Thursday, October 24, 2013

Resepi Blueberry Cheese Tart Confirm Jadi

Assalam.

Oleh kerana aku penggemar Blueberry Cheese Tart, so kena la buat sendiri kan, barula boleh makan puas2 dan banyak2. Resepi ni aku dapat dari akak ipar aku Kak Sheeda. Muahx3. Senang sangat. Confirm jadik. InsyaAllah.




Tart Shell:

170g Margerin Buttercup
50g Gula halus (Lebih kurang 1  3/4 sudu besar)
1 Biji telur ape2 gred
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla

Aku duk buat tart shell dulu, simpan and nak dekat raya nanti baru buh cheese. Bukan apa, takot habis. Aku ni kejam sikit.

#1 adunan tart shell ni aku dapat buat 70 hingga 75 pcs of shell lebih kurang.


Filling - Cream Cheese:

250g cream cheese
50g gula pasir
1 biji telur ape2 gred
1 sudu kecil esen vanilla

1)Mix cc dan gula dengan menggunakan mixer sehingga cc menjadi lembut.
2)Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan blend lagi. Ketepikan.

Filling - Blueberry:

Hok ni senang, beli jer kat kedai kek. Dalam RM4 lebih 1 tapawey tofu sederhana tu.


Topping - Cheese + pewarna coklat:

Ambil 2 sudu besar cheese yang dah diblend kan tadi,
kemudian campurkan sedikit pewarna coklat. Kalau nak kaler pink ke, biru ke, hijau ke, pepel ke, boleh jugak,  Aku buh kaler coklat sebab bagi aku kaler coklat lebih menggiurkan berbanding kaler2 lain.

Blueberry filling yang sudah dimasukkan ke dalam tart shell.

Ok. Lepas dah buh blueberry filling, boleh la bubuh campuran cc tadi. Nak guna sudu boleh, nak guna piping pun boleh. kalau nak kemas, guna piping. 

Lepas tu bakar dalam 5 min sahaja pada suhu 180c. Atau sehingga tak melekat di jari. Means, masa keluarkan, kita cuba sentuh sikitt je permukaan tart tu, kalau dah tak melekat, maknanya dah jadi. Cukup masak.

Ok. Selamat mencuba!

Contact Form

Name

Email *

Message *