Message *