Saturday, August 1, 2015

Resepi Makaroni Goreng Sedap dan Simple

Assalam semua.

Semalam ada kawan lama nak datang beraya, Khairul Bariyah namanya , member SMKABP 99-03. Fikir punya fikir nak masak apa, last2 buat le makaroni goreng ni. Lagipun tekak sendiri pun nak makan sebab dah lama tak masak makaroni goreng ni. Dulu2 lepas goreng ni, bakar dalam loyang letak telur dengan cheese. Nyum!3. Senang sangat resepi ni. Anis yang tak kuat makan ni pun bertambah2. Ok. Sila muntah.


Versi kamera tak ada flash.

Versi kamera ada flash.

Bahan-Bahan dan cara-cara terus senang :

1) 250g makaroni direbus hingga empuk bersama sedikit minyak.
Tapis dan biarkan.

Kemudian dalam kuali, tumiskan : 

(Masukkan 1 persatu tunggu sehingga agak2 wangi dan garing setiap 1, yang lebih tu agak2 je ye)

3 biji bawang besar saiz sederhana dicincang.
3 ulas bawang putih ditumbuk halus.
2 sudu besar lada kering yang dah di'blend'.
2 batang sosej dipotong tipis-tipis.
3 ketul Ayam bahagian dada yang dicincang halus tak halus sangat la. Tapi kalau hampa mampu halus, tahniah!. 
1 sudu kecil sos ikan
4 sudu besar sos Cili
2 Sudu besar sos Tiram
Garam dan perasa secukup rasa
Lobak Merah sedikit agak2je buat penyeri
Timun sedikit agak2je juga
Telur 2 biji
*Agak2 macam kering macam nak hangus terbakar tu, masukkan sedikit air.

> Sekarang masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan gaul.
Kemudian masukkan:
1/2 sudu kecil lada putih jenama Ajinomoto
1/2 sudu kecil serbuk Oregano

Agak2 dah rata, siap!
Hidangkan panas2. nyum2 ;-)
Selamat mencuba!

Contact Form

Name

Email *

Message *