Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara segar sambil menulis dan share untuk tatapan semua. Kami semua bercuti di Melaka pada cuti sekolah yang lalu (26 Ogos-28 Ogos). Plan awal gila iaitu bulan April lagi sebab nak berkumpul ramai-ramai. Bukan senang nak deal semua 7 keluarga tau! Hihi macam marah pulak. tak marah tak marah. ok teruskan.
Jadual program percutian di Melaka yang bditulis sebelum bercuti lagik.
Yang bulat-bulat tu total harga tiket. Tapi actual tak sama pun, ada yang kurang lagi. Contoh The Shore Sky Tower actual RM93 jer. Untuk 3 Dewasa, 1 kanak-kanak above 3y. Below 3y free.
Actually ni tentative program, sudahnya dah ke laut jugaklah sikit.kahkah. Maklumlah ramai, lepastu beg baju abah pulak tertinggal, memang karam di lautan rindu lah jawabnya.
Day 1
(River Cruise, Klebang Original Coconut Shake, Muzium Kapal Selam)
Bertolak je dah 7.30 pagi walaupun dalam jadual yang ditulis oleh jari jemari Iza sendiri ni jam 7 pagi. kahkah. Tu jari aku tu, kalau jari orang lain? lagila ke bulan gamaknya.
Ok, sampai kat River Cruise tepat jam 10 pagi. Best tak ramai orang dan redup je mendung macam nak hujan. 1 Bot boleh muatdalam 20 orang, tapi kami tak penuh pun sebab tak ada orang pagi-pagi ni. Orang kata malam ramai sampai beratur, sebab tu kami plan pagi. Macam bagus je.
Short clip dalam bot.
40 minit dalam bot ni sambil dengar radio tentang sejarah Melaka.