Tuesday, June 29, 2021

Happy Birthday To Me

 




Terima kasih encik suami, semua yang wish dan mendoakan,  juga yang menyumbang.
Semoga murah rezeki anda semua🧡
.






Gambar Sebelum PKP


Harini sahaja abah call 3x,
Jarang sekali berlaku. Tak sepatah pun abah wish birthday, cuma perbualan biasa je,  tapi iza paham, bah😭. 
Begitulah abah, suka guna cara 'tersirat'🧡.
Ya Allah,  kau angkatlah Covid19 dari muka bumi ini,  semoga kami dapat bersilaturrahim seperti dulu...
.
Semoga pertambahan usia ini selari dengan pertambahan imanku. Amin.
I love u all seketat-ketatnya 😘

Monday, June 28, 2021

REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT

 REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT

.



Nak dijadikan cerita,  

harini sis order Coolblog secara online je. Sis order semua 3 botol dan semua adalah kegemaran sis. Tapi yang sampainya 2  botol je, dan kedua-duanya favourite anak-anak.

Yang receive nya Kakak Anis,  so dia tak cek pun sebab dia tak tahu mama dia order apa. 

.

Mula-mula Iza rasa bengang, marah,  teraniaya, sebab tak pernah lagi ada pengalaman dapat salah item dengan GrabFood ni. Apa lagi, terus lah buat online complaint. 

.

Anak-anak dah tak sabar nak minum, Iza

tarik nafas dalam-dalam, muhasabah diri,  sis lupa yang rezeki tu datangnya 'bulat-bulat' dari Allah. Sis lupa yang gerakkan hati manusia tu juga Allah. 'Astaghfirullah hal azim' jentik hatiku. 

.

Baru Allah uji sikit je,  dah nak bengang, kau dah kenapa? Lepas tu Iza izinkan anak-anak minum je lah. Buka je lah. Apa nak jadi pun jadilah.

Seronok tengok dieorang dapat minum. Seronok bila hati kita Redha dan ikhlas. 

.

Selang dalam beberapa minit,  dapatlah email dan refund dari GrabFood. Alhamdullilah walaupun refund tak sepenuhnya,  tapi iza lega. 

Kadang kala kita lupa bahawa sesuatu yang terjadi tu adalah semata-mata kerana keizinanNya,  kalau Allah tak izinkan,  maka mustahil terjadi. Dan harini,  anak-anak gembira sebab dapat favourite drink dia orang, terima kasih Allah. 

.

Thank you Allah kerana kau uji aku harini. Sesungguhnya ujian itu mematangkan kita. WaAllahuaklam.

.

Sekian,

HambaMu yang lemah,

Faizah Abd Rahman.


Contact Form

Name

Email *

Message *