Sunday, July 7, 2013

Makan Besar sebelum Ramadhan 2013-Singgah Selalu, Danga Bay.

Sabtu lepas kami lunch di Singgah Selalu, Danga Bay, JB.
Ini merupakan kali pertama untuk saya dan ibu bapa saya, dan kali kedua buat suami.


Suasana di sana ;)

Yang paling best di sini makanan yang disediakan adalah makanan yang biasanya ada dijual pada waktu malam, dan servis pun cepat je even ramai orang. xsampai 15min pun. 

Ada 2 ruang, sape2 nak makan sambil tengok kereta lalu lalang, bolehla duduk di kawasan luar, dan bagi sape2 yang nak merasakan aircond Singgah Selalu tu sama ke idak dengan aircond kat rumah, bolehla duduk dalam. Kami pilih duduk di dalam and plus dapat tengok chef dieorang sediakan makanan kami ;)


Di belakang ayah saya tu boleh nampak chef2 sedang bertugas kan ;)

 Playground area pun ada ;)



Kiteorang order 5 dish iaitu:

1)Ayam lemon
2)Tahu kicap,
3)Kerapu Steam
4)Sotong goreng tepung
5)Brokoli 

Air Pula, kami order:

1)Abah-Ice lemon
2)Mak-Cikong sejuk
3)Suami-Honey Dew
4)Saya-Carrot ice.
5)Anis-tengok je. ;P

Total semua RM128.
Include Goverment Tax.

Contact Form

Name

Email *

Message *