Monday, June 12, 2017

6 Sebab Utama Anda Wajib Tonton Drama Goblin

Hi Assalamualaikum,

Korang mesti suka cerita korea kan? kalau tak, tak kan lah sampai sini. Aku memang sukaaa sangat cerita korea sebab, sebab general nya ialah mereka ni FOKUS dalam menghasilkan drama atau Movie atau entertainment show yang lain. Bukanlah nak kata drama malaysia tak fokus, maksud aku , dieorang menyelami tempat penonton. nampak kesungguhan tu. Bayangkan kalau 1 scene dieorang boleh reshoot sampai 100x sehingga dapat apa yang dikehendaki demi memuaskan hati penonton.





Antara banyak-banyak drama Korea yang aku dah tengok, hanya drama ni sahaja yang buat aku nak review pertama kali dalam blog aku. Drama ini dipanggil GOBLIN ; Guardian The Lonely and Great God. Kalau korang tak pernah tengok lagi cerita ni, sila cari / download atau pun watch online cerita Goblin ni. Sebab apa? Sebab nya ada 6 sebab utama yang akan aku share kat sini.




Buckwheat Flower yang glemer. Kalau anda semua nak tau, tempat ni sekarang dah jadi salah satu tempat pelancongan tau dek kerana penangan scene ni dan drama Goblin.! Ko rase?


Sebelum tu aku nak buat intro sikit. Kisah ni berkisarkan campuran zaman 'Joseon' atau zaman dahulu kala dan juga zaman sekarang, Kim Shin ni hidup 938 tahun kerana dia telah dihukum atas kesalahannya, so dia tak boleh mati walaupun dibunuh. Ha menarik kan? Watak KimShin ini dibawa oleh Gong Yoo yang handsomest berbakatest bijakest seantero dunia.


Watak heroin di bawa oleh Kim Go eun yang comel. Dalam drama ni Kim Go Eun jadi watak Ji eun Tak iaitu seorang budak high school yang hidup nya sengsara akibat didera oleh makciknya yang hanya nak duit dia je. Ok malas nak cerita panjang-panjang tentang jalan cerita, korang kena tengokla, baru tau kan.


1) Plot Yang Sangat 'Licik'



Antara scene favourite aku. 
Ji Euntak (Kim Go Eun) said " I Love You" to Kim Shin dalam episod 2.



Gong Yoo, Kim Go Eun, dan Kim Eun Sook ketika Goblin Conference dengan media pada Nov 2016.

Drama ini ditulis dengan sangat baik oleh penulisnya iaitu Kim Eun Sook. Setiap plot tu sangat-sangat teratur sesuai dengan tahap akal penonton.  Plot dia tak terlalu lambat, atau tak terlalu cepat, sedang-sedang je sedap masinnya. haa.hahahaha hebat tak komen aku?. Ada scene geram, sedih dan terkejut. Macam-macam lagi lah! yang part terkejut tu yang paling best.


2) Visually Stunning



Scene ketika Ji Eun Tak nak tumpang duduk rumah Kim Shin. Sword tu sangat real  ok.

Kim Shin ( Gong Yoo) pada zaman Joseon. Ni gambar di mana pedang aka sword tu hilang selepas dia ditikam. Memang real! 


Kim Shin sedang marah pada Dok Hwa si penjaganya.

Ok, secara visualnya, gambar dalam drama ni memang cun habis. Amazing, mesmerizing, stunning, moisturising, peeling semualah! efek CGI (computer-generated imagery) dieorang memang mantap kalah Spiderman, Ultraman, Spiderman sekalah-kalahnya lah! macam langit dengan bumi. Dia nampak real, tak over sangat. Tak ada la nampak 'fake' sangat.  Lagi-lagi scene kapal karam, scene eksiden bas dan lori tu, dan jugak scene di mana Kim Shin selamatkan Ji Euntak sampai berpuluh kereta meletup! Real Ok!.

Ok . Inilah Scene kapal tu. Hanya berdurasi 3.2 minit. 
Tapi mereka ambil 1 minggu untuk menghasilkannya.


3)  Sangat Beremosi


Hmm macam mana aku nak elaborate ek. hmm scene dia kalau sedih, sedihhhh sangat, menitik-nitik ayaq mata walaupun ko tengok kali ke 17. Then kalau kelak

ar, ko gelak tak habis2, sampai ulang tayang kali ke 37 pun boleh gelak lagi. kalau menyampah, memang menyampah habis lah! Itulah antara sebab ko wajib tengok drama ni. Aku tengok memang tak ada scene bosan langsung! Ok, ni antara funny scene fav aku, dan banyak lagi:


Ni Scene di mana Grim Reaper telaah ditinggalkan oleh Kim Sun. So Kim Shin konon nak pulihkan hubungan dieorangla. Tapi  macam haram kan.


Yang ni scene di mana Grim Reaper dengar kata hati Kim Shin.  


Ni masa Kim Shin dan Ji Euntak pergi tengok movie 'Train to busan' which is; in real life, Gong Yoo tu sendiri yang berlakon. Maknanya, Kim Shin ( Gong Yoo ) tengok movie yang dilakonkannya sendiri. Macam haram dia jerit. 

Ni pulak salah 1 scene sedih:


Scene ni di mana Kim Sun nak pindah keluar dari tempat ni.


Scene cemas:


Scene di mana Kim Shin sedang menghadapi peperangan pada zaman Joseon.



4) Bromance


Bromance ni adalah dari perkataan brother + romance. Means chemistry di antara 2 pelakon lelaki utama. Memang menarik. Penulis dan pengarah berjaya menggabungkan keduanya iaitu Kim Shin dan Grim Reaper dengan sangat best! Tapi tak over sampai nampak gay, No No No.



Grim Reaper (Lee Dong Wook) dan Kim Shin ( Gong Yoo)


Masa ni Kim Shin baru dapat tau siapa sebenarnya Grim Reaper ni.

Macam haram.

Pada babak-babak awal, mereka bermusuhan, tapi semakin lama, mereka mencipta bonding tersendiri. Plotnya memang sangat menarik. Keduanya menjadi kawan rapat walaupun ada kisah sedih disebaliknya. Aku suka kekuatan dialognya. Dari benci, kemudian rapat dan kemudian dendam dan kemudian memaafkan. Serius susah gila nak decsribe, korang memang kena tengok sendiri chemistry antara Grim Reaper (Lee Dong Wook) dan Kim Shin ( Gong Yoo) ni.



5) Pelakon yang sangat berbakat

Gong Yoo dalam Train To Busan (2016)

Yang ni memang aku tak payah nak elaborate detail sangat. Gong Yoo memang dah lama dalam industri. Kalau korang pernah layan Train To Busan, sure memang pernah tengok muka mamat Gong Yoo ni. Antara drama yang dia bawa dengan jayanya ialah Coffee Prince (2007). Zaman aku student lagi dulu. Semua watak dia boleh bawak. Tak over sangat, dan tak slow sangat, just nice. Die menang Baeksang Award tau Goblin! iaitu kategori 'Best Actor' (Baeksang Award ni kire award tertinggi best of the bestest la dalam perfileman Korea Selatan)


Park Bo Gum dan Kim Go Eun dalam Chinatown (2015)

Kim Go Eun pula baru 5 tahun dalam industri. Yang hebatnya, dalam setiap drama or movie yang dia lakonkan, dia mesti jadi lead actor (pelakon utama). Memang berbakat Kim Go Eun ni. Selepas cerita Goblin ni meletup-letup, trend 'monolid' semakin diminati di Korea. Korean suka buat surgery untuk buat kelopak mata, semua tak nak mata sepet, bagi dieorang, monolid tak cantik, tapi Kim Go Eun ni selamba je dia tak buat surgery pun. Mata sepet pun tak kisah, yang penting lakonan ko menjadi jah! Ciptaan Allah semua hebat kan? Banyak movie die aku dah tengok antaranya Chintown / Coin Locker Girl (2015), dan Monster (2014).


Lee Dong Wook dalam drama My Girl (2005).

Yang jadi Grim Reaper (malaikat maut) ni pula Lee Dong Wook. Dia ni lagila Glamour. Handsome gila. Dah lah peramah. Nampak macam biasa borak je dengan dia kan. Banyak jugak drama dia yang hebat-hebat. Antaranya My Girl (2005), Scent of a Woman (2011), Hotel King (2014),

Yoo In Na yang memegang watak Kim Sun pula glamor dalam drama Secret Garden (2010) dan menang kategori 'Best New Artist' Baeksang Award utk drama tu. Semua pelakon ni memang selalu jadi lead actor, dan semua berlakon dalam Goblin, ko rase?

6) Happy Ending or Sad Ending?


Fulamakkk Handsomestnyeeeeeeee la ngko ni Gong Yoo, bujang lagi. Siape nak ngorat, pergi la beli tiket ke Lombok, pastu hadiahkan kat dia, dia ni suka Indonesia. Lelagi Lombok. Serius.

Sedih gila part ni.

Scene ni pun sedih, tapi gembira. Haa pening aku.


Ha yang ni penting. Aku mesti nak tau dulu happy ending ke tak kalau nak tengok drama korea ni. Kalau sad ending, sorry. babaiiii. Ni aku la kan. Tapi, cerita ni bercampur baur antara sedih dan gembira ending dia. haaa, menarik tak? Ada yang kata sad ending, dan ada yang kata happy ending. Bagi aku dua-dua ada. kira 70% happy-30% sad lah..So korang mesti tengok cerita ni. InsyaAllah tak bosan beb. Selamat menonton!!!!

No comments:

Post a Comment

hi

Contact Form

Name

Email *

Message *