Sunday, July 14, 2013

Resepi Kek Cheese Salju ( Snow Cheese Cake )

Tanggal 6 Ramadhan...
En. Suami request Cheese kek katenye, so dengan terpinga2, tergesa2 serta ternganga2lah aku menggoogle resepi snow cheese cake ni..
Actually resepi yg ku apply ni dah diubah sedikit dari resepi asal.

So lepas beli barang semua, tibalah masa membuat Snow Cheese Cake...


Taraaaa......inilah Snow Cheese cake versi Faizah

BAHAN-BAHAN nya:

A
100g tepung Blue Key Superfine
60g tepung jagung Maizena
100g gula halus
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovelet
6 biji telur saiz sederhana dengan 2 biji dibuang putihnya
50g air sejuk dr peti sejuk
75g butter dicairkan

B
1 bungkus Cream Cheese Tatura milk
susu manis agak2 je nak manis buah dalam setengah tin
( Putar kedua2 bahan sehingga tak berketul untuk krim topping):

C
Cheddar cheese parut untuk last topping




CARA-CARA nya:



1-Blend semua bahan A sehingga naik dan putih gebu kecuali Butter, (dalam 15-20 minit)setelah putih, masukkan butter cair yang dah suam2 kuku tau...jgn masukkan panas2.



2-Kemudian blend lagi dalam seminit dua, dan bake 45min pada suhu 160 deg dengan loyang sederhana.


3-Selepas masak, potong kek di bahagian tengah menjadi 2 bahagian.



4-Sapukan bahan B di antara kek, dan lapiskan semula.




5-Toppingkan seluruh kek dengan baki krim tadi.

6-Parutkan Cheddar Cheese ikot nafsu. Siap!!



Selamat Mencuba.

Contact Form

Name

Email *

Message *