Monday, June 8, 2015

Tanjung Resang yang bersih dan cantik!

Assalam.

Kali ni aku nak share pasal Tg.Resang yang terletak di Mersing, Johor. Last week sajer jalan-jalan ke Air Papan sambil cari ikan murah buat stock, tiba-tiba ternampaklah sign board Tg Resang ni, ingatkan kat celah mana lah Tg Resang ni kan, rupenya kat Mersing jer haha, kesian aku. Sebelum aku terlupa semula, elok sangat lah aku share mengenai Tg Resang ni kat sini ye.

Tengok tu anak ku mandi tak nak naik dah. Si kecik ni pun teruja tengok kakaknya.

Untuk pengetahuan semua, senang sangat nak menuju ke Tg Resang ni dari Air Papan. Sebelum sampai Air Papan lebih kurang 1.5km lagi, ada sign board Tg Resang ke kiri, ikut jer. Dalam 6km sampai la anda ke Tg Resang. Ikut jer sign board. Tempatnye memang kosong, ada kemudahan tandas awam sahaja, tapi malangnya tandas awam tu dah rosak tak boleh guna.

P/S; Gambar kawasan tak sempat aku nak snap. 

Ramai juga keluarga-keluarga berkelah di sni sambil bawa anak-anak mandi laut. Kawasan nya memang bersih berbanding Air Papan. Masih tidak tercemar. Lautnya pun cetek dan tenang saje, tak berbahaya untuk kanak-kanak.

Chalet memang tak banyak, aku rase ada 1 jer kat kawasan ni. If aku ni Warren Buffet, aku nak wat Hotel n Jeti kat sini. Berangan kejap.

So jika anda nak bawa anak-anak mandi laut yang bersih, tenang, cetek dan FREE, bolehla ke Tg Resang, Mersing ni ya.

Contact Form

Name

Email *

Message *