Sunday, July 14, 2013

Resepi Doh Piza Mudah.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur sekaligus dapat merasai semula Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.. Ameen.

Harini sudah masuk 4 Ramadhan. Semakin  hari semakin letih dan lesu bila menjelang waktu berbuka. (ia ke?, ke aku sorg je begitu?)

Nak di pendekkan cerita, En. Suami request mini piza untuk side dish berbuka puasa tadi.



-Resepi ni tak masuk karipap yang sebiji tu ye. sekian-
Resepi saya ni asal dapat 10 keping, masa pic ni di'snap', dah tinggal 2 keping.

OK.
Ni resepinya. (Sangat mudah, ok!)

Monday, July 8, 2013

Kenali Potensi Wang Anda dalam Garaj Wang bersama Abang Abu

Pada Bulan Ogos ini satu program Pengurusan Wang akan diadakan di JB. Tempat akan diberitahu kemudian. Speakernya bukan calang2; Abang AbuAyubul Ansari. Beliau ni best ! Very funny and nice. Abang Abu is head of the Young Entrepreneurs Club and vice-president of the Young Entrepreneurs Network of the Singapore Malay Chamber of Commerce and Industry.

Memang rugi sape yang tak kenal Abang Abu ni! Dia suka orang tanya die, kalau xtanya, die sedih. Korang penah jumpa tak speaker macam ni??





Dalam sesi Garaj wang ini :

Masa : 9am - 3pm

1) mengenali Aliran wang
2) memahami keadaan Kewangan anda
3) membetulkan keadaan dengan teknik MEKANIK $
4) Kenali asset dan liability
5) cara mendapatkan pendapatan pasif yang betul
6) mengetahui Report book wang anda.

Serta Bermain permainan cashflow Robert Kiyosaki (terbaik)
4-9 sesi coaching untuk peserta AWP
Cara cara menjana wang dengan enjin wang yang diajar.
Apa stock ? Apa Hartanah ? Apa internet? Dan cara membina kekayaan dengan semua ini .

Pengenalan track 1-  MEKANIK $ coaching 3 bulan . Bimbingan Bersama team .
Pengenalan track 2 - Menjadi trainer / certified cashflow coach

Tiket boleh dapat pada saya: 
Whatsapp/PM/Call 019-6996162, 019-6556162.

(tinggal 5keping je ni)

Sunday, July 7, 2013

Makan Besar sebelum Ramadhan 2013-Singgah Selalu, Danga Bay.

Sabtu lepas kami lunch di Singgah Selalu, Danga Bay, JB.
Ini merupakan kali pertama untuk saya dan ibu bapa saya, dan kali kedua buat suami.


Suasana di sana ;)

Yang paling best di sini makanan yang disediakan adalah makanan yang biasanya ada dijual pada waktu malam, dan servis pun cepat je even ramai orang. xsampai 15min pun. 

Ada 2 ruang, sape2 nak makan sambil tengok kereta lalu lalang, bolehla duduk di kawasan luar, dan bagi sape2 yang nak merasakan aircond Singgah Selalu tu sama ke idak dengan aircond kat rumah, bolehla duduk dalam. Kami pilih duduk di dalam and plus dapat tengok chef dieorang sediakan makanan kami ;)

Monday, July 1, 2013

Belajar Main Saham.

Semalam menjadi titik permulaan kepada pengenalan kepala hotak saya kepada SAHAM. Dulu memang xtahu langsung apa itu saham. Dulu bila dengar je perkataan saham, bayangan orang tua pakai 'coat' naik limosin seat belah belakang berlegar2 dalam kepala aku...Orang2 kaya dan ada bisness sendiri je yang main saham...Tapi aku xpernah terpikir, kenapa die tahu saham, sedangkan aku xtahu? 

Syukur sangat aku tahu serba sedikit mngenai saham ni. Ramai yang cakap pada saya, 'Untungnye korang (saya dan suami), muda2 dah involve investment2 ni...muda2 dah terjebak dengan kelompok org2 positif..' .Alhamdulillah...Semua Allah yang tentukan.....

So nak dipendekkan cerita, saya dan suami akan belajar mengenal saham tak lama lagi ;) sekian. 
## MOOD : VERY EXCITED. ##

Thursday, June 27, 2013

Beli Barang Bundle Murah di Kampung Orang Asli, Rengit, Batu Pahat, Johor.

Pada hari Ahad lepas saya dan suami telah 'shopping' di tempat Barang Bundle Murah di Kampung Orang Asli, Rengit, Batu Pahat, Johor. Walaupon haze sekarang ni, tapi kami pergi jugak tawakkal je semoga xde ape yang x diingini yang terjadi. Alhamdulillah...segalanya selamat ;)

Kami gerak dari rumah dalam pukul 12tengahari dan sampai betul2 tengah azan Zohor. So sembahyang dulu di masjid rengit betul2 sebelah Petronas Rengit. Dalam 1 jam setengah jugala dari tol kulai dan turun tol Simpang Renggam-Pontian. Harga tiket tol RM.4.60 one-way.




Laluan ke Rengit. 

Sampai di sana terus masuk sampai kedai paling dalam. Parking banyak kosong lagi sebab awal petang dlm jam 2pm...so senang jer nk parking...kalau dah pukul 4pm, fuhh...siap ber'hon'2 lagi jem nye.



Saje ambil pic tiang lampu sebagai model, walaupun tajuknye ialah 'tempat parked'. Kereta kami berada di sebelah kanan gambar.



Kami ber'masking' sebelum shopping. Sekarang kan musim jerebu. Kesihatan wajib dijaga.



1st shop kami tengok2 saje dulu....cuci mata...niat nak cari apa2 sahaja barang yang berbaloi2..heheh...ade pinggan mangkuk,,karpet, blender, periuk nasi dan macam2 lagi.



Pemandangan kedai pertama.


Meja kecil ni cuma RM45 sahaja. Aku kena marah dengan sorang kawan aku ni, sebab tunjuk pic, tapi xbeli untuk die. huu.
Tikar kartun kat sebelah kiri tu NEW RM15.




Macam-macam ada. Pandai2 lah selongkar. Lagi dalam mengorek, InsyaAllah lagi murah harganya. 
Sebab yang display kat depan selalunya yang cantik dan sudah dibersihkan, so mestilah lagi mahal. Advise suami saya, korek2 kat belakang apa je yang boleh pakai.



Rambang mata dibuatnya! En.Suami berminat dengan sinki steel TEBAL giler ni. dah belek2, berat woo...8kg ade....RM50 je tau!!!!
Last x grab pun sebab servay2 samapi kedai hujung and tertarik sinki lain. ;)


Cuaca kat sini MasyaAllah, panas! Haus sangat....Haze lagi....Sangat kagum dengan En.Suami yang dukung anak kami berjalan dari 1 kedai ke satu kedai. Dan aku, wajibla melenggang.


Deretan kedai Bundle Murah barangan dari Singapore. 


Kedai ni banyak barang-barang perabot. 
Set meja and kerusi sebelah kanan tu RM2500.
Off cos la aku xbeli.


Ni ruang tengah. Ade 2 3 warung kecil jual megi goreng.
Deretan kedai tu adalah kedai baru untuk bundle2 ni. Biasanya tuan kedai orang luar, tapi yang jaga kedai ni ialah orang2 asli dekat situ jugak.
So harga die 'mahal' sikitla....
kalau karpet kartun kat kedai 1st tadi RM15, kat sini RM25...huu.


Fokus kepada meja yang di bawah TV tu: RM60..boleh less lagi katenye.
Periuk pun banyak. Aku grab 1 yang berat punya! RM25 sahaja. (tak ada dalam pic)


Ha suami saya grab sinki ni...untuk rumah 2nd yang baru kami beli. Die minat betul dengan sinki ni..tebal beb. RM50 jerrrrrr................

Friday, June 21, 2013

Macam mana Turun Berat Badan dengan Mudah tanpa meninggalkan makanan kegemaran anda?

Jawapan saya, mudah saja!!

Dengan menggunakan 'Actual Metabolism Rate' kita sebagai benchmark.

Macammana tu??

Pertama sekali anda perlu mengetahui Actual Metabolism Rate (AMR) anda. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan scan atau sebagainya (boleh guna scanner 9 bacaan Tanita) seperti pic di bawah:

Wednesday, June 19, 2013

Macam mana nak buat passport?? (Pengalaman pertama saya membuat passport di Pejabat Imigresen Johor Bahru di Setia Tropika, Kempas)

Pada Sabtu lepas saya berjaya buat passport buat pertama kalinya dalam hidup saya!!
(Ape?? 1st time?) ye...1st time ....ramai yang xpercaya..poyo.tapi itulah hakikatnya..huhu...
Saya membuat keputusan membuat passport dek kerana urusan kerja di Singapura. Jika tidak, lambat lagi la gamaknya nak tunggu aku buat passport sendiri...(yelah, orang plan vacation ke Bangkok, Hatyai bagai...saya ni cita2 kecik...plan nak vacation pon ke Kota Kinabalu sahaja....) ...okla kan...Omputih ramai jer berduyun2 ke Malaysia per...

So nak dipendekkan cerita, saya dan suami sampai di Pejabat Imigresen Johor Bahru di Setia Tropika pada jam 9.00am. (Depa je bukak on Sabtu, tu pon halfday...kalau branch lain Sabtu off.....)

So bila kami sampai je...parking jauh jugak untuk orang awam....then terus beratur kat kaunter bawah tu untuk amek no giliran. Sambil Q saya nampak die nak IC n 2keping pic size IC terpampang kt sign board tepi2 line kami berdiri tu... So dengan penuh semangat saya keluarkanlah apa yang die nak tuh...Tiba turn saya uncle kat kaunter tu cakap...

"Ni background biru (pic saya tula), kami nak background putih...pergi tingkat 6 amek pic 2 keping dan turun semula (G Floor) untuk amek no giliran..."

So kami pon berduyun2lah ke tingkat 6....Hall besar....mcm xdek orang...scary jugak tempatnye...bila jenguk ke dalam.....oh ade 2 small shop... "abg, kakak, meh amek pic...selamat dtg...." kate dieorang....

4 Keping RM10.....
So dgn tergesa2 kami amek pic n bayar RM 10....pic siap xsampai 5 min pon....Pulak yang bengang tu,, rupanya depa amek pic dengan kamera digital je kot...siap xdek flash lagik....kalau tahu.....kat rumah aku dah snap siap2.....pakkal je kan....

Then kami turun ke G Floor semula n amek no giliran....no aku ialan 0290......current no yg tercatat di situ adalah 0130.....so ade 160 orang lagi yang Q depan no aku !!! 

Uncle tu pesan " awak datang semula jam 10am sebab ramai....pergi ke Aras 3" Masa tu 9.30am.....Kire aku selut la uncle tu sebab inform suh g jenjalan dulu...nampakla keperihatinan die pada orang lain...xdela kite dok ternganga2 menunggu Q kan....cayala uncle!!!

So ape nak buat lg setgh jam?
Mestila g mamam....heheh......kenyangkan perut dulu..bwh tu ade kantin...OKla...Pukul 10 sharp kami naik Aras 3......MasyaAllah ! Ramainya umat!! Banyaknye Kaunter !!! Bunyi no giliran sambung menyambung! Sign board auto Number tu pon ade byk.....xtau dah nak tengok yang mana....Pening lalat sekejap aku dibuatnya......

Kiteorg berdiri sekejap dlm 10min tgk gelagat n nak fahamkan work flow dieorg.....Pastu dapat seat belakang yang seat tu memang confirm xboleh nak monitor No Q aku! (patutla empty je seat kat situ)...xpela...tgk no aku cam lme je lagik....so duk jelah aku.....tunggu2 punya tunggu...pinya tunggu,....akhirnya no aku dipanggil tepat jam 12.30pm! anak aku pun dah tertido dgn Abi die....pas bayar RM100 untuk 2 tahun, tunggu lagi untuk ke next kaunter untuk dapat resit n new Q no.....lepas bayar....move pulak ke next kaunter dan letakkan no giliran yg latest tu ke dalam bekas yg disediakan...

Tunggu lagi untuk dapat passport.....
So total ade 3 kaunter yg mesti dilalui...Alhamdulilllah,....settle semua tgk jam kt tgn...1.30pm....So TOTAL 4jam setengah aku dok buat passport harituh....fuh...

Contact Form

Name

Email *

Message *