Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Monday, October 29, 2018

Pengalamanku Hamil Bayi Melintang, Pengalaman Pusing Baby (ECV) Transverse Lie

Assalamualaikum semua,

Iza nak share pengalaman buat ECV (pusing baby melintang) kat Hospital Kluang, Johor. Semoga dapat membantu ibu-ibu yang bakal melalui proses ECV. Semoga Dipermudahkan.




Hi saya baru jer keluar ni 


35 minggu 6 hari (18 Sept 2018)


Kepala baby belah kanan, so terus doktor BT call Hospital Kluang.
Sebab iza tanya bila boleh buat ECV. Doktor terus call Hosp Kluang untuk confirmkan date so appointment seterusnya ditetapkan pada 25 Sept 2018 (36 minggu 6 hari).

36 minggu 6 hari (25 Sept 2018)

Masa ni appoinment dengan pakar di wad O&G. Oleh sebab first time: Free. Kalau 2nd time dan seterusnya, RM5 setiap kali datang. Ok mula-mula, nombor Iza dipanggil, masuk 1 bilik ni, die cek blood pressure, berat badan dan air kencing. Lepas tu tunggu lagi. Bilik kedua barulah kita jumpa doktor pakar.

Scan

Masa ni doktor terus scan, doktor cek semua, uri cantik kata die, uri atas, air ketuban cukup, so boleh proceed ECV. Oleh sebab harini iza tak puasa dari 2 pagi malam sebelumnya, so ECV di tangguhkan kepada esok hari. Doktor terangkan risiko ECV. Antaranya:


1- Jika selepas ECV baby berjaya pusing, dan tiada apa-apa kesan sampingan pada baby dan ibu, contohnya blood pressure ibu naik ke, blood pressure baby turun ke, atau pun uri lekang ke, atau pun tiba-tiba ada contraction ke, kalau tak ada semua tu, Iza boleh balik rumah.


2- Tapi kalau selepas ECV baby berjaya pusing, tapi ada kesan kat atas tu, so kene terus emergency caesar.


3- Jika selepas ECV baby TAK berjaya pusing, terus set caesar date. 


4- Jika selepas ECV baby berjaya pusing, tapi kedudukan baby patah balik, set date untuk caesar juga.


Masa ni berdebar jangan cakapla. Dua2 anak memang normal, tak pernah terlintas kena caesar, so lepas cek , Iza dengan hubby balik rumah. Iza pun Google la pengalaman2 orang lain yang caesar, berdebar, nervous , sedih pun ada uolls.. uwaa.


Lepas tu doktor tambah lagi:


Proses ECV memerlukan kita puasa at least 6 jam so kena puasa stat 2 pagi.


Appoinment esok pada jam 8 pagi.


Masa nak buat ECV, nanti doktor akan masukkan ubat pelembut rahim, kesan sampingan ubat tu, ialah kita akan rasa berdebar2 macam lepas joging. Ok Noted doktor!

37 minggu (26 Sept 2018) ECV day


Appointment jam 8pagi. Iza dengan hubby dah sampai jam 7.50 pagi terus ke Dewan Bersalin sebab proses ECV dilakukan di sini.
Tukar baju warna pink sebab kemungkinan2 lain akan ada kan, so standby je kalau kene admit wad. Perasaan Iza masa ni bercampur baur, nervous, lega, syukur, takut, gembira, sedih, semua ada.

Mula-mula seorang doktor Cina lelaki ambil darah 1 tiub kecil.
Lepas buat CTG (cek jantung baby) dalam 50 minit.
Timbang Berat badan
Cek tekanan darah Iza
Cek jantung Iza
Scan baby : Iza kene scan dengan 3 orang doktor berbeza, mula2 doktor pelatih, lepas tu 2 orang doktor pakar. Dieorang confirmkan lagi kedudukan baby dan uri, dengan jumlah air ketuban. Sebab kalau air ketuban sikit pun tak boleh buat ECV. Masa ni scan berat baby 3.2kg-3.4kg.

Siap semua ni jam dah dekat pukul 10 pagi, Semua result ok, membenarkan proses ECV dilakukan pada hari ini juga. Perut Iza dah berkeroncong dah masa ni, lapar weh.

Pukul 10.15 pagi buat ECV

Doktor 3 orang. Sorang lelaki Malay, sorang Cina perempuan, sorang lagi indian perempuan. Yang pusingkan baby ialah doktor lelaki, Doktor Syazuan tak silap namanya. Sebelum tu Iza ada tanya doktor Syazuan, "berapa persen sebelum ni yang doktor berjaya pusing?"
Dengan konfiedennya die jawab "100%". 

Ok Iza sedikit lega, sebab Iza banyak dengar dan baca cerita ngeri2 je pengalaman ECV dieorang. Ya Allah nervous jangan cakap, kita risaukan baby, betul tak? sebab keputusan nak buat ECV pun pada tangan kita kan, bukan doktor. Doktor hanya terangkan dan suggest, dan kita yang buat keputusan.


Masa ni kepala baby belah kiri, kaki baby belah kanan. 
Doktor masukkan ubat lembutkan rahim, so mulalah kesannya Iza rasa, dada berdebar2 dan badan menggigil2 kesejukan. Serta-merta doktor pusingkan baby. Masa doktor cari kepala baby tu rasa sakit sikit, tapi masa pusing tu tak sakit pun. Sekejap je die buat, dah settle. 
Alhamdulillah berjaya memusingkan kepala bayi ke bawah.


Lepas tu buat lagi CTG lagi ( 20 minit ) untuk pastikan baby tak ada apa2 effect.
Mula-mula heartbeat baby tinggi, pastu rendah tapi masih dalam range, doktor kata baby masih terkejut. Hihi.
Masa ni Iza masih rasa berdebar2 kesan ubat lembutkan rahim tu, tapi dah kurangla, tangan pun menggeletar, tak tau la sebab kesan ubat atau sebab kelaparan. haha.

Rehat


Lepas tu doktor dan nurse suh pegi 'buka puasa' cepat2, masa ni dah pukul 10.45 pagi lebih kurang. Ya Allah lapar gila. Haha. Makan pun dekat ruang menunggu je, tak boleh keluar. Alahai, baru je nak keluar makan. Excited sebab dah berjaya pusing baby, Syukur Alhamdulillah.


Balik Rumah

1.30ptg nurse panggil dah boleh balik. Yay. Alhamdulillah. Nurse bagi tarikh 38W (next week) untuk appointment dengan O&G. Untuk tengok sebarang kemungkinan di atas. Tapikan, Iza rasala, balik tu masa solat Asar , kepala baby Alia dah kat tepi semula. huhu.....

Nanti Iza share pengalaman seterusnya ya. 

- Nanti iza share pengalaman caesar eh. Dah post out boleh baca SINI.

Tuesday, July 4, 2017

Pengalamanku Bila Angin Satu Badan (Badan Masuk Angin)

Assalam semua,

Nak dijadikan cerita, minggu lepas dalam hari Isnin (5 Jun 2017) aku rasa pusing-pusing kepala. Masa tu dah nak dekat waktu buka. Adoi kenapa pulak ni. Aku dah cuak. Nak kata mengandung, tak mengandung. Mulalah aku pikior memacam. Takut wey. Yela, jalan pun nak tumbang tau! 

Beberapa hari  sebelum tu dah lah aku asik kebas jari kaki, sengal-sengal dan lenguh kaki tangan ni. Rasa lemau jangan cakaplah. Lemau selemau-lemaunya. Pastu asik nak marah jek! Pantang anak-anak aku bertengko sikit, aku pun macam nak join. Rasa sedih je, murung, nak marah, nak melenting, nak ngamuk, semua ada. Pastu rasa malas nooo nak masak lauk buka. Asik suruh hubby beli jek. ( Nasibla dapat hubby penyabar dan memahami. muah muah. ) Ha begitu hebatnya penangan angin ni bila dia bekampung dalam badan.

Masa ni aku tak sure yang badan aku berangin, sebab aku tak sakit kepala atau perut. Dulu masa aku kena gastrik, sakit perut, so aku jadi pikir yang bukan-bukan, takut jadinya!

So aku pun tanya la kengkawan, ramai yang suggest untuk aku besenam, walhal aku selalu je jog dengan treadmill ni, (banyak jalan dari berlari sebenoo nye). Yelah, kaki dah lenguh, ko ingt nak lari lelaju? Maka, bertambah la kerisauan aku di situ....

JAMU

Pikior punya pikior, aku pun ambil keputusan untuk bertanya kepada yang arif lagi bijak sana; si encik google. Terus jumpa bahawa se-nya, angin telah berkampung dalam badan. Banyak suggestion untuk makan jamu. Jamu wajib dimakan oleh setiap wanita tak kiralah jamu apa, kata encik google. 

So aku pun baru teringat bahawa aku memang dah lamaaaaa sangat tak makan jamu since 3 tahun lepas, iaitu last selepas berpantang Aina. Aku ada try jamu Young Gold masa Aina setahun lebih, tapi seriously cakapla, hampir 3 botol kot aku telan, TAK ADA APA-APA PERUBAHAN. Yela, lepas menyusukan baby, of course la nak naikkan miss b kan. Itulah biasanya yang dialami oleh ibu-ibu yang menyusukan anak lebih dari setahun 2. Masa tu aku makan Jamu Young Gold sebab nak shaping kan balik bentuk badan dan nak naikkan miss b yang dah jatuh ni. Aku memilih Jamu Young Gold sebab banayak sangat diperkatakan dalam instagram, so aku pun tertarik (terpedaya). Aku tak sure kalau ada yang berkesan, kalau korang berkesan dengan Jamu Young Gold ni, cer komen kat bawah ni yer. Manalah tau aku salah cara makannya ke, kan. Oleh sebab tak ada kesan, aku pun rasa malas nak makan apa-apa jamu selepas tu. 

Mujurlah aku kena angin, (syukur pada Allah) kalau aku tak angin satu badan, mungkin aku tak makan jamu sampai bila-bila. Think positive in whatever, however dan whenever Allah bagi kita ujian. 

So korang mesti nak tau jamu apa yang aku makan dan apakah kesannya kan? Sambung bawah ni.


Friday, June 12, 2015

Ubat Kelemumur Paling Mujarab untuk Aku (Alhamdulillah)

Assalam,

Kali ni aku nak share tentang ubat kelemumur atau syampoo kelemumur yang mujarab untuk aku. Maybe sesetengah orang tak berkesan ye. 

Ok, sebelum aku reveal apakah dia syampoo kelemumur paling mujarab tu, aku nak cerita sikit perjalanannya sebelum aku jumpa syampoo ni.

Aku 'dihinggapi' kelemumur bermula saat aku baru je Konvo dan baru je start keje pada tahun 2009. Saiz kelemumur masa tu baru 1cm X 2 cm persegi kot. Ha amek kau. Sikit jer tapi memang sangat-sangat gatal. So bermula 2009 tu la aku dah cuba berbagai syampoo dan cara kampung untuk menghilangkan kelemumur.

Kelemumur aku ni tahap kelemumur nenek teruk juga la. Sekarang kelemumur aku dah menguasai 1/4 dari seluruh kepala aku! Tekstur nya lembap, jika dikopek akan berdarah. Serius. Lepastu pedih bila kena air, apatah lagi kena limau nipis. Dah sapu limau nipis sampai pedih2 kepala aku ni pun tak jalan jugak. Hasil 'pengesyoran' bapak aku, suh sapu minyak kapak. Pun aku dah try. Pedih bebbb. Pun tak ada kesan juga. So aku pun cuba la beberapa syampoo terkemuka.

Nak tau aku cuba produk ape yang tak menjadi tu? Haish, serba salah aku nak reveal. Tapi niat nak menolong, aku share pengalaman aku ni tanpa nak melingkupkan bisness sape2. Just share Ok.

Ok. Inilah antara syampoo rambut dari jenama terkenal yang aku dah cuba. Mula-mula kelemumur jadi kering sikit, tapi TAK ADA PENGURANGAN pun pada jumlah kelemumur aku ni. Kesimpulannya, aku beli, beli beli dan beli syampoo ni sebenar2nya adalah untuk menampung kos iklan dieorang. *Mood redha sangat*. 


Tak perlulah aku reveal namanya kan.





Sampaikan 'For Men' pun aku dah cuba beb!






Ni paling banyak aku cuba. Sebab apa? Sebab yakin katanya. Botol pertama habis, ingatkan botol kedua berkesan. Botol kedua habis, ingatkan botol ketiga berkesan. Botol ketiga habis, ingatkan botol keempat berkesan.  Sampailah botol keenam. Sama je. TAK ADA KESAN pada Kelemumur aku.




Ni semua kaler aku dah cuba, pun TAK ADA KESAN pada Kelemumur aku. Cuma kelemumur jadi kering sikit jer. Thats it.




Last sekali masa aku berbelanja barang dapur kat Mydin, ternampak la syampoo satu ni duduk jauh nunn di rak paling bawah. Aku terpikir, 'Follow Me ni dah lame benoo aku  tengok company nya wujud, sejak aku kecik lagi kot. sekarang tak ada iklan, bahkan masih ada penjualannya sampai sekarang. Means something there!'


Follow Me Anti Dandruff. 900ml baru RM12 beb. Memang berkesan!



Tiba-tiba macam keluar mentol atas kepala aku, dan aku terus grab,

"Bi, syampoo ni berkesan kot. tak ada iklan pun hidup lagi company nye kan?".

Abi pun jawab, "A'ah cubalah try" Jawapan yang sama setiap kali aku bertukar syampoo. 

So dipendekkan cerita, lepas seminggu aku guna syampoo ni, kelemumur aku hilang 95% tau. AMAZING GILER. Tak sampai 2 minggu aku pakai syampoo ni, Alhamdulillah, kepala aku BEBAS KELEMUMUR !

Alhamdulillah. Syukur sangat!. Masa tu perkara pertama aku terpikir ape tau, ha, aku nak repacking buat jenama aku. Tak pun aku nak pergi kilang Follow Me ni nak JV teros. Bisnes overminded giler kan. Poyo sangat.

So sampai sekarang aku guna syampoo ni dan tak pandang dah brand lain. Serius! Memang straight mata aku melilau cari syampoo ni jer kalau pegi shopping. Kalau ada promosi harga runtuh, Hubby suh beli 3 terus. hahahahaa. Nampak tak keseriusanku di situ.

Moral of the story, 

1-Iklan memberi pengaruh besar terhadap jenama.
2-Yang murah tak semestinya tak bagus, dan yang mahal tak semestinya bagus.
3-Dah cuba baru tau, belum cuba belum tau. No judgement ahead.

Diharap perkongsian aku ni dapat membantu korang di sana. Dan mungkin juga kesan setiap individu tak sama ya. InsyaAllah. Jika Allah izinkan, mungkin tak pakai syampoo pun boleh pulih juga kelemumur tu kan. Terima Kasih kerana sudi membaca. Follow Me!

Tuesday, December 30, 2014

Pengalaman sebagai penderma peripheral Blood Stem Cell (PBSC Collection)

Assalamualaikum.
Setelah melalui beberapa saringan blood test, akhirnya darah aku paling match (bkn 100%) dengan darah abang sulungku yg menghidap kanser darah.
PROSES

So dipendekkan cerita, aku di enjet 3hri berturut2 untuk 'menyemai' stemcell booster dan hari ke4 dan ke5 stemcell aku di'tuai'.

26 dec 14 aku injected GC 900
27 dec 14 aku injected GC 900
28 dec 14 aku injected GC 900 dan terus admit warded Hospt Ampang.
29 dec 14 aku injected GC 300. Lepastu doc buat 'line' kat peha aku.


Line tu pasang mcm tiub utk darah keluar n masuk semasa proses apheresis nanti. peha aku dibius n dipotong skitla. Like small operation. oleh kerana aku bru 5 bulan bersalin, so small operation ni kacang agtla sakitnye. *berlagak*. :-)

so basically tula pengalaman aku. Bagi sesiapa yg takut2, good. sebab anda tak bileh renyah2 masa warderd tu. takut tetanggal plak tiub tu nnti. nak solat pun aku baring je atas katil. alone. tak de sesiapa neman pun kat hospital. boleh move pegi toilet tp jgn kerap sgt bgun. pastikan pergi toilet pee n tros ambil wuduk. so xdela 4 or 5x asik g toilet je kan..
Nurses are very friendly. Jgn risau. cume kalau ade pening2 or pusing2 kepala just relaks n baring n bgtau nurse. jgn byk gerak. minum byk air. tp aku minum tahan2 je.ehe. sbb collection tu 5jam beb! cane nk kencing kan? die bg aku pakai pampers tp aku berjaya utk tidak kencing.

Lg 1. ward 7D tu memang sejuk giler hokay! 18○C! ade sebab2 tertentu la knp dieorg set that temp. ok. Gud Luck bg sesiapa yg nk donate. Bykkn zikir dan doa. InsyaAllah Allah mudahkan. ameen.

PBS Collecting. Kebas tangan.

Tuesday, July 22, 2014

Jaundis (Demam kuning)

23 julai14.
Alhamdulillah.

Hari ini genap 17 hari kelahiran puteri kedua ku Aina Sakinah. Bacaan kuning dia pon dah selamat iaitu 7.9. Yay. Dah tak payah ulang alik cek kuning lagi. Yayay
Rentetan cerita kuning Aina:

Hari ke3 kelahiran : 14.5

Tinggi kan kuning anak aku. Aku bukan darah O. Dan sewaktu mengandung aku tak ada masalah apa2. Seriau bile nurse ckp maybe kene bw ke hospital. Dah ler badan sakit2. Berjalan pon kengkang2 lagi aku ni. Sakit breast lain. Allahuakbar. Betapa Allah je tahu sedihnya hati aku ni.

Tapi doktor bagi peluang. Tak perlu pergi hospital. Cuma esoknya datang cek lagi.
Balik rumah, aku bagi air limau dgn anggur hitam dalam 2 or 3 sudu.

Hari ke5 kelahiran : 14.8
Ya Allah.
Makin naik.


Doc suruh pergi hospital. Walaupun bukan 16. (sebab 16 baru tahan wad dan baby akn dirawat di bawah fototerapi)
Doc dah suruh g, tak kan nak melawan pulak ye tak.


So sampai hospital kota tinggi, cek 13 sahaja dan doc suruh balik. Alhamdulillah.
Sampai rumah aku pon mengoogle dgn bersungguh2. Jumpa 1 info ni. Perah anggur hitam 6 biji pagi n 6 biji petang bagi kat baby. Sebelum ni aku bagi 2 sudu x cukup rupanya.huhu. So aku perah n masukkan dlm botol. Alhamdulillah.  Aina berry banyak. Kucil pon banyak.

Hari ke7 kelahiran : 11.9

Turun banyak kan? Alhamdulillah.
Masalahnya anggur pon dah habis. Mama Aina pon sibuk nk telan masa memerah anggur itu ;)


Jadi aku try bg susu formula juga diselang selikan dengan susu badan. Ni petua nurse kk tmpt aku yg suggest. Bisik2 die bgtau suh bg susu formula untuk cpt trun kuning. Sbb kata die, susu badan baby kurang berry,  Kalau susu formula baby akan banyak berry.
# berry= berak....

Hari ke10 kelahiran : 10.0
Still kene dtg klinik lg sbb nurse ckp nk trun smpi bawah 10 kata die. Aduhai.
Aku dah confident sgt yang Aina akan trun kuningnya pasni. So susu formula ke, anggur ke, semua bantai tak bagi. Wakaka. Hanya susu badan.


Hari ke13 kelahiran : 10.0
Still x turun. Aku budget 9.0 ke. Rupa2nya sama je 10.0. Jadi terpaksala aku selang selikan dengan susu formula juga. Anggut hijau pon aku bg juga.

Kawan laki aku suh bagi ubat 4life. So aku campur dalam susu formula. Sebiji pagi and sebiji petang. Pil tu dalam bentuk kapsul. So bile bukak die actually serbuk. So senang nk bncuh dlm susu. Aku dh lupa pil nama apa ya.huhu. Berry n kucil Aina mak oi busuk, bau ubat tu. Tapi tula kuning die kluar habis agaknya.


Hari ke17 kelahiran : 7.9
Yezsa!
Nurse pon ucapkan tahniah wat aku laki bini.
Amboi. Nmpak sgt muke ni je yg selalu cek kuning ye.


Tapi xpe.
Aku yakin semua ada hikmah oleh Nya.
Sekarang boleh la aku start makan jamu.

Semoga apa yang aku share ni dapat membantu serba sikit untuk momies diluar sana yang risau mcmna nk turunkan kuning baby.
Selamat mencuba.

Thursday, July 10, 2014

I am now on Maternity Leave :)

Alhamdulillah.

Dengan segala kekuasaanNya, aku telah pun selamat melahirkan seorang baby gurl seberat 3.75kg pada 5 julai 2014 secara normal. 1 hri sebelum estimated due date.

Tapi pengalaman selepas bersalin kali ini amat menyakitkan. Sehingga hari ke lima harini, masih sakit2 pinggang, punggung dan kaki. Hanya Allah yg tahu.
Mungkin kerana baby besar, dan mungkin juga ditambah dgn induce untuk pengalaman bersalin kali ni.

Selepas pecah ketuban pada jam 3pagi, aku disahkan bahawa baby telah berak dalam perut. Masa tu baru 4cm. Oleh krana nk mempercepatkan brsalin takut bby makan tahi, so aku dengan paksa relanya diinduced. MasyaAllah. Sakit bukan kepalang. 7cm pon mcm 10cm without induced.

So aku decide nk push jgak. Mmg kene sound dgn nurse. Tp nk wat apa beb. Sakit giler.
Sakit giler
Sakit giler


At last lepas push dekat 15 -20x rasanya then lahirkan anak kedua ku ini. Alhamdulillah.
Tidak ku sangka sakit bkn smpi di sini saja.


Rupanya tgh pantang ni pon MasyaAllah sakitnyeeeee...
Nak pakai stokin pon hubby yg pakaikan. Mndikan bby mmg xdela.
Dulu anak slung, aku mndikan sdri blik dri hospital..

Anak sulung 3kg shja. Normal without induce.baby gurl juga. Mungkinkah ada ibu2 diluar sana yg mmmpunyai pengalaman sama mcm aku ni? Bila ya nk baik? Huuuuuwaaa..
Aku berdoa semoga kesakitan ini pulih dgn segera. Amiin..ya rabbal alamin.

Yay

Friday, June 27, 2014

Mengandung 38 minggu

Alhamdulillah.
Kini genap usia kandunganku 38 minggu.

Tanda- tanda kelahiran sebenar masih belum kelihatan. Masa Anis dulu aku pecah ketuban then dalam 2 jam selepas tu aku selamat melahirkan Anis Safiyya. Senang juga kata orang. Senang ke? Allahuakbar Tuhan saja yang tahu macam mana sakitnye pinggang ku. Betulla mak kata pinggang macam nak putus! Walaupon aku xpenah la pulak rase macam mana pinggang putus tu.

Sekarang ni, tidur memang tak lena.

Pinggang akan sakit bile nk pusing2. Mengiring ke kiri salah, ke kanan salah, menelentang lagi la salah. Semput den rasanya. Agaknya macam ni la rasanya mak kita mengandungkan kita ye. Lepastu tiap malam wajib bangun ke bilik air. Nak bangun pon ya Allah, amek masa juge aku nk pikir gaya nk bangun. Nak kejut abi, kesian plak tgk die mengorok. Dah le tugas bangun buatkn susu dan tukar diaper Anis pon abi jugak, xpela, cian abi (muah2) terpaksala aku bangun pelan2, aku anggap latihan untuk mudah bersalin kelak :)


Lepas tu, sekarang ni kalau bangun jebukan boleh terus berjalan. Terasa ngilu dekat ari2, peha pun kadang2 sengal2 juga. Yela, 36 week ritu lagi doc cakap kepala baby dh dekat bawah. Checkup 37week pon nurse bgtau macam dah turun. Harap2 mudah la segalanya kan.

Tapi yang bestnye, makan mcmne byk pun, berat maintain je bila dah hujung2 pregnant ni. Horay. Hehe. Start 35week lagi maintain naik sikit, turun skit...naik skit..turun skit.Boleh la makan puas2 seblm berpabtang ye tak? Dah le aku pantang dalam bln puasa. Kang terliuq tgk abi dgn anis makan buka sedap2. Huwaa..

Stretchmark di perut pun dah semakin membiak dengan jayanya. Dulu masa anis byk dekat ari2 bahagian bawah, namun pregnan kali ni, start last week stretchmark ku semakin melebar di bahagian atas.  hu... Kamu besar ke sayang? Mama x kisah asal kamu dan mama selamat dan sihat sempurna.

Allahuakbar. Kuasa tuhan kan.. Kadang2 pelik memikirkan ada sekujur manusia yang chumel dalam baby bump mama ni. Excited sangat.
Dan kamu sangat selesa ye nak tunggu 40week baru nak keluar melihat dunia macam kakak Anis :)

Sunday, August 18, 2013

Pengalaman, Tips dan Petua Mudah Bersalin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada readers,

Sekarang jam dah menunjukkan jam 12 tgh malam, tengok Anis tidur nyenyak, tetiba teringat masa pregnant dulu. Macam mana Anis dalam perut aku ek. 9 bulan dan keluar macam tu jer. Alhamdulillah sekarang Anis dah 1 tahun 8 bulan. Sampai sekarang masih tak percaya ! hadoi.

Masa pregnant dulu aku selalu tanya mak, tentang pengalaman mak mengandungkan dan bersalinkan aku, tapi semua mak lupa. Yelah 27 tahun lepas kot. So masa tu cik Google la menjadi rujukan pertama aku.

Nak dijadikan cerita, sekarang aku nak share sesangat kepada readers sekalian tentang pengalaman aku bersalin. Selain tu, aku pon nak record experience aku ni, manalah tau anak aku tanye esok2, aku jawab je 'tengoklah kat Blog Mama', ha ko ade? kelass kan... Alhamdulillah juga, kes bersalin aku ni ramai yang kategorikan 'senangnya-die-bersalin' gitu!



= Ni masa Anis 1 tahun =

Pengalamanku

Monday, June 3, 2013

Antara Nasi Ayam dgn Meatball spagetti, mana lagi tinggi kalori?

Jawapannya..mestilah nasi ayam!
Sebabnya, .......
.
.
.
Encik Google yang bgtau...hehehe...xdela...nasi ayam kan guna lemak dari ayam....plus some cooks ade tambah lagi kiub pati ayam..of course la kita makan lemak ayam...sebab tu kalori die boleh cecah 800kalori!!!
Thats why masa lunch tadi aku korbankan tekak untuk choose meatball spagetti rather than nasi ayam sebab nasi ayam memang feveret aku!!! Uwaaaaaa....

Bukan langsung xbuleh makan nasi ayam...cuma aku under loosing weight. So aku kene tegas untuk makan less than 1200kalori per day! ... Baru boleh loose some kgs.!
After dapat berat ieal...then aku bedal jela nasi ayam tuh!  siap ko!
# Meatball Spagetti hanya mengandungi 300 kalori#

Wednesday, May 29, 2013

KENAPA BERAT SAYA X TURUN2 WALAUPUN XMAKAN NASI DAN HANYA MAKAN SAYUR GORENG DAN IKAN GORENG SAHAJA UNTUK DINNER?

Pernahkah anda mengalami masalah ini sebelum ini? Ini adalah kerana metabolisme badan semakin rendah apabila semakin meningkatnya berat badan seseorang.
Hah. Macam mana tu?
Cuba kira metabolic rate badan anda yg sepatutnya dengan menggunakan formula ini:

Sunday, May 19, 2013

Tips mudah kurus secara sihat, berkesan, tidak stress, seronok, malah susah untuk berat naik semula!




Tips hari INI:

Kalau nak sihat dan kurus, just makan, tetapi buang minyak jauh2.

KENAPA?
Kerana pencernaan mestilah melibatkan air. Seperti yang diketahui secara umum bahwa lemak sukar bercampur dengan air.

JADI?
Perlu proses tambahan sebelum itu iaitu emulsifikasi lemak supaya lemak dapat dicerna dan di serap ke dalam tubuh.

KESIMPULANNYA,
Kenapa bagi kerja tambahan kepada metabolisma anda?
Tentunya ia sibuk mencerna lemak berbanding makanan lain yang juga sama2 masuk ke dalam badan kita. Jadi semakin berlipat dan berbonjollah tyre2 spare dek kerana metabolisma yang menjadi rendah.

Marilah kita diet bermula dengan TINGGALKAN LEMAK DAN MINYAK.
Selamat mencuba! ;)

Inginkan saya menjadi mentor kurus anda??
email : faizahabdrahmanhajar@gmail.com

Saturday, May 18, 2013

Perbezaan cara Mudah saya Turun Berat Badan/tanpa makan nasi/dengan makan nasi, dan juga kesan sampingannya

Sharing my true experiences:

Berdasarkan tajuk di atas, saya dapat kelaskan diet untuk program turun berat badan dengan mudah terbahagi kepada tiga bahagian: 

1) TAHAN LAPAR, hanya minum dan makan keropok ikan atau keropok2 yang sewaktu dengannya bila lapar tidak kira di mana dan bila anda berada. Diet ini sangat berkesan! Saya berjaya turun 17kg dalam 2 bulan setengah sahaja ;P


KESAN BURUK:
Diet seperti ini saya tidak galakkan kerana pengalaman saya ia menyebabkan tekanan darah saya menjadi rendah, darah menjadi semakin cair, so bila semua ni terjadi, bila bangun dari duduk atau baring, saya akan pitam seperti mahu pengsan!
Malahan, selepas 1 bulan berhenti diet, (kerana sudah mencapai berat badan ideal) berat badan saya naik semula kepada berat badan asal iaitu +15kg!!! Ya dalam masa 1 bulan sahaja!

2) MAKAN SEKALI SEHARI, hanya makan tengahari seperti biasa dengan jumlah yang banyak (kerana kelaparan!). Yelah, makan sekali sehari tanpa sarapan dan makan malam langsung! Diet seperti ini membolehkan saya turun 15kg dalam 6 bulan.

KESAN BURUK:
Diet seperti ini amat sesuai untuk mengeluarkan toksin dari badan, means kita betul2 lapar baru makan. Jadi bagi saya, toksin tersebut keluar melalui JERAWAT!  Hadis Nabi Muhammad saw ada menyebut:

“Kami adalah suatu kaum yang tidak akan makan sampai kami lapar, dan apabila kami makan maka kami berhenti sebelum kenyang”

So actually diet sebegini amat bagus untuk kesihatan dan pembuangan toksin dalam badan.

3) HERBALIFE, diet dengan Herbalife memang sangat mudah kerana Herbalife dah tentukan cara makan yang paling best untuk pembakaran lemak yang optimum ! dan mengekalkan tahap metabolisme supaya ia tidak 'mati' dan wat 'bodo' je bila kita makan. Saya mengamalkan HERBALIFE 10 week sahaja dah turun 14kg!  Hanya sarapan susu, lunch nasi, dinner susu plus air 8 liter...mudah sangat ..
HERBalife memang pakar penurunan berat badan yang paling bagus! no wonderla ia sudah bertahan selama lebih 33 tahun di dunia!!! yes!

(Boleh emel saya untuk maklumat lanjut) ;)

Contact Form

Name

Email *

Message *