Alhamdulillah pada 30 Nov 2016 - 3 Dis 2016 kami sekeluarga berkesempatan bercuti ke Penang atau lebih spesifik lagi kami bermalam di Broadway Budget Hotel, Georgetown (3D2N) dan Station Budget Hotel Batu Ferringhi (1D1N). Kedua-duanya aku book melalui Booking.com dan aku pilih tempat paling strategik. Alhamdulillah penginapan OK, bagus cuma Station Budget Hotel Batu Ferringhi agak berpasir walaupun hotelnya agak baru.
Hari -1
Hari pertama kami bertolak dari Klang dalam jam 7.30am dan tiba di Jeti Sultan Abdul Halim untuk menaiki feri lebih kurang jam 12.15pm. Harga Tiket RM7.70 untuk pergi-balik. Untuk pengetahuan, dari Pulau memang tiada tol ye, baik melalui feri atau jambatan P.P.
Kemudian kami makan tengahari di Restoran Kapitan. Restoran ni antara salah satu restoran famous di sini. Harga cukup berpatutan! Rasanya pun so-so, boleh tahan. tapi memang murah sikit berbanding restoran Nasi Kandar lain.
Restoran Kapitan
Kemudian kami check-in Broadway Budget Hotel. RM157/N untuk 5 pax. Murah giler kan. Aku book bulan September, which is awal 3 bulan dari tarikh kami check-in ni. Hotel ni fair enough la dengan harga. Air panas kena request kat kaunter, air masak tidak disediakan, parking tak disediakan tapi location memang bestlah. Terlalu dekat dengan Nasi Kandar Beratur, Masjid Kapitan, Little India dan Restoran Kapitan.
Lepas sembahyang dan lepak-lepak sekejap, kami pun mulakan operasi jalan-jalan. Tempat pertama yang dituju ialah Penang State Museum (Muzium Negeri P.P). Lagi 1 jam je nak tutup, kami baru sampai, itu pun masih ada lagi pengunjung. Muzium ni dibuka pada 9am-5pm. Tiket RM1 dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.
Replika Tunku Abdul Rahman di Muzium Negeri P.Pinang
Selepas tu kami bertolak ke Fort Cornwallis di mana ia merupakan kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-18. Kota ini dibina di atas tapak di mana British yang diketuai oleh Kapten Francis Light, mula-mula mendarat di Pulau Pinang untuk mengambil alih pulau itu pada tahun 1786. Kalau nak tahu lagi tentang sejarah Fort Cornwallis, boleh klik SINI.
Ia dibuka pada jam 9AM-10AM. Tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5. Bagi aku agak mahal la. Sebab bukan ada apa pun kat situ kecuali meriam, penjara, dan tugu Francis Light. Yang menariknya, ada 1 meriam yang unik betul betul kat penjuru kubu tersebut. Kalau nak tau, boleh la datang sendiri dan tengok ye.
Lepas jalan-jalan, mestilah lapar kan? So kami pun having dinner di persiaran Gurney Drive. Cantik pemandangan di sini. Gurney Drive ni memang betul2 sebelah laut, so pemandangan memang cantik.
Kalau dah sampai penang ni tak sah la kalau nak pekena pasembor kan. Kami makan pasembor campur sayur total RM54 sepinggan nasi. Terkejut beruk sikitla sepinggan RM54. Nak kata kenyang pun tak juga la. So kami tapau lagi nasi goreng, nasi lemak dan char koew teow makan di hotel.
Hari-2
Pagi-pagi lagi kami bertolak ke Penang Hill aka Bukit Bendera. Kami sampai dalam jam 8.30am. Pengunjung masih tak ramai dan cuaca pun sejukk je. Memang mulut berasap ko kat atas hill tu!!. Mungkin sebab gerimis dan hujan sekali -sekala. Dapat la fe-feeling macam di negara 4 musim!
Tiket di sini dikira by family. Kami dewasa 3, kanak-kanak bawah 5 tahun ada 2 orang total semua RM28. Dibuka pada jam 9am-11pm. Kalau nak best silalah pilih seat depan sebab boleh nampak depanlah kan!
Hujan dan gerimis dalam cable train. Kami port paling depan!
Di food court kat atas hill. Sejukk. Makanan not bad. Kerusi urut pun ada.
Anis curi-curi bergambar dalam pagar. Sebab ada pagar disekeliling tugu pokok ni, so kami kena bergambar jauh dari tugu
Pemandangan dari atas Bukit Bendera. Boleh lihat seluruh Georgetown! SubhanAllah.
Lepas puas round Bukit Bendera berjam-jam, kami pun menuju ke Rumah P.Ramlee. Masuk percuma. Opening hour 10am-5pm kecuali Isnin tutup. Kat sini abah menitiskan air mata, sayu hatiku. "Rupanya tempat free yang memberi kenangan kepada abah". hihi.
Rumah P.Ramlee dipenuhi pengunjung.
Kemudian kami lunch di food court sebelah Padang Kota yang berdekatan dengan Fort Cornwallis. Tempat ni pun sebelah laut. sambil makan boleh lihat laut malah boleh dengar deruan ombak. cewah.
Kami order nasi ayam, mee udang, koew teow udang dan cendol special ada eskrem. Harga biasalah macam kat Johor jugak. Cuma aku cari Hameed Mee Sotong sebenarnya, tapi tak jumpa :-(
Abah selepas makan di Padang Kota.
Lepas perut kenyang, kami pun solat di Masjid Kapitan. Masjid Kapitan ni terletak di sudut Lebuh Buckingham (Buckingham Street) dan Jalan Masjid Kapitan Keling (Pitt Street). Sebagai sebuah pusat bersejarah
Islam terkemuka, ia adalah sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia George Town dan terletak di pusat Tamil Muslim di Georgetown ni,
Masjid Kapitan Keling
Selepas tu kami pun menruskan aktiviti jalan-jalan ke 3D Trick Art Museum. Harga tiket dewasa RM15, kanak-kanak dan warga emas RM10. Opening hour 9am-6pm. Ada assistance dari staff bertugas tolong ambilkan gambar dengan cara yang betul, kalau ambil gambar dengan cara yang salah, maka tak jadilah gambar tu.
Tiket
Anis tengah main gasing.
Actually terlalu banyak gambar ketika di 3D Trick Art Museum ni. Ada yang baring, meniarap,menunggang, terbang, senget..sampai poning kepala den. Penat gila ok!
Lepas tu kami balik hotel dan membuta.
Dinner kami malam ni simple jer sebab hujan lebat dan penat so malas nak plan makan meriah-meriah. Abah request Nasi Kandar Beratur duk nun sekangkang kera je dari hotel. So kami tapau 2 bungkus Nasi Kandar Beratur total RM18, kemudian makan di Restoran Hameediyah.
Ramai jugak makan kat sini. Sedap. Service pun tip top. Memang padanlah dengan harga dan memang tak pelik kalau bisness ni dah terlalu lama bertahan sejak 1907 sehingga hari ini, malah pernah published di TV3 JJCM. 4.5 bintang!
Address: 164, Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Lepas makan di Hameediyah
Lepas makan, kami pun ambil baju-baju kotor yang dah membukit, hantar ke dobi. Actually ada 2 dobi coin kat area Georgetown ni. Iaitu 123Laundry dan Laundrybar. Aku suggest suggest suggest sesangat 123Laundry yang terletak di 15, Jalan Buckingham, Georgetown ni. Sebab ia lebih murah dari dobi coin yang biasa dan lebih wangiiiiiiiiiiiiiiiiii. Tapi 123Laundry bukan 24jam. Opening hour 10am-10pm sahaja.
OK sambungan Trip to Georgetown dan Batu Ferringhi, Penang 4D3N (Day 3 - Day 4 )untuk hari -3 dan -4 boleh baca dekat: SINI