Assalamualaikum
Kali ni Iza nak review sikit Big Food F&B cawangan Nong Chik, Johor Bahru.,orang lain dah selalu datang sini tapi kami first time datang sini atas hasil Google reviewer bagitau sedap3, so baby pun memanggil2 nak makan sini. (Baby jugak kena) Hihi.
Buka : 3 petang - 11.30 malam. Hari Isnin tutup.
Ni pintu masuk bahagian bawah Big Food F&B.
Ni tangga belah tepi restoran (sebelah luar).
Kami plan nak makan di tingkat atas, so kena lalu sini. Tapi kalau parking kat belakang kedai, tak perlu naik tangga ni sebab terus je nampak pintu masuk ke tingkat atas.
Masuk je hubby terus pilih meja depan kaunter ni. Ha dahsyat kan. (Senang nak panggil kot) hahhaha. Padahal banyak je seat luar dalam, aircond ke open-air ke kat atas ni.
Ni menu Big Food F& B
Kami order:
Chicken Chop
Lamb Chop
Chicken Wing
Air Bandung
Teh Ais
Muka bosan sambil tunggu makanan.
Ni area air-cond tingkat atas.
(Aina yang amek gambar ni, staff dgn cust kat belakang ni ketawa je sebab kami ni macam jakun noo asik begambo jer,hahahaha)
Habis, nak buat ape lagi kan? hahaa
Kami sampai jam 3.15 petang, rasanya separuh dari meja2 kat sini dah occupied. Termasuklah tingkat bawah. So sesiapa nak datang peak hour better call for reservation dulu la. Iza ingt pukul 3 ni tak ramai, skali......
Kami selfie selfas dulu sementara tunggu makanan.
Tunggu pun tak lama, servis laju je walaupun ramai. Thumbs up.
Cuma 1 je Iza komplen : Die salah bagi air, Teh Ais jadi Teh O Ais. haha. Tapi simple je, dieorang tukar la. Kami paham customer ramai kan. Hihi.
Ok Chicken Wing sampai dulu. Ni untuk Aina tapi semua ngap.Hihi
Ni dalam hati " bila lah lamb chop aku nak sampai, kenapa Aina dapat dulu?"
hahahaaha hawau.
Sedap sangat ke Na? hahah
- Chicken Wing -
Portion besar.
Aina share dengan Abi die pun kenyang gila kata Abi.
Mashed Potato die sedap
Overall 4.5/5 bagi Iza
Ok ni Chicken Chop Anis.
Portion besar.
Semua sedap. huu.
4.9/5 bintang
Boleh repeat lagi ni.
Beria Anis pakai sudu.
Kata Anis 'sedap!'
Tengokk, last2 pakai tangan je senang. hahahaha
Salad pun habis tau Anis makan, punyalah sedap tu, sampai salad dalam pinggan mama die pun die cokang.
Ok last skali sampai ialah Lamb Chop mama
Portion besar (tak abis pun, siap tapau bawa balik)
Serius sedap !
5/5 bintang Iza bagi
Anis mintak salad mama, "mama, nak mintak salad tu sikit boleh?"
Ni bukan muka serius, ini muka tahan lahap namanya. serius sedap weh.hahahaha
Hubby tak nak order kata die, nanti tak abis, so hubby makan share2 dengan kami itu pun tak habis ko tau?!
Semua RM66
Berbaloi la jugak bagi Iza.
Sedap dan banyakkkkk.
Ni picture selepas kejadian.
Dah la bulat, makin bulat aku ni.haahaha
(Lagipun tengah preggy 34week ni) Alasan kan..
Tak pe pantang nanti aku nak diet betul2!!
Doakan ye!
Sekian.