Tuesday, April 12, 2016

Resepi Cheesekut Nestum

Assalam.


Sempena Birthday Hubby minggu lepas, aku pilih cheesekut sebagai kek pilihan kali ini. Sebab ianya mudah, tak perlu dimasak!! Hanya masuk dalam fridge. Senang kan?

Ni lah resepinya. Tak sampai 2 hari dah licinn ko...




(1-3-4-2 *gambar terbalik) Haha. korang paham tak?


Bahan-Bahan:

Biskut Hupseng (kosong) 1 bungkus
*Fresh milk 10 sudu besar
*Creamcheese 500g
*Condensed milk 5 sudu
*Sugar 7 sudu
Nestum ikut citarasa

Cara-Caranya:

1) Mix semua bahan bertanda * dan ketepikan.

2) Kemudian celup biskut dalam susu, tak perlu lama sangat, just celup dalam 2 saat.
3) Lepas tu susun biskut tu terus satu persatu penuh 1 layer dalam loyang.
4) Kemudian sapu bahan yang * mixed tadi 1 layer tipis diatasnya.
5) Last skali, tabur nestum. 
♡ Ulang sekali lagi diatasnya sehingga habis.
Keep in fridge minimum 5hours.




Contact Form

Name

Email *

Message *