Thursday, October 24, 2013

Resepi Oreo Cheese Cake Bakar

Assalamualaikum.

Dek kerana suka sangat dengan makanan berasaskan cheese, maka lahirlah keinginan yang membuak-buak untuk 'menerai' Oreo Cheese Cake resepi encik Google ini. Tapi ada beberapa perubahan pada resepi yang aku sesuaikan dengan tekak aku.

Oke,


Oreo Cheese cake.
Aku bahagi 2 bahagian, jadi bake setengah jam je. Itu pun perang sudah atasnya.



Oreo Cheese cake ade dua bahagian:
1) Crust
2) Filling

Resepi Crust (Pic 1 & 2)


Butter

Oreo

1/4 buku Butter di cairkan dalam microwave
1 1/2 cawan oreo crust / biskut Oreo hancur 

>> Dua bahan di atas di gaul bersama ,
kemudian di tekan di dalam loyang 8 or 9 inci ,
then di bakar dalam oven selama 10 min pada suhu 130 Degree.

Resepi Filling (Pic 3 & 4)

Whipping Cream, Cream Cheese 

dan gula halus


500g cream Cheese Tatura.
1/2 cawan gula halus.
1 cawan whipping cream.
>> 3 bahan di atas di 'mix' sehingga gebuss, lebih kurang 3 min pada kelajuan ter'maksima'.

Kemudian masukkan :
3 biji telur saiz tak kisah. ( aku pun tak hingat aku pakai telur saiz ape)
1 sk perasa vanilla.
1/8 dri sebiji jus buah oren.
>> Mix JANGAN LAMA kerana kalau lama nanti whipping cream akan pecah dan berketul2.
Lebih kurang 30 second je.

Then masukkan:
5 - 10 keping biskut Oreo kasar2 (agak2 sebesar syiling 20sen) >> gaul ala-kadar je.
Gentel2 kan cream oreo dan masukkan jugak ke dalam  adunan, > nanti die melting masa kita potong tu tau!! nyum2!!

Siap untuk dibakar



Masukkan filling tadi kedalam loyang ,
dan bakar pada suhu 160 degree selama setengah jam, kemudian diturunkan suhunye 130 deg sehingga masak.
P/S: Sila fahami oven anda kerana waktu masak kemungkinan berbeza.

Tak sempat la eh aku nak menghias dan ambik gambo lawa-lawa. Snap je then makan. Lepas tu terus ghaib! Walaupun rupanya huduh, tapi rasanya... MasyaAllah.

SIAP !



SELAMAT MENCUBA!!! 









Sunday, September 29, 2013

Barang elektrik dan wiring murah di Kota Tinggi

Kalau sesiapa berminat untuk membeli barang barang wiring dan peralatan elektrik, bolehla try kedai ni.
Kedai ni terletak bersebelahan sungai kota tinggi.
Tips: bawa test pen masa datang ye, bukan nak test elektrik kedai dieorg, cuma nak dpt harga less. Cuma sangkutje kat baju. ;p

Saturday, September 21, 2013

Resepi sos pizza Faizah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. ;)

Its been a while since the last time I wrote something in here.

I'm talking about my passion again. Yes, aku tak habis2 fikir dan enjoy every single minutes in my life thinking and preparing food. Even rancangan tv kegemaran aku setiap hari mesti channel  727 dan 703 Astro. Tak pernah jemu walaupon rancangan tu repeated so many times!

So kali ni aku nak share resepi bidan terjun yg menjadi secara tiba2..kan...

SOS PIZZA FAIZAH:

Bahan-Bahan dan cara2 teruslah.senang kan. tak pening baca:
(ikut turutan)

3 senduk minyak - di panaskan
3 sudu besar bwang besar cincang - Masukkan sampai garing.
2 senduk Sambal lada kering yang telah di blend - Masukkan sampai wangi.
1 sudu kecil oregano, kemudian terus masukkan
sebiji tomato cincang, kemudian terus masukkan
2 sudu besar sos cili, kemudian terus masukkan
1/2 sudu kecil sos ikan, kemudian terus masukkan
garam, dan aji secukup rasa.

Aku suke rasa dan bau oregano, kalau masak sup aku suke masukkan oregano. Die macam ade perasa tersendiri gitu! So masa buat sos piza ni, aku sesaje masukkan oregano, menjadi jadi pulak.

NEXT:

So next ialah menyapukan sos keatas pizza crust @ doh piza.
Resepi doh piza Faizah aku dah share sebelum ni > Klik sini untuk cilok resepi.



-Kalah Dominos kata mak aku..kan...-

SELAMAT MENCUBA! :)

Thursday, September 12, 2013

Beli Barang Bundle Murah II - Update

Assalamualaikum dan selamat malam. 

Tanggal 8 Sept lepas saya sekeluarga meluangkan masa lagi (buat kali ke berapa entah tak ingat) ke Kampung Orang asli Rengit, Batu Pahat, Johor. En.suami memang suka tawar menawar di sini. Memang berbaloi jika kita tahu apa range harga kat market luar berbanding yang mereka jual di sini.

Tempat ni telah menjadi tempat wajib kami sekeluarga setiap lebih kurang 3 bulan sekali mesti terjah! Ade je barang best yang kami dapat, yay.

Hati2:

1) Kalau harga lebih kurang harga baru, xpayah layan. kedai sebelah nye sure dan insyaAllah lebih murah. Lagi2 sejak harga minyak naik, tulah modal dieorang. 

2)Sebelum pergi, study dulu harga barang yang kite aim di pasaran luar supaya anda xkene kencing dek orang asli tuh.


So nak cerita panjang2 journey nye saya dah published kat entry sebelum ni, jadi entry kali ni just nak update sikit apa antara barang2 yang yang kami servay dan beli pada hari tersebut.. ;)


RM 120, dapat less RM 90 selepas 5 minit proses tawar menawar.
Tak beli, servay je.


Sunday, August 18, 2013

Pengalaman, Tips dan Petua Mudah Bersalin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada readers,

Sekarang jam dah menunjukkan jam 12 tgh malam, tengok Anis tidur nyenyak, tetiba teringat masa pregnant dulu. Macam mana Anis dalam perut aku ek. 9 bulan dan keluar macam tu jer. Alhamdulillah sekarang Anis dah 1 tahun 8 bulan. Sampai sekarang masih tak percaya ! hadoi.

Masa pregnant dulu aku selalu tanya mak, tentang pengalaman mak mengandungkan dan bersalinkan aku, tapi semua mak lupa. Yelah 27 tahun lepas kot. So masa tu cik Google la menjadi rujukan pertama aku.

Nak dijadikan cerita, sekarang aku nak share sesangat kepada readers sekalian tentang pengalaman aku bersalin. Selain tu, aku pon nak record experience aku ni, manalah tau anak aku tanye esok2, aku jawab je 'tengoklah kat Blog Mama', ha ko ade? kelass kan... Alhamdulillah juga, kes bersalin aku ni ramai yang kategorikan 'senangnya-die-bersalin' gitu!



= Ni masa Anis 1 tahun =

Pengalamanku

Monday, August 5, 2013

Resepi Durian Crepe Mudah Versi Faizah

Assalamualaikum,

Tanggal 25 Ramadhan Hari ini, Sabtu, sekejap jer dah nak Syawal.
Tak terasa kelambatan masa berlalu.

Semoga kita semua beroleh manfaat sepenuhnya di akhir2 Ramadhan ini. AMEEN.

Harini mood nak buat Durian Crepe kerana balance durian masih tercegat di dalam freezer dan dek kerana aku suka makanan lemak2 masin manis neh ;
So setelah menggoogle sejak malam kelmarin, maka terhasillah gabungan resepi cik Google dengan resepi olahan diriku sendiri.

MUDAH BANGET! Katenye...



Nilah rupanya....senget benget rupe die...maklumlah ..1st time katenye...
tapi rasa die beb...fuhh! sekejap je licin ni tau!
Masa berbuka haritu, lepas makan kurma, kami semua terus makan ni, hilang teros dari pandangan.
Scary kan..ko ader?
Muahaha..
Dan yang paling aku suke, cream die xpayah guna whipping cream or cream cheese pon. mudah sangat!
_____________________________________________________

Bahan Filling Cream: 

4 biji kuning telur
2 cawan susu segar/full cream
2 sudu teh esen vanilla 
1/2 cawan gula
secubit garam
2 sudu besar butter 
Isi durian dalam 10-12 ulas saiz sederhana
2 atau 3 sudu besar tepung jagung (ikut kelikatan. dan bahan ni mestilah bahan terakhir di masukkan)



Ni lah pastry filling creamnye.

Cara2nya:

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk kecuali tepung.
Kemudian panaskan atas dapur, api kecik je tau.
Ia perlu sentiasa di kacau.
Pastu agak2 dah mula nk berwap, masukkan tepung jagung ssatu sudu dulu..then tengok kalau agak2 lembik, tambah sesudu lagi tepung jagung.
Kemudian, agak2 kelikatan yang seswai untuk dibuat inti, dah siapla maknanya tu!
Kalau macam lembik meleleh je, tambah tepung jagung lagi... 

_____________________________________________________

Bahan kulit tepung:

1 sudu teh esen vanillaa
sedikit pewarna kuning
50g tepung gandum
1 biji telur (basuh ye)
3 sudu kecik butter dicairkan
1 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar gula halus
140ml air
40ml fresh milk

Cara2nya:

Gaul je semua bahan diatas dengan whisk.


Nilah adunan tepung kulit die tu.


Tuang dalam kuali nonstick agak2 dalam sesenduk seperti diatas, dan ratakan dengan bontot (ops maaf) senduk tu.




Ha this is the tricky point,
Jangan sesekali terbalikkan 'lempeng' tu di atas kuali, sebab kita nak  die punya upside jadi lapisan luar crepe kite nanti...smooth jer, cantik kan? ahaks.
So masa angkat letak ke dalam pinggan, terus terbalikkkan macam dalam pic ni.
Kemudian, terus isi filling dan lipat kiri n kanan, tekan sikit ujung die, n lipat atas bawah..
SIAP 1...

Ha macam tu jer.
senang kan?
tapi kene peka jagn lama2 sngt atas dapur..nanti melebor ;)

Saya plan nak buat cream filling die siap2 senang kalau ade tetamu nak datang beraya nanti,
tinggal wat lempeng nye je kan ;P

Lagi 1, lempengnye jangan diletak bertindih2, nanti melekat!

SELAMAT MENCUBA!
DAN SELAMAT HARI RAYA!

Friday, August 2, 2013

Amalan Wanita Haid atau Nifas di Bulan Ramadhan

Di sini saya himpunkan beberapa Hadis Nabi Muhammad SAW dan ayat2 AlQuran berkenaan Wanita Haid atau Nifas di Bulan Ramadhan, mereka tidak perlu bersedih jika tidak dapat solat sebagaimana kaum Adam ;)

ALHAMDULILLAH. SESUNGGUHNYA ALLAH TAALA MAHA ADIL.



Dari 'Aisyah radliallahu 'anha bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah menemuinya ketika berada di Sarif sebelum masuk ke Makkah, beliau mendapatinya sedang menangis karena datang bulan, lalu beliau bertanya: "Kenapa, apakah kamu sedang haidh?" 'Aisyah menjawab; "Ya." Beliau bersabda: "Sesungguhnya hal ini telah di tetapkan Allah atas wanita-wanita anak Adam, lakukanlah apa yang biasa di kerjakan dalam berhaji, namun kamu jangan thawaf di Ka'bah." (H.R. Bukhari)

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi Para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu. (An-Nisa'; 32)

Dari Ibnu Umar, Rasulullah Shallalahu 'Alaihi Wasallam bersabda; Barangsiapa kebaikannya yang ia lakukan membuatnya bahagia, dan keburukannya membuatnya susah, maka dia adalah seorang mukmin."(H.R. At-Tirmidzi)


Dari Abu Sa'id Al Khudri ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada hari raya 'Iedul Adlha atau Fitri keluar menuju tempat shalat, beliau melewati para wanita seraya bersabda: "Wahai para wanita! Hendaklah kalian bersedekahlah, sebab diperlihatkan kepadaku bahwa kalian adalah yang paling banyak menghuni neraka." Kami bertanya, "Apa sebabnya wahai Rasulullah?" beliau menjawab: "Kalian banyak melaknat dan banyak kufur terhadap suami. Dan aku tidak pernah melihat makhluk yang kurang akal dan agamanya yang bisa mengalahkan lelaki yang kuat tekadnya selain kalian." Kami bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, apa tanda dari kurangnya akal dan lemahnya agama?" Beliau menjawab: "Bukankah persaksian seorang wanita setengah dari persaksian laki-laki?" Kami jawab, "Benar." Beliau berkata lagi: "Itulah kekurangan akalnya. Dan bukankah seorang wanita bila dia sedang haid dia tidak shalat dan puasa?" Kami jawab, "Benar." Beliau berkata: "Itulah kekurangan agamanya." (H.R.Bukhari)

Dari Jabir bin Abdullah ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari embermu ke dalam bejana milik saudaramu." (H.R.At-Tirmidzi)

Dari Zaid bin Khalid Al Juhani berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang memberi makan orang yang berbuka, dia mendapatkan seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikitpun" (H.R. At-Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Umar dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bahwa beliau bersabda: "Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar. Karena, aku melihat kaum wanitalah yang paling banyak menjadi penghuni Neraka." (H.R. Muslim)

Dari Abu Hurairah menuturkan; Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Ada dua kalimat yang ringan di lisan, berat di timbangan, dan disukai Arrahman, Subhanallah wabihamdihi dan Subhaanallahul 'azhiim." (H.R. Bukhari)

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Rabb Tabaaraka wa Ta'ala kita turun di setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan berfirman: "Siapa yang berdo'a kepadaKu pasti Aku kabulkan dan siapa yang meminta kepadaKu pasti Aku penuhi dan siapa yang memohon ampun kepadaKu pasti Aku ampuni". (H.R.Bukhari)

Dari Jabir bin 'Abdullah, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berdo'a setelah mendengar adzan: ALLAHUMMA RABBA HAADZIHID DA'WATIT TAMMAH WASHSHALAATIL QAA'IMAH. AATI MUHAMMADANIL WASIILATA WALFADLIILAH WAB'ATSHU MAQAAMAM MAHMUUDANIL LADZII WA'ADTAH (Ya Allah. Rabb Pemilik seruan yang sempurna ini, dan Pemilik shalat yang akan didirikan ini, berikanlah wasilah (perantara) dan keutamaan kepada Muhammad. Bangkitkanlah ia pada kedudukan yang terpuji sebagaimana Engkau telah jannjikan) '. Maka ia berhak mendapatkan syafa'atku pada hari kiamat." (H.R. Bukhari)

Dari ''Aisyah bahwa dia berkata; "Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku ketepatan mendapatkan malam lailatul Qodar, apa yang harus aku ucapkan?", beliau menjawab: "Ucapkanlah; ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pema'af mencintai kema'afan, maka ma'afkanlah daku." (H.R. Ibnu Majah).

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MEMANFAATKAN SEBAIK2NYA RAMADHAN KALI INI.
AMEEN.

Contact Form

Name

Email *

Message *