Tuesday, November 8, 2016

Cara Mendapatkan Sijil Faraid

Assalammualaikum wbt.

Kali ni aku terpanggil nak share serba sedikit cara-cara untuk mendapatkan sijil Faraid dari Mahkamah Syariah. Dalam kes ni, arwah mak aku meninggalkan harta berbentuk wang ringgit dalam Bank Islam, di mana jumlahnya melebihi RM5000. Pihak Bank Islam tidak membenarkan kami mengeluarkan wang tersebut tanpa SURAT KUASA dari Amanah Raya. 

Permohonan SURAT KUASA dari Amanah Raya, memerlukan SIJIL FARAID yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah sebagai syarat utama mereka. Tentang permohonan Surat Kuasa tersebut InsyaAllah akan ku bincangkan dalam topik yang lain.

Pertama sekali, apa itu Sijil Faraid?

Sijil Faraid adalah dokumen perakuan ahli waris yang beragama Islam bagi menyatakan kesahihan ahli-ahli waris yang berhak dan kadar bahagian yang diperoleh mereka. 

Maka, aku dan abah pun pergilah ke Mahkamah Syariah Kota Tinggi untuk mendapatkan Sijil Faraid. Rupanya kami perlu menyediakan beberapa dokumen dan mengisi borang terlebih dahulu.

Antara dokumen yang diperlukan dalam permohonan Sijil Faraid ialah:

1- 2 Salinan IC waris-waris yang disahkan.
2- Surat Beranak waris-waris dan si mati.
3- 2 Salinan surat beranak waris-waris dan si mati yang di sahkan.
4- 2 salinan surat mati ayah dan ibu si mati yang disahkan. *Jika sudah meninggal.
5- Surat Mati.
6- 2 Salinan Surat mati yang disahkan.
7- IC pemohon, (Dalam kes aku, IC abah)
8- 2 Salinan statement/pernyataan jumlah wang bank Islam yang disahkan. 
9- 2 Salinan surat nikah mak dan abah yang disahkan. *Ini bergantung kepada pertalian pemohon dan si mati. (Dalam kes ni, abah yang mohon duit mak, so...Paham tak?)
9- 2 Borang dari Mahkamah Syariah yang lengkap diisi. *Borang ni dapat 1 set je. satu lagi sila potostat siap-siap.

Itu sahaja.
Dalam kes aku ni, item ke-4 memang tak ada. Dah puas cari merata memang tak ada dan tak jumpa. Puas tanya dekat pakcik-makcik aku pun tak tau jugak. So Mahkamah Syariah suruh kami pergi buat satu surat sumpah yang menyatakan bahawa ibu dan ayah si mati dah tak ada. 

Maka kami pun pergilah ke pejabat Guaman Surat Sumpah kat bangunan Mara Kota Tinggi. Mereka hanya mintak surat beranak si mati dan IC pemohon sahaja. Tapi kene bagitahu mereka bilakah ibu dan ayah si mati itu meninggal. Dalam kes ni memang kami ingat tahun sahaja, bulan dan hari memang tak ingatlah. Nenek meninggal tahun 1988,dan atok meninggal tahun 1998. Itu pun dah memadai. Sebab fakta ini pun mereka nak masukkan dalam surat tu. Tunggu dalam 20 minit, siap semua. Bayaran RM15. Sila bawa duit siap-siap ya.

Bila rasa dah siap semua dokumen, bolehlah serahkan kepada kaunter Mahkamah Syariah tu. Kena sediakan duit RM23 tak silap aku sebagai bayaran. Alhamdulillah, sekali serahan sahaja, semua lengkap. 14 hari selepas tu kami diminta datang semula untuk BICARA.

BICARA 

(*Ha masa nak bicara ni, jangan lupa dokumen-dokumen asli, SEMUA kena bawa kecuali IC waris-waris *kalau tak ada pun tak pe. )

Kami sampai dalam jam 8.45am. Dah ada dalam 6 atau 7 orang kat Mahkamah Syariah. Kami semua diminta masuk ke dalam 'court'. Oleh kerana kanak-kanak tak dibenarkan masuk, maka aku pun tunggu kat luar menjaga Anis dan Aina. Sorang nak eyak, sorang nak kencing, aduhhhaii. Abah sorang-sorang kat dalam. Kesian abah :-(

Bila nama dipanggil, abah pun masuk ke dalam sebuah bilik di mana Hakim dan pembantunya sahaja yang ada. Abah disoal serba-sedikit ala-ala 'berborak' santai dengan Tuan Hakim tersebut. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah. 

Dalam jam 11 tghari juga kami siap semua. Kami diminta datang semula 6 hari kemudian untuk mendapatkan SIJIL FARAID. Sebelum itu, bayaran yang perlu kami bayar ialah RM27. (*semua bayaran disertakan resit rasmi, resit rasmi macam Sijil SPM tau x?? Kelasss)
So kos keseluruhan yang dibayar pada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan SIJIL FARAID lebih kurang RM50.

Mudah sahaja kan. Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, silalah share. 

Wassalam.

Contact Form

Name

Email *

Message *