Monday, June 28, 2021

REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT

 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT

.



Nak dijadikan cerita,  

harini sis order Coolblog secara online je. Sis order semua 3 botol dan semua adalah kegemaran sis. Tapi yang sampainya 2  botol je, dan kedua-duanya favourite anak-anak.

Yang receive nya Kakak Anis,  so dia tak cek pun sebab dia tak tahu mama dia order apa. 

.

Mula-mula Iza rasa bengang, marah,  teraniaya, sebab tak pernah lagi ada pengalaman dapat salah item dengan GrabFood ni. Apa lagi, terus lah buat online complaint. 

.

Anak-anak dah tak sabar nak minum, Iza

tarik nafas dalam-dalam, muhasabah diri,  sis lupa yang rezeki tu datangnya 'bulat-bulat' dari Allah. Sis lupa yang gerakkan hati manusia tu juga Allah. 'Astaghfirullah hal azim' jentik hatiku. 

.

Baru Allah uji sikit je,  dah nak bengang, kau dah kenapa? Lepas tu Iza izinkan anak-anak minum je lah. Buka je lah. Apa nak jadi pun jadilah.

Seronok tengok dieorang dapat minum. Seronok bila hati kita Redha dan ikhlas. 

.

Selang dalam beberapa minit,  dapatlah email dan refund dari GrabFood. Alhamdullilah walaupun refund tak sepenuhnya,  tapi iza lega. 

Kadang kala kita lupa bahawa sesuatu yang terjadi tu adalah semata-mata kerana keizinanNya,  kalau Allah tak izinkan,  maka mustahil terjadi. Dan harini,  anak-anak gembira sebab dapat favourite drink dia orang, terima kasih Allah. 

.

Thank you Allah kerana kau uji aku harini. Sesungguhnya ujian itu mematangkan kita. WaAllahuaklam.

.

Sekian,

HambaMu yang lemah,

Faizah Abd Rahman.


No comments:

Post a Comment

hi

Contact Form

Name

Email *

Message *