Alhamdulillah akhirnya tercapai juga salah satu impian sis nak dapatkan iPhone latest, selepas ada simpanan bernilai 8 bulan gaji (suami). Mungkin bagi sesetengah orang RM 5000 tu kecil je, ala barang 5000 pun nak listkan dalam impian ke , bagi sis,RM5000 tu besar untuk sesebuah smartphone. Kalau gelang emas, gigih lagi.
.
Tak sangka walaupun sis bekerja sendiri aka surirumah, tanpa makan gaji dengan orang, memang tak terbayang masa berhenti kerja dulu. Pesan guru sis, 'jangan buat kerja Tuhan, iaitu memberi rezeki.' Jangan risau kalau niaga, bulan depan nak makan apa kalau tak makan gaji?', yang penting kita usaha, doa, tawakal dan lagi satu, jujur. Allah Maha pemberi rezeki.
.
Tak ada niat pun nak riak atau menunjuk cuma semoga terinspirasilah dengan story tak seberapa ni. Story orang jakun. Tak pernah dapat iphone baru, melainkan beli iphone bekas orang ,5 /6 tahun dah umurnya.
Terlalu happy bila kita dapat capai impian yang kita dah senaraikan satu persatu.
.
So masih banyak lagi impian yang belum tercapai sis doakan juga impian korang semua tercapai satu persatu kelak.
.
Amin ya Rab. ,
.