Di sini aku akan kongsikan resepi untuk menghabiskan whipping cream anda.
Semua sedia maklum bahwa whipping cream mudah rosak selepas 3 hari kotak dibuka.
Tips yang saya akan kongsikan ialah, BUATLAH PAVLOVA.
Ya. HAHA.
PAVLOVA TERDIRI DARI 2 ADUNAN:
Base
Inilah rupanya setelah di bakar dan rest.
4 biji telur putihnya sahaja.
1/2 cawan gula halus
1sb tepung jagung
1sk esen vanilla
Cream topping
2 atau 3 cawan whipping cream.
1sk esen vanilla
1 1/2 sk gula halus
1sk perasa mangga
CARA-CARA:
Base - Mix dengan electric mixer pada kelajuan palingggg laju selama 1 min sehingga bertanduk jika dicalit dengan jari (tangan ye kawan2).
>> Then bakar selama 1 jam sehingga perang pada suhu 130deg.
Cream topping - Mix dengan electric mixer pada kelajuan palingggg laju jugak selama 30 sec. JANGAN LAMA. >> Bila nampak dah thick je, terus stop. Kalau lebih mix, whipping cream akan berketul dan keluar air.
THEN
Lepas siap base itu di bakar, sejukkan dulu, then buhla topping atasnye.
SIAP.
Resepi PAVLOVA asli buh buah kiwi dgn buah strawbery atas topping tu, tapi aku tak ade buah, jadi letak je buah kurma. kui3.
SODAP JUGAKKK.
SELAMAT MENCUBA!
Pavlova Versi Faizah