Monday, June 12, 2017

6 Sebab Utama Anda Wajib Tonton Drama Goblin

Hi Assalamualaikum,

Korang mesti suka cerita korea kan? kalau tak, tak kan lah sampai sini. Aku memang sukaaa sangat cerita korea sebab, sebab general nya ialah mereka ni FOKUS dalam menghasilkan drama atau Movie atau entertainment show yang lain. Bukanlah nak kata drama malaysia tak fokus, maksud aku , dieorang menyelami tempat penonton. nampak kesungguhan tu. Bayangkan kalau 1 scene dieorang boleh reshoot sampai 100x sehingga dapat apa yang dikehendaki demi memuaskan hati penonton.





Antara banyak-banyak drama Korea yang aku dah tengok, hanya drama ni sahaja yang buat aku nak review pertama kali dalam blog aku. Drama ini dipanggil GOBLIN ; Guardian The Lonely and Great God. Kalau korang tak pernah tengok lagi cerita ni, sila cari / download atau pun watch online cerita Goblin ni. Sebab apa? Sebab nya ada 6 sebab utama yang akan aku share kat sini.


Natural Makeup Eyeshadow ll Makeup Mata yang Natural by Faizah Abd Rahman

Salam semua,

Kali ni aku nak share cara makeup mata yang Natural je. Senang je tau kalau korg ikut step ni. Tak banyak kaler pun, simple je. Aku guna Zoeva Cocoablend palette dengan Tarte TArteist palette. kalau korang tak ada palette ni pun tak apa, guna je brand lain. Kalau kata tak reti, cuba dulu, tak pun try. hihi. Klik video kat bawah ni ok! Enjoy ;-)


Saturday, June 10, 2017

Cuba Resepi Makaroni Goreng Faizah ini, Anda Pasti nak Lagi

Assalam.

Makaroni goreng ni paling disukai anak-anak aku. Nak sediakan pun senang. Dan yang paling aku suka,dia tak mudah basi dan mudah dipanaskan. Masuk je microwave 2 / 3 minit, dah panas macam baru masak. Tidak seperti mee, beehun atau koew teow, kalau masuk microwave mulalah dia kering je belah atas tu.



Ok sebenarnya aku dah ada share resepi makaroni goreng sebelum ni kat SINI. Tapi ni resepi yang berbeza sikit, tapi senang jugak, yang penting sedap! Masuk bakul angkat sendiri. 

Ok straight to the recipe.

Wednesday, June 7, 2017

Anda Wajib Cuba Restoran Ini

Assalamualaikum.

Restoran ini namanya adalah Lapan Kati. Memang wajib cuba!
Sempena anniversary perkahwinan kami yang ke-7, kami decided nak celebrate di Restoran Lapan Kati macam selalu. Tempat favourite ni. Dibuka setiap hari (11AM–3PM, 6–11PM). Restoran ni terletak di 161, Jalan Kenanga 29/4, Bandar Indahpura, Kulai. Boleh klik bawah ni untuk map:

No Tel : 07-662 2588




Aku share sebab aku suka Restoran ni. Servis dan portion dan menu dia aku bagi 5 bintang. I am a regular customer since 2010. Bukan iklan berbayar ye. Aku suka order Butter prawn dia. Recommended!

Resepi Laksa Johor mudah confirm Sedap InsyaAllah

Assalamualaikum

Di bulan puasa yang mulia ini, Faizah nak share resepi Laksa Johor yang confirm sedap InsyaAllah. Bahan Laksa Johor ni memang lebih berbanding Laksa utara, tapi portionnya sikit je.
Laksa ni favourite en Hubby, sampai angkat pinggan nak menghabiskan kuahnya ! Gaya abah pun sama, dua-dua angkat pinggan masa nak habiskan saki-baki kuah laksa dalam pinggan tu. Hihi . Seronok tengok bila apa yang kita masak, mereka makan dengan selera kan.
Rupa tak berapa, tapi rasanya, nym nyum.

Tuesday, May 30, 2017

Trip to Georgetown dan Batu Ferringhi, Penang 4D3N (Day 3 - Day 4)

Assalam,

Sambungan dari SINI....

Ok ini kisah hari ke-3 dan ke-4 di penang. Badan letih juga tapi gagahkan juga sebab banyak lagi tempat menarik nak kena pergi ni. Seawal 8 pagi kami breakfast di Transfer Road. Harga memang aku dah lupa. Tapi jangan risau, memang berpatutan. 


Sentiasa Full. Kami dengan Famili akak ipar pun duduk asing sebab grab je mana yang bangun.

Friday, May 26, 2017

Simple Engagement Makeup/Makeup Bertunang by Faizah Abd Rahman

Salam dan Hi,

Kali ni Faizah share Makeup bertunang simple je. Abaikan muka tembam I. huhuhu

Sorry untuk gambar yang tak berapa cantik sebab Faizah guna smartPhone je. Belum ada rezeki beli camera canggih ;P





Products used :
1) Zoeva CocoBlend Palette
2) Farmasi Tender Blush (01)
3) Nars (Cadiz + Siberia)
4) Maybelline Clear Smooth Two-way cake (02)
5) MAC Pro Conceal and Correct Palette (Medium Deep)
6)Urban Decay ( Naked Flushed - Streak )
6) Zoeva Blush Palette (Coral Spectrum)
7) The Balm Mary-Lou Manizer
8) Lipstick MAC (Kinda Sexy)

-----------------------------------------------------------------------------------------------
My instagram : @faizahabdrahman . https://www.instagram.com/faizahabdrahman/

Facebook page : Makeup by Faizah.

Facebook : Faizah Abd Rahman.

I promise to improve on my next video ✌️😁.

[ Song : BlackPink 'Sway' ]

Contact Form

Name

Email *

Message *