Labels
- Hobi Saya (32)
- Tips untuk kita yang Bergelar Ibu (23)
- Food (22)
- Miscellaneous (20)
- Health (17)
- Travel (16)
- Resepi Saya (10)
- Makeup By Faizah (9)
- Resepi Masakan (8)
- Tips Kecantikan (8)
- Keagamaan (7)
- Resepi Kek (6)
- Shopping Sakan! (6)
- Resepi Mee (4)
- Berniaga (3)
- Insurans (3)
- Kewangan (2)
- Tempat Beli Barang Murah (2)
- saham (2)
- sedap (2)
- Kdrama & Kmovie (1)
- My Preloved Makeup (1)
Wednesday, November 3, 2021
Impian Tercapai - Iphone 13 Pro
Thursday, September 16, 2021
Ini Pengalaman Bersalin C-section ceaser anak ke 4 Ketika Musim Covid 19
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Mungkin sebab Iza mengalami sakit pinggang dan kelengkang yang amat, untuk pregnant kali ni. Start 26 minggu, kelengkang ni dah mula sakit bila nak melangkah, nak mengiring masa baring, nak bangun tidur, ya ALLAH, memang sakit gila sampai menitis air mata tau ! Hanya Allah yang tahu. Untuk ketiga-tiga anak yang lain tak pernah pulak macam ni.
.
.
Panik jugak sebab czer Alia dulu relek je tak macam ni. Kali ni baby Ameera, nurse jaga sampai jam 4 pagi baru dia sorong baby kat kita. Dulu masa Alia, baby ikut dengan kita saing-saing masa masuk wad, -senang cakap, lepas czer, kita jaga sendiri la, tapi okay je masa tu sebab tak pening or berpinar-pinar ke apa, muntah pun tak.
.
Beg Iza pun tak ada lagi. Musim covid ni lain procedure nye. Iza mintak nurse tu beg aku then dia ambilkan. Ahamdulillah. Termasuklah barang-barang masa Iza pakai masa nak czer tu, iaitu baju, spect mata, selipar, handphone, semua masuk dalam satu plastik besar. Haha. Shuben dah tinggalkan beg lagi satu kat bawah, then guard akan bagi note untuk shuben kita memasing tulis kan nama kita dan katil. So nurse akan bawa naik dan bagi pada kita.
Tapi Iza mintak tunggu lagi.
.
Untuk yang tertanya-tanya, musim covid ni, kat wad kita kena sentiasa pakai mask.
Alhamdulillah, bila doktor cek semua tak ada masalah, Iza dapat balik selepas 2 malam bermalam di hospital. MAcam-macam pengalaman. Ada yang baby menangis tak berhenti, ada yan tak dapat jumpa baby walau dah 1 hari warded, macam-macam.. Masalah utama Iza, bila nak ke tandas,risau kan baby Ameera menangis. Haha.Adoi, Sebab apa tau, sebab kali ni sakit gila nak jalan tu, so jalan pun perlahan-lahan jer.Bersalin sebelum-sebelum ni tak ada rasa sakit pun nak berjalan lepas bersalin. Lepas tu pulak, toiletnye jauh weh. Hahah. Dah nak terkencing, pergi jelah, kadang separuh jalan, baby dah mula macam nak menangis, 'ahh, kejap2, sabar ye baby'...huhu.
.
Monday, July 12, 2021
Salam Isnin
Harini iza checkup 33w pregnant and my baby still melintang.
Doktor kata ada masa lagi untuk dia berpusing.
Tapi iza dah prepare mental dan fizikal jika kena caeser macam masa bersalinkan si Alia. Masa Alia dulu iza bersalin emergency caeser on 38w sebab dah keluar tanda, and baby melintang. Berat Alia pun ok sangat masa tu 3.28kg.
.
Scan tadi semua ok,
Berat baby ok, ketuban ok, tak ada masalah. Tapi still kena jumpa pakar lagi 2 minggu. Doakan iza dan baby ya. π
.
Harini first time Alia nak ikut mama pergi checkup sebab Abi dia pun ikut Mama, so dia pun nak ikut lah.
Mujur dia tak mengaruk tunggu Mama selama 1 jam setengah. Alhamdullilah. Tapi macam-macam lah dia 'pau' Abi dia. Nak banana lah, nak donut lah, nak macam-macam, kalah ngidam mama dia nihπ.
.
Anyway nanti iza up video resepi Sambal kupang eh. Stay tuned π§‘π
Tuesday, June 29, 2021
Happy Birthday To Me
Terima kasih encik suami, semua yang wish dan mendoakan, juga yang menyumbang.
Semoga murah rezeki anda semuaπ§‘
.
Gambar Sebelum PKP
Harini sahaja abah call 3x,
Jarang sekali berlaku. Tak sepatah pun abah wish birthday, cuma perbualan biasa je, tapi iza paham, bahπ.
Begitulah abah, suka guna cara 'tersirat'π§‘.
Ya Allah, kau angkatlah Covid19 dari muka bumi ini, semoga kami dapat bersilaturrahim seperti dulu...
.
Semoga pertambahan usia ini selari dengan pertambahan imanku. Amin.
I love u all seketat-ketatnya π
Monday, June 28, 2021
REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT
REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT
.
Nak dijadikan cerita,
harini sis order Coolblog secara online je. Sis order semua 3 botol dan semua adalah kegemaran sis. Tapi yang sampainya 2 botol je, dan kedua-duanya favourite anak-anak.
Yang receive nya Kakak Anis, so dia tak cek pun sebab dia tak tahu mama dia order apa.
.
Mula-mula Iza rasa bengang, marah, teraniaya, sebab tak pernah lagi ada pengalaman dapat salah item dengan GrabFood ni. Apa lagi, terus lah buat online complaint.
.
Anak-anak dah tak sabar nak minum, Iza
tarik nafas dalam-dalam, muhasabah diri, sis lupa yang rezeki tu datangnya 'bulat-bulat' dari Allah. Sis lupa yang gerakkan hati manusia tu juga Allah. 'Astaghfirullah hal azim' jentik hatiku.
.
Baru Allah uji sikit je, dah nak bengang, kau dah kenapa? Lepas tu Iza izinkan anak-anak minum je lah. Buka je lah. Apa nak jadi pun jadilah.
Seronok tengok dieorang dapat minum. Seronok bila hati kita Redha dan ikhlas.
.
Selang dalam beberapa minit, dapatlah email dan refund dari GrabFood. Alhamdullilah walaupun refund tak sepenuhnya, tapi iza lega.
Kadang kala kita lupa bahawa sesuatu yang terjadi tu adalah semata-mata kerana keizinanNya, kalau Allah tak izinkan, maka mustahil terjadi. Dan harini, anak-anak gembira sebab dapat favourite drink dia orang, terima kasih Allah.
.
Thank you Allah kerana kau uji aku harini. Sesungguhnya ujian itu mematangkan kita. WaAllahuaklam.
.
Sekian,
HambaMu yang lemah,
Faizah Abd Rahman.
Wednesday, September 9, 2020
Simpanan CEPAT SUSUT ? bahagian 2
Harini iza nak share tips bagi yang susah nak kekalkan simpanan duit macam iza.
.
Iza sejenis yang pandai simpan tapi sekejap je keluarkan semulaπ
.
Dulu iza ada share cara pertama ialah dengan menyimpan emas. Boleh baca kat sini:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4761815277177408&id=100000469493956
Kali ni iza nak bagitahu, cara lain kita simpan duit ialah dengan membeli saham Bursa Malaysia.
.
Iza ingat Pertama kali iza beli saham Inari-wa dan Padini tahun 2014. Alhamdullilah dah profit. (tak ingat berapa) Lepas tu iza ada beli FGV, profit dalam RM400 je geli2π buat belikan wheel chair untuk arwah mak.
.
Yang profit je iza ingat, yang loss ribu riban tak ingatπ
Melabur di saham ni risikonya sangat tinggi. Tapi melalui pengalaman jual beli saham, belajar dengan guru2 saham, dan dgn izinNya Alhamdullilah iza dapat cover balik kerugian tu.
.
Yang bestnye bila beli saham ni, kita jadi shared 'owner' untuk company yang kita beli tu. So tak perlu pikirkan sales, marketing dan production walaupun kita sebagai owner.
.
Tu yang best sekaliπ€©
.
Contoh kalau kawan2 suka makan telur, boleh beli saham Layhong dan ajak kawan-kawan lain semua beli Layhong seolah2 dialah ownerπ
.
Harini saham Layhong seunit RM0.31 .
Boleh beli minima 100 unit baru RM31- dah boleh jadi tokeh business telur.
.
Contoh kalau beli 10K unit, bersamaan RM3100.
Kalau sahamnya naik kepada RM0.40, keuntungan yang anda dapat ialah RM900.
.
Tapi perlu diingat, 'simpan duit' dengan cara ni risikonya amat tinggi. Kalau tak ada ilmu, bahaya woo.. π±
.
Sekian sharing iza kali ni. Semoga bermanfaat ❤
.
P/s : iza tak pegang #saham Layhong
Thursday, August 13, 2020
Pesan Abah
Iza ingat masa kecik-kecik dulu,
Setiap kali habis sebulan beRaya mesti abah ajak kira duit raya dan bawa duit pergi bank BSN Sayong untuk simpan.
.
Sekali tu, duit simpanan cecah RM1K pertama, rasa kaya sangatπ
.
Abah cakap,
.
"duit izah ni dah cecah seribu, lepas ni sampai bila-bila Jangan ingat duit 1000 tu ada, Anggaplah 1000 tu tak ada. bila dah besar nanti simpan duit jangan Joli"
.
Sampai sekarang iza ingat pesan abah.
.
Sebenarnya kita kena train dan paksa otak sendiri untuk berubah kepada yang lebih baik.
.
Gaji berpuluh ribu pun tak guna jika tak pandai menyimpan.
.
Yang dah pandai menyimpan pulak, rajin-rajinkan diri cari ilmu untuk kembangkan dan secure duit kitaπͺ.
.
Doakan Semoga abah dikurniakan kesihatan dan kesenangan di dunia dan akhirat, aameen❤
.
Iza
Perunding Great Eastern Takaful &
Ejen Karisma
.
.
.
#ejentakaful #ejenkarisma #jihadkewangan #karisma #takafulagent