Assalamualaikum
Kali ni Iza nak share serba sedikit tanda-tanda pregnant ketiga2 anak iza sebelum lewat haid. Buat pengetahuan semua, anak Iza ketiga2nya adalah perempuan, dan kitar haid Iza 30-33 hari, sejenis yang teratur sejak Baligh. Alhamdulillah.
.
Ok
Contohnya haid estimate pada 4 Jan.
Ini tarikh contoh sahaja, supaya senang faham:
.
28 Jan -
Rasa nak demam, badan sakit-sakit dan nak lepak je sebab ala-ala demam tapi tak sampai menggigil kesejukan.
2 Jan -
Breast and nipple sakitt 2 kali ganda lebih dari biasa nak period tu. tersentuh sikit pun auchhh sakit gila. Rasa nak demam dah tiada.
3 Jan -
Senggugut dan sakit pinggang mcm nk period dan breast and nipple masih sakit. Rasa nak demam dah tiada.
4 Jan -
Semua di atas tiada, tapi tak period2 lagi....Masa ni Iza dah rasa macam pregnant sebab lain macam dari biasa kan.
TAPI
Ada darah setitik bagi anak sulung dan kedua.
Ada tompokan darah lebih kurang sebesar kuku bagi anak ketiga.
.
Masa ni Iza anggap period walaupun tak senggugut dan berbeza dari period yang selalu iza lalui iaitu heavy blood.
5 Jan -
Ada darah setitik bagi anak sulung.
Tiada apa-apa darah bagi anak kedua dan ketiga- Masa ni Iza dah mandi wajib sebab dan yakin bukan period.
6 sehingga 11 Jan -
Ada darah setitik setiap hari, bagi anak sulung dan iza anggap period.
Tiada apa-apa darah bagi anak kedua dan ketiga.
.
12 Jan -
Tiada apa-apa darah bagi ketiga tiga anak.
Maknanya bagi anak sulung iza, iza keluar darah setitik setiap hari selama 7 hari berturut-turut seperti period, cuma bezanya tak heavy dan tak senggugut.
.
26 Jan -
Iza test guna pregnancy test yang bawah RM10 tu je, dan positif. Masa ni dah 2 minggu selepas hari sepatutnya habis period.
.
Simptom-simtom ni lebih kurang sama je kan bagi ketiga-tiga anak. Iza try test pakai pregnancy test yang biasa. tak silap masa anak sulung tu, iza test lepas seminggu lebih dari hari sepatutnya habis period. Yela tak sabar nak tau kan. Sindrom mak-mak ni lain, kalau pregnant atau tak, mesti nak confirm cepat sebab takut ter angkat berat2 atau ter salah makan, kan...
.
Ok, tu sahaja sharing iza setakat hari ini.
Semoga memberi manfaat kepada follower2 iza. I love you. Jangan keluar rumah tau, stay safe.
Salam Ramadan ke 12 1441H.
No comments:
Post a Comment
hi