23 julai14.
Alhamdulillah.
Hari ini genap 17 hari kelahiran puteri kedua ku Aina Sakinah. Bacaan kuning dia pon dah selamat iaitu 7.9. Yay. Dah tak payah ulang alik cek kuning lagi. Yayay
Rentetan cerita kuning Aina:
Hari ke3 kelahiran : 14.5
Tinggi kan kuning anak aku. Aku bukan darah O. Dan sewaktu mengandung aku tak ada masalah apa2. Seriau bile nurse ckp maybe kene bw ke hospital. Dah ler badan sakit2. Berjalan pon kengkang2 lagi aku ni. Sakit breast lain. Allahuakbar. Betapa Allah je tahu sedihnya hati aku ni.
Tapi doktor bagi peluang. Tak perlu pergi hospital. Cuma esoknya datang cek lagi.
Balik rumah, aku bagi air limau dgn anggur hitam dalam 2 or 3 sudu.
Hari ke5 kelahiran : 14.8
Ya Allah.
Makin naik.
Doc suruh pergi hospital. Walaupun bukan 16. (sebab 16 baru tahan wad dan baby akn dirawat di bawah fototerapi)
Doc dah suruh g, tak kan nak melawan pulak ye tak.
So sampai hospital kota tinggi, cek 13 sahaja dan doc suruh balik. Alhamdulillah.
Sampai rumah aku pon mengoogle dgn bersungguh2. Jumpa 1 info ni. Perah anggur hitam 6 biji pagi n 6 biji petang bagi kat baby. Sebelum ni aku bagi 2 sudu x cukup rupanya.huhu. So aku perah n masukkan dlm botol. Alhamdulillah. Aina berry banyak. Kucil pon banyak.
Hari ke7 kelahiran : 11.9
Turun banyak kan? Alhamdulillah.
Masalahnya anggur pon dah habis. Mama Aina pon sibuk nk telan masa memerah anggur itu ;)
Jadi aku try bg susu formula juga diselang selikan dengan susu badan. Ni petua nurse kk tmpt aku yg suggest. Bisik2 die bgtau suh bg susu formula untuk cpt trun kuning. Sbb kata die, susu badan baby kurang berry, Kalau susu formula baby akan banyak berry.
# berry= berak....
Hari ke10 kelahiran : 10.0
Still kene dtg klinik lg sbb nurse ckp nk trun smpi bawah 10 kata die. Aduhai.
Aku dah confident sgt yang Aina akan trun kuningnya pasni. So susu formula ke, anggur ke, semua bantai tak bagi. Wakaka. Hanya susu badan.
Hari ke13 kelahiran : 10.0
Still x turun. Aku budget 9.0 ke. Rupa2nya sama je 10.0. Jadi terpaksala aku selang selikan dengan susu formula juga. Anggut hijau pon aku bg juga.
Kawan laki aku suh bagi ubat 4life. So aku campur dalam susu formula. Sebiji pagi and sebiji petang. Pil tu dalam bentuk kapsul. So bile bukak die actually serbuk. So senang nk bncuh dlm susu. Aku dh lupa pil nama apa ya.huhu. Berry n kucil Aina mak oi busuk, bau ubat tu. Tapi tula kuning die kluar habis agaknya.
Hari ke17 kelahiran : 7.9
Yezsa!
Nurse pon ucapkan tahniah wat aku laki bini.
Amboi. Nmpak sgt muke ni je yg selalu cek kuning ye.
Tapi xpe.
Aku yakin semua ada hikmah oleh Nya.
Sekarang boleh la aku start makan jamu.
Semoga apa yang aku share ni dapat membantu serba sikit untuk momies diluar sana yang risau mcmna nk turunkan kuning baby.
Selamat mencuba.