Tuesday, April 12, 2016

Resepi Cheesekut Nestum

Assalam.


Sempena Birthday Hubby minggu lepas, aku pilih cheesekut sebagai kek pilihan kali ini. Sebab ianya mudah, tak perlu dimasak!! Hanya masuk dalam fridge. Senang kan?

Ni lah resepinya. Tak sampai 2 hari dah licinn ko...




(1-3-4-2 *gambar terbalik) Haha. korang paham tak?


Bahan-Bahan:

Biskut Hupseng (kosong) 1 bungkus
*Fresh milk 10 sudu besar
*Creamcheese 500g
*Condensed milk 5 sudu
*Sugar 7 sudu
Nestum ikut citarasa

Cara-Caranya:

1) Mix semua bahan bertanda * dan ketepikan.

2) Kemudian celup biskut dalam susu, tak perlu lama sangat, just celup dalam 2 saat.
3) Lepas tu susun biskut tu terus satu persatu penuh 1 layer dalam loyang.
4) Kemudian sapu bahan yang * mixed tadi 1 layer tipis diatasnya.
5) Last skali, tabur nestum. 
♡ Ulang sekali lagi diatasnya sehingga habis.
Keep in fridge minimum 5hours.




Resepi Kek Red Velvet

Assalam.




Ok. Mood membaking dah sampi. Mood nak memakan kek Red Velvet pun sampai jugak. So, cari punya cari, maka aku try lah buat kek ni. Aku nak share resepi  kek red velvet yang aku ambil dari youtube ni dengan korang. Utube siapa aku tak hingat. Heheh.

Bahan kek red velvet:


 *1/2 cawan susu segar + 1 sdk cuka (dibiarkan selama 30 min).
*1 telur
*3/4 cawan minyak
*125g gula castor
*1 sdb red color
*1/2 sdk cuka
*1/2 sdk vanilla
165g tepung gandum
1/2 sdk soda bikarbonate
1/2 sdk koko

1) Mix * sehingga sebati.
2) Bahan selebihnya digaul dalam bekas berasingan dulu, kemudian
masukkan sedikit demi sedikit ke dalam mixer dan mix lagi dalam 5 minit.
3) Bakar pada suhu 170 deg selama 45 min atau sehingga masak.
4) Biarkan sejuk.

Bahan cream cheese frosting:

250g cc
35 g mentega
130 g gula icing
1/2 sdk vanilla

1) Mix semua bahan ni lebih kurang 5-10 minit. Atau sehingga semua bahan sebati.
2) Potong kek secara horizontal kepada dua bahagian.
3) Kemudian sapukan sebahagian Frosting di atas salah satu kek dengan rata.

4) Ambil satu lagi bahagian kek dan letak di atas frosting yang telah diratakan tadi.

5) Kemudian sapukan sebahagian Frosting di atasnya macam tadi serta kesemua bahagian kek sehingga frosting habis.

6) Hias ikut suka anta.

Ok. Dah siap, Selamat mencuba! 


Contact Form

Name

Email *

Message *