Salam dan selamat Sejahtera kepada semua.
Malam ini genap malam ke21 Ramadhan.
Siang tadi pun redup2 sejuk jer. Semoga kita semua dapat memanfaatkan malam2 terakhir Ramadhan ini.
AMEEN.
So, lagi 9 hari nak Raya,
Apakah persiapan korang? Kuih raya dah berapa balang?
Baju Raya anak2 dah beli?
Saya simple je.
Baju Raya sorang 1. Kuih pun yang rasa2nya akan di makan sahaja yang kami beli.
Ada juga yang dibuat. Tetapi atas kekangan masa, hanya 3 jenis je tahun ni kuih bernama 'Home made'.
Setiap kali Raya,
Ada 1 lagi persiapan paling penting yang orang mudah lupa dan ambil remeh-Reload kad Touch N Go.
(Persiapan ini tidak langsung berkaitan kepada keluarga yang berbisan sebelah rumah atau kampung sebelah-menyebelah)
Reload kad TNG anda sebelum Hari Raya amat penting supaya anda tidak 'stuck' dalam tol jemmed, dan ianya sangat menjimatkan masa! Saya dah topup 2 minggu awal lagi untuk pulang berhari raya di Selangor tahun ini. (BAru lega.....baju Raya xbeli aper...bleh pakai baju laen..ni kalau dah jem kt tol boleh potong Q ke?)
'Ahh, kad TNG belom beli lagi'
Sapa kata TNG kena ada kad? Sekarang Malaysia sudah upgrade. IC pun dah boleh digunakan sebagai kad TNG. Kalau tak percaya, cer anda topup TNG dengan memberikan IC dan duit anda bersama.
Selamat mengurangkan jem kat Tol !
Dan Selamat Hari RAYA!!
#Mood malas kerja. huwaaaa....