Wednesday, June 26, 2019

Pengalaman Anak Jaundis (Kuning) Sampai Masuk Wad

Assalamualaikum

Alia start ada kuning pada hari ke 6 dilahirkan. Nurse yang datang cek meminta kami pergi ke klinik, dan klik cek bacaannya 17.4mg/dL. Sangat tinggi, sepatutnya tidak boleh lebih dari 8mg/dL. Selepas itu kami dikehendaki membawa Alia ke hospital untuk check semula. Lepas cek, bacaannya 16 mg/dL. So doktor benarkan kami pulang, dengan syarat baby perlu kerap menyusu.

Masalahnya,
Baby Alia kuat tidur, geletek kaki pun tak mahu bangun..



Baby Alia selepas lebih kurang 16 jam dilahirkan.



Julat Rujukan: (Diambil dari SINI)
Umur
Paras Jumlah Bilirubin
Terma Penuh
Pra-matang
mg/dL
mmol/L (SI unit)
mg/dL
mmol/L (SI unit)
0 -1 hari
<5.0
<86
<4.0

<68

>1 hari
<8.0
<137
<6.0

<103

Secara umumnya, julat rujukan normal bagi Jumlah Bilirubin, BilirubinTerkonjugasi dan Bilirubin Tak Terkonjugasiuntuk bayi baru lahir dari 0 hingga 7 hari adalah seperti di bawah:-
Jumlah Bilirubin : 1.0 – 10.0 mg/dL atau 17 – 170 µmol/L



Kulit baby Alia kuning.
Masa ni doktor tengah cek darah baby Alia, sekali dapat tahu 19.4, terus kena warded.




Baby kuat tido, mama is risau sangat. Pampers Alia pun penuh.

Hari ke 7 - 15mg/dL
Hari ke 9 - 16mg/dL
Hari ke 10 - 18mg/dL

So sekali lagi kami dikehendaki membawa baby Alia ke hospital. (Hospital Kluang)
Doktor recheck -330 iaitu 19.4 mg/dL

Apa lagi, confirm la Alia kena tahan wad. 1 malam. Mama yang menangis tak sanggup tengok dia kena tahan wad. Iza tak tunggu kat wad, sebab susu badan pun tak berapa meriah, biarlah nurse dan doktor jaga, bagi Alia susu terbaik. Lagipun Iza perhatikan baby yang warded bersama ibu masing2 ni, akan ditahan lebih dari sehari sebablambat turun. pendapat iza mungkin sebab susu sikit kan. mungkinla.



Mata dah la kena tutup, berguguran air mata weh tengok baby Alia dalam tu. uwaaa.


ODW balik rumah menangis sepanjang jalan, kat rumah menangis, malam tak dapat tido. Allah je yang tahu perasaan ni. Kakak-kakak Alia tak pernah kena tahan wad. Alhamdulillah.

Staff nurse dan doktor dalam wad Nicu ni superb professional dan cool sekali. Bukan senang nak jaga dan handle baby ramai-ramai kan. Lagi pulak nak monitor mereka punya tahap kesihatan. Thank you all. gituu 

Hari ke 11,
pagi-pagi dah bersiap nak pergi hospital walhal belum tahu baby Alia boleh keluar or tidak.
Alhamdulillah nurse call, boleh keluar hari ini sebab bacaannya turun kepada 16 mg/dL. Bermakna she is healthy but kena turunkan lagi tahap bilirubin (kuning) tu.

Nurse pesan dalam masa terdekat:


  • Jangan bawa baby jalan-jalan.
  • Jangan bagi perokok atau sesiapa sahaja cium baby kita sebab organnya masih baru dan lemah dan belum ada antibodi yang kuat.
  • Rajin beri susu.
  • Tanda baby lapar ialah pampers tak penuh walaupun dia tak menangis.
  • Jangan bagi susu kambing kerana anak kita bukan bahan eksperimen! ( Ini memang deep)


So lepas balik rumah tu, baby Alia still susu sikit (berdasarkan pampers yg tak penuh)
So Iza bagi TF 4 Life sekali je (Ikut masa Kakak Aina kuning dulu.) Tapi tak jalan. 
Iza pun makan sekali T4 tu.Masa kakak Aina, bila diberi TF 4 Life tu, die jadi berak2 dan kuningnya turun mendadak. Tapi baby Alia tak sesuai.
Masa ni Iza dah bagi baby Alia Campur dengan susu tepung. Dutch Baby kalau tak silap.

hari ke 15 - 12.2mg/dL
hari ke 19 - 11.1mg/dL
hari ke 21 - 10.6mg/dL

Alhamdulillah semakin turun. Lepas tu Iza mandikan Alia dengan Air Tepung Gandum. Tak tahu la, semua petua Iza try. dan masa ni la Alia baru stat banyak nyusu.

Hari ke 23 - 10mg/dL

TF 4 life Iza still bagi sikit.
Air Buah Oren pun bagi juga
dan still mandikan Air Tepung Gandum

Hari ke 24 - 9.9mg/dL

Masa ni tak tahu lah nak gelak or menangis. Serius weh. Turun 0.1 jeke nakkkkkkk. Lepas tu akk ipar bagi petua suruh bagi Air Halwa kundur.



Halwa kundur. Yang kiri tu dah direndam.


Iza ambil halwa kundur ni dalam 4 ketul, masukkan dalam botol susu dan tuang air masak lebih tinggi dari halwa kundur tu. dan kemudian bagi Alia minum. Lepas tu ipar Iza pun ade suruh bagi susu Novalac, dalam masa yang sama semua Iza bagi Alia. Susu Dutch Lady pun bagi, susu Enfalac pun bagi jugak. 



Susu Novalac

Susu Enfalac A+


Dan kebetulan Iza perhatikan Alia dah start kuat susu dan minum air halwa kundur ni. Mungkin sebab Iza dah tukar puting susu dia menjadi yang lebih besar ke, atau memang Alia yang nak hisap banyak? Tapi pampers dia memang penuh dan kerap berak.

Hari ke 25 - 6.4mg/dL

Alhamdulillah, lega sangat dah tak payah datang cek jaundis lagi. Itulah serba sedikit  Iza share pengalaman jaundis Baby Alia, yang paling ketara yang buatkan kuning Alia turun banyak ialah bila pampers dia penuh, tu jer. Bukan dia kuat susu tau, selagi tak penuh pampers, means dia kurang susu. Baby sedap tidur sebab baru lahirkan. Dia belum biasa makan dan minum melalui mulut.

Maka kita sebagai ibu bapa dialah yang kena ajar baby kita ni kan...

Semoga bermanfaat.

Monday, February 11, 2019

Resepi Ikan Goreng Sambal

Assalamualaikum 




.
Kali ini Iza nak share resepi Ikan Goreng Sambal paling simple dan sedap. Cuma guna 3 bahan je. Kalau mak2 memang pilih menu yang sikit je bahan cepat siap kan. 
.
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 5 ulas
Cili kering 9 biji
Air Asam jawa
Gula 3-5 sudu besar
Garam
Ajinomoto
.
Cara:
.
1-Potong dan 
rebus cili kering.
2-Blend bawang besar , cili kering dan bawang putih. Blend tak payah letak air. Letak minyak sahaja. Jimat masa, jimat air, jimat gas jimat tenaga semua lah. Hihi. INi arwah mak yang ajar...
Boleh rujuk video kat youtube iza klik > SINI


3- Tumis sampai betul-betul garing.
4- Masukkan air asam jawa.
5- Masukkan gula, garam dan aji.
SIAP
SELAMAT MENCUBA

Sunday, January 27, 2019

Alia Tak Nak Botol, so Iza buat camni

Assalamualaikum semua,





Kali ni iza nak cerita pasal baby Alia start tak nak susu botol pada usia dia masuk 2 bulan setengah. Iza dah bagi Alia susu botol pada hari ke4 kelahiran dia lagi. Balik hospital terus bagi. Mula-mula memang tak ada masalah. Lama kelamaan dia lebih suka susu badan berbanding susu botol.




Ni antara botol susu yang iza bagi Alia dalam 2 bulan selepas lahir. Putingnya jenis 'standard size slim neck'. Seronok bila Alia boleh susu botol badan(breastfeeding) dan susu botol. Dua-dua boleh sebab mama nak pergi kerja makeup orang kan senang. Nak COD Karisma Cosmetics pun tak pening kepala, Abi die boleh jaga kat rumah ke jalan-jalan ke, kan?



"Saya suka puting standard 'slim neck' ,mama"

Tapi bila  Alia start bagi 'hint' "saya lebih suka bf", mama pun kelam kabutla pikir macam mana nak buat dia suka botol?
So Iza pun hunggah lah botol kakak-kakak dia dulu, ada botol Tommee Tippee, ada botol Avent, Ada botol yang tak ada nama, ha.
Kakak Anis dulu tak nak botol langsung sebab umur dia sebulan baru nak bagi botol memang siksa la makk. Lastly Tommee Tippee yang diterimanya.
Hunggah punya hunggah, puting semua yillek, botol dah siap basuh ni, so Iza pun cecepat keluar cari puting Tommee Tippee, puting Avent Classic dan puting Pigeon Slim neck.

Semua beli tak hingat!

Lepas tu Iza try bagi Alia botol Tommee Tippee Alhamdulillah Alia hisap dengan jayanya.

Tapi
Iza tengok lepas dia dah mula suka botol susu Tommee Tippee ni kan, Iza saja la bagi Puting Pigeon Slim Neck, Alhaamdulillah Alia nakk😍
Nak tengok Alia hisap botol? Klik : DISINI
.
Bagi Iza:
*Puting Tommee Tippee lebar mcm natural breastfeeding.
*Puting Pigeon Slim Neck- hujung puting lembut dan pangkal puting keras dan tebal macam natural breastfeeding (mungkin??!😳)
.
Saja buat backup tak nak Alia bergantung 1 jenis je kan
Susah nanti
.
.
So bagi ibu-ibu yang tengah struggle nak ajar baby susu botol, boleh la try dua puting ni:
1- Tommee Tippee 
2- Pigeon Slim Neck



Video Eyebrow Tutorial/Tutorial Kening

Assalamualaikum semua,

Ok iza ada post video terbaru kat youtube iza klik sini > Video Tutorial lukis Kening 



Enjoy 😊
Nanti jangan lupa subscribe dan komen tau😍

Tuesday, December 18, 2018

My Preloved MAkeup

Assalamualaikum

Ni semua makeup preloved iza, sape nak boleh klik sini: wasap.my/60196996162


Semua original. Morphe 35t kirim kawan beli kat uK.
.
Tarte tease np rm95 less rm35
Naked flushed np rm125 less rm55
Mac skin refined np rm100 less rm25
Morphe np rm170 less rm65









Tuesday, November 13, 2018

Pengalaman Berpantang Caesar C-sec Anak ke-3

Assalamualaikum semua,

Ha skrang iza dah 39 hari berpantang caesar (C-Sec). Iza bersalin 4 Oktober 2018. Ni baru ada masa nak hapdate blog ni untuk reader kesayangan. Haritu iza hapdate pengalaman pusing baby (ECV) kat SINI kan. Bolehla baca bagi sape2 yg belom baca tu, atau pun bagi sesiapa yang nak tau, boleh baca jugak, sapa yg tak nak tau, tak yah tekan . ha senang.


Pengalaman bersalin caeser boleh baca kat SINI.

Ok, skang ni Iza nak cite pengalaman berpantang caesar je tau, tak nak cite pengalaman perut kene potong. yang tu Iza hapdate kat post lain naa, ok.!>


Aku ditolak dari operation theater (OP, apekebenda OP tu? OP tu bilik bedahler. ) ke wad perempuan tu agak jauh jugak lah, singgah dulu kat luar OP tu depa pasang apa ntah yang sepit kat jari tu kan, nak monitor tekanan darah kot rasanya mcm tu la. Lama la jugak, dekat setengah jam aku sensorang kat situ, dah la sejukk gilossss, tapi dieorang ni memahami lagi baik hati, dieorang bagi heater kat aku, heater tu dalam bentuk corong, haa bayangkan jeler corong beso lengan, mengahala ke badan aku, ada 2. so dapatla mengurangi kesejukan yang amat sejuk itu.


Ha masa ni baby aku tak tau kat mana, aku tanya sorang nurse tu pun die tak sure anak aku kat mana.. ko rasa?

tapi sebab aku yakin sangat dengan keprofesionalan dieorang ni, so aku senyum jelah, tak kan nak turun katil kan? Kaki pun tak berasa lagi ni, haa jangann..

Ok, Iza dengan baby siap ditolak ke dalam wad dalam jam 6 petang. Masa tu waktu melawat, so memang aku di'lawat' dan dilihat besungguh2 lah oleh orang ramai yang bertandang dalam wad tu, lantokler kan, dah ler tak pakai tudung, pakai bath cap jer, dalam xpakai ape , luar je pakai baju operate.haha. seksi makk..My hubby dah tunggu kat wad. Ya Allah seronoknya nampak buah hati dah tunggu.haha.


Lepas nurse tu park Iza dekat wad, maka tirai pun ditutup, lepas tu nurse dua orang ni tukarkan baju aku weh, memang salute lah dieorang, lajuu bedesup je baju aku dah bertukar, siap dengan alas kain kat bontot aku pun dah bertukar baru ko.. Ajaib kan, aku pun tak pasti dieorang buat mcm mana sebab aku x begerak pun, dah dieorang yang tak bagi gerak nak wat mcm mana kan,


Separuh badan aku ni masih tak berasa, nak angkat kaki memang tak boleh, cuma lutut je dah boleh angkat tu pun sikitt je, tak mampu dek, berat nau rasanya, tapi kan, masa ni Iza rasa tempat jahit tu pedihhhh noo, kira senang ckp , rasa sakit la... haha hawau..






Hi Auntie, saya baru keluar ni ha


Ok short story, Iza dengan baby balik rumah hari ke -3, iaitu 6 Oktober 2018.


On the way balik tu, Iza mintak hubby pasang lampu emergency, n mintak die bawa kereta seslow yang die rasa patut lah. 

Sakit weh perut Iza dalam kete tu, sakit tempat operate, masa tu Iza rasa jalan tu patut di tampal buat baru je, goyang sikit mmg berasa la weh. 

Sakit sangat dalam 5 hari, menangis2 kat umah tau. Alhamdulillah adik ipar jaga masa pantang ni, so makanan pun die hantar ke katil. Jadinya Iza tak banyak gerak, melainkan ke bilik air. Bagi Iza berjalan tu ok je, tak ngeri sangat, cuma time nak bangun dari katil atau nak pusingkan badan susukan baby, perghhh sakit die semacam weh. itu pun Iza makan panadol yang hospital bagi. Nurse suruh makan kalau tak tahan sakit, katanya. So memang makanlah! Itu pun sakit lagi weh,.


Iza pantang ni tak makan pati haruan pun, nurse n doktor tak bagi katanya. Sebab ada kes jahitan melekat2 diantara satu sama lain, maksudnya melekat dengan daging yang tak sepatutnya. Apa aku cakap ni? Paham tak? haha. kata nurse dulu ada kes rahim melekat dengan pundi kencing sebab banyak sangat makan pati ikan haruan. haa ngeri weh. Iza makan ikan haruan adela dalam 2/3 ekor takat ni, sebab tu je yang hubby dapat masa mancing, haha. ha seekor abang ipar bagi. Cukupla tu kan, Alhamdulillah 15 hari pantang, luka dah kering, walaupun 3 kali ulang alik ke hospital sebab baby kuning. 


Masa tu kena pegi hospital sebab baby kuning : 

1-Hari ke 6 berpantang,
2-Hari ke 10 berpantang
3-Hari ke 11 berpantang

Ha cerita baby kuning Jaundis sampai paling tinggi 19.4 Iza hutang ceritanya kat SINI ok, haha.


Ok cerita pasal rasa sakit operate tu, dalam 5 hari sakit nak gerak tu mmg boleh jatuh air mata ni, dah la luka masa ni belum kering tau, nurse pesan jangan sampai luka terkoyak atau terbuka sikit pun, nanti bernanah, doktor suh pegi hospital cuci hidup2 ok!! wah ngeri dengo, so Iza rela bertapa je atas katil dengan baby, ngeri nak gerak. takut weh, malam nangis dengan hubby sebab takut. Kesian hubby kena layan bini die ni. Yela, tak kan nak pendam sensorang kan, nanti meroyan susah kan? Baik Iza luahkan jer, biar die sama2 pening. hihi. 


Ha dalam 2 minggu tak payahla duduk bawah, sebab nak bangun seksa weh. Duduk je atas, sebab kalau bangun duduk takut terputus benang, kalau tak putus benang, takut kulit yang tertetas, seterusnya luka ternganga, haa aduiiiii. ngeri mak...


Masa ni nurse datang umah setiap hari dari hari ke 4 hingga ke 10 berpantang. Nurse cakap luka jahitan ada basah sikit dekat hujung2 luka, waaa ngerinya. Die suruh lap setiap hari jangan bagi basah lama2, takut jangkitan kuman, dah lah luka tu kat tempat berlipat bawah perut ni, betul2 bawah, lemak perut aku ni dah la memang banyak kan, so memang tertutup jelah luka ku tu dengan lemak yang banyak ni. Nak tengok tempat luka jahitan kene 'selak' lemak ku dulu. hahaha. Kalau tak, memang tak jumpa la luka tu.haahahahahhaaha.


Ok masa ni Iza mandi macam mana tau? Iza mandi lap2 je seminggu, seminggu kau! Tapi Iza syampoo rambut setiap hari dari hari ke 4, rambut kalau tak syampoo memang tak sanggup makk, Iza tak sanggup lagi la laki aku, kang pengsan semua dalam umah ni, daki kat tangan ni memang rasa la melekit2.hahaha. Iza berurut dan tungku stat hari ke4 hingga hari ke6, urut elak bahagian perut. Segar je badan. Pilis, Param memang wajib. Elak 'darah putih' naik ke kepala kata bidan yang urut aku tu. Kak Ros nama die.


Lepas tu hari ke 7 dan 14 Iza mandi full siap mandi lulur buang segala daki yang menemaniku, pakai minyak Herbanika Nonaroguy kat perut atas pusat dan pakai bengkung modern. Sampai harini Iza pakai, sedap je perut OK. Rasa kempis je. Stat Hari ke 26 Iza dah pakai Herbanika Barut (mcm lulur utk kecikkan perut) kat bahagian perut. Kenapa Iza stat hari ke 26? Sebab masa ni baby dah tak ade jaundis. So tak ulang alik ke klinik lagi, jadi bolehla Iza pakai lulur ni, kalau tak pening nurse dengan bau lulur dan minyak. Dah kenapa budak ni bau minyak kuat benau?!



Iza mandi full sebenarnya guna wound patch tau. Lepas mandi, buka semula.

Tampal kat luka tu, wound patch ni macam yang doktor tampal kat luka operate tu. Iza beli kat Shopee RM15 / 5pcs kot. Lupa harga. Ngeri nak mandi togel, tapi nurse kata boleh , masalahnya Iza yang ngeri, huu. Yang penting setiap hari wajib lap dengan kain bersih kat tempat operate tu, jangan bagi berair.

Sakit nak bergerak dalam 13/15 hari. Maksudnya masa baring nak bangun. Tapi berjalan dah tak sakit. Masa ni Iza dah stat mandikan baby. Tapi my hubby tak kasi, tapi Iza mandikan juga kengkadang, yela, luka pun dah kering, tak nak manjakan sangat badan ni kan, kesian kat adik ipar pun iye jugak, haa baik kan Iza ni? Sila muntah hijau.

Sakit masa berjalan dalam seminggu, lepas tu beransur kurang.
20 hari mcmtu dah tak rasa sakit sangat, adela rasa sikit2 tapi bukan sakit nau. Masa ni Iza dah makan kat dapur sendiri.Haha.

Mandi tanpa wound patch hari ke 23. Dan lepastu setiap hari mandi ok. Haha.

Lepas je mandi Iza baring depan kipas, lap2 luka tu, tempat luka pun dah tak sakit masa ni, tapi benang ada lagi sikit tak tanggal. Jangan pandai2 tarik, ok?!

Makanan berpantang nanti Iza hapdate SINI eh. 
Hihi. 30 hari dah berjalan pergi Forest City dengan family ipar bawa anak2 mandi. ko ader? dahsyat gak aku ni lah hai, belom abis pantang dah berjalan, Ya Allah, taubat Faizah!

Monday, October 29, 2018

Pengalamanku Hamil Bayi Melintang, Pengalaman Pusing Baby (ECV) Transverse Lie

Assalamualaikum semua,

Iza nak share pengalaman buat ECV (pusing baby melintang) kat Hospital Kluang, Johor. Semoga dapat membantu ibu-ibu yang bakal melalui proses ECV. Semoga Dipermudahkan.




Hi saya baru jer keluar ni 


35 minggu 6 hari (18 Sept 2018)


Kepala baby belah kanan, so terus doktor BT call Hospital Kluang.
Sebab iza tanya bila boleh buat ECV. Doktor terus call Hosp Kluang untuk confirmkan date so appointment seterusnya ditetapkan pada 25 Sept 2018 (36 minggu 6 hari).

36 minggu 6 hari (25 Sept 2018)

Masa ni appoinment dengan pakar di wad O&G. Oleh sebab first time: Free. Kalau 2nd time dan seterusnya, RM5 setiap kali datang. Ok mula-mula, nombor Iza dipanggil, masuk 1 bilik ni, die cek blood pressure, berat badan dan air kencing. Lepas tu tunggu lagi. Bilik kedua barulah kita jumpa doktor pakar.

Scan

Masa ni doktor terus scan, doktor cek semua, uri cantik kata die, uri atas, air ketuban cukup, so boleh proceed ECV. Oleh sebab harini iza tak puasa dari 2 pagi malam sebelumnya, so ECV di tangguhkan kepada esok hari. Doktor terangkan risiko ECV. Antaranya:


1- Jika selepas ECV baby berjaya pusing, dan tiada apa-apa kesan sampingan pada baby dan ibu, contohnya blood pressure ibu naik ke, blood pressure baby turun ke, atau pun uri lekang ke, atau pun tiba-tiba ada contraction ke, kalau tak ada semua tu, Iza boleh balik rumah.


2- Tapi kalau selepas ECV baby berjaya pusing, tapi ada kesan kat atas tu, so kene terus emergency caesar.


3- Jika selepas ECV baby TAK berjaya pusing, terus set caesar date. 


4- Jika selepas ECV baby berjaya pusing, tapi kedudukan baby patah balik, set date untuk caesar juga.


Masa ni berdebar jangan cakapla. Dua2 anak memang normal, tak pernah terlintas kena caesar, so lepas cek , Iza dengan hubby balik rumah. Iza pun Google la pengalaman2 orang lain yang caesar, berdebar, nervous , sedih pun ada uolls.. uwaa.


Lepas tu doktor tambah lagi:


Proses ECV memerlukan kita puasa at least 6 jam so kena puasa stat 2 pagi.


Appoinment esok pada jam 8 pagi.


Masa nak buat ECV, nanti doktor akan masukkan ubat pelembut rahim, kesan sampingan ubat tu, ialah kita akan rasa berdebar2 macam lepas joging. Ok Noted doktor!

37 minggu (26 Sept 2018) ECV day


Appointment jam 8pagi. Iza dengan hubby dah sampai jam 7.50 pagi terus ke Dewan Bersalin sebab proses ECV dilakukan di sini.
Tukar baju warna pink sebab kemungkinan2 lain akan ada kan, so standby je kalau kene admit wad. Perasaan Iza masa ni bercampur baur, nervous, lega, syukur, takut, gembira, sedih, semua ada.

Mula-mula seorang doktor Cina lelaki ambil darah 1 tiub kecil.
Lepas buat CTG (cek jantung baby) dalam 50 minit.
Timbang Berat badan
Cek tekanan darah Iza
Cek jantung Iza
Scan baby : Iza kene scan dengan 3 orang doktor berbeza, mula2 doktor pelatih, lepas tu 2 orang doktor pakar. Dieorang confirmkan lagi kedudukan baby dan uri, dengan jumlah air ketuban. Sebab kalau air ketuban sikit pun tak boleh buat ECV. Masa ni scan berat baby 3.2kg-3.4kg.

Siap semua ni jam dah dekat pukul 10 pagi, Semua result ok, membenarkan proses ECV dilakukan pada hari ini juga. Perut Iza dah berkeroncong dah masa ni, lapar weh.

Pukul 10.15 pagi buat ECV

Doktor 3 orang. Sorang lelaki Malay, sorang Cina perempuan, sorang lagi indian perempuan. Yang pusingkan baby ialah doktor lelaki, Doktor Syazuan tak silap namanya. Sebelum tu Iza ada tanya doktor Syazuan, "berapa persen sebelum ni yang doktor berjaya pusing?"
Dengan konfiedennya die jawab "100%". 

Ok Iza sedikit lega, sebab Iza banyak dengar dan baca cerita ngeri2 je pengalaman ECV dieorang. Ya Allah nervous jangan cakap, kita risaukan baby, betul tak? sebab keputusan nak buat ECV pun pada tangan kita kan, bukan doktor. Doktor hanya terangkan dan suggest, dan kita yang buat keputusan.


Masa ni kepala baby belah kiri, kaki baby belah kanan. 
Doktor masukkan ubat lembutkan rahim, so mulalah kesannya Iza rasa, dada berdebar2 dan badan menggigil2 kesejukan. Serta-merta doktor pusingkan baby. Masa doktor cari kepala baby tu rasa sakit sikit, tapi masa pusing tu tak sakit pun. Sekejap je die buat, dah settle. 
Alhamdulillah berjaya memusingkan kepala bayi ke bawah.


Lepas tu buat lagi CTG lagi ( 20 minit ) untuk pastikan baby tak ada apa2 effect.
Mula-mula heartbeat baby tinggi, pastu rendah tapi masih dalam range, doktor kata baby masih terkejut. Hihi.
Masa ni Iza masih rasa berdebar2 kesan ubat lembutkan rahim tu, tapi dah kurangla, tangan pun menggeletar, tak tau la sebab kesan ubat atau sebab kelaparan. haha.

Rehat


Lepas tu doktor dan nurse suh pegi 'buka puasa' cepat2, masa ni dah pukul 10.45 pagi lebih kurang. Ya Allah lapar gila. Haha. Makan pun dekat ruang menunggu je, tak boleh keluar. Alahai, baru je nak keluar makan. Excited sebab dah berjaya pusing baby, Syukur Alhamdulillah.


Balik Rumah

1.30ptg nurse panggil dah boleh balik. Yay. Alhamdulillah. Nurse bagi tarikh 38W (next week) untuk appointment dengan O&G. Untuk tengok sebarang kemungkinan di atas. Tapikan, Iza rasala, balik tu masa solat Asar , kepala baby Alia dah kat tepi semula. huhu.....

Nanti Iza share pengalaman seterusnya ya. 

- Nanti iza share pengalaman caesar eh. Dah post out boleh baca SINI.

Contact Form

Name

Email *

Message *