Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Trip 2D1N to Air Papan Mersing, Johor

Salam Sejahtera ;)

Sebelum bercuti, aku dah survey and book dulu chalet. Kami stay di Air Papan Beach Resort. 1 bilik, (6-7 org) dgn harga RM250 (RM200 if weekdays). Bagi aku yang tak berapa nak kaya ni, kire agak mahal la. Dengan 2 katil king, makan and towel pon tak disediakan. (Plus water heater rosak.huhu) Nak compare if kita stay kat hotel sekitar PD, lagi puas hati kot. Depends poket ye kawan2 ;)


Ni pemandangan sekitar jalan dari pekan Mersing ke Air Papan. 
Seronok Anis nampak laut tu.


Kami berlima bertolak pada jam 10pagi dari Bandar Tenggara dan dan sampai di Air Papan jam 12 tengah hari. Apa lagi, perut dah berkeroncong, kita mamam dulu.



Ha nampak tak kedai makan tepi jalan seperti yang jari tu tunjuk?


Kedai ni terletak dah dekat sangat dengan Air Papan. Dalam 2km away je. Seberang bukit yang depan sana tulah Air Papan nye. Kedai ni ok la, 2.9 bintang aku bg. lauk pon banyak, cume tekak family aku ni bukan tekak lauk 'bergula'. Sambal belacan dengan asam pedas manis pulak. Adoi. 

Kami check-in jam 1.15petang. Ni la chalet nye. Ade banyak jenis, ni namanya Melati Merah.


Entrance ;)


Shower yang tak panas langsung.huhu.


Toilet.


(tak tahu kenapa aku snap pic ni, mungkin tujuan asal nak snap pic bilik, tapi takot ade yang pengsan menengoknye sbb barang2 dgn orang semua dah masuk, tak pasal2 aku kene tangkap Polis sbb menyebarkan pic2 yang mengganggu gugat kesejahteraan negara, hahaha)
* Ade 1 bilik yang ade 1 katil queen and 1 aircon.
Hall pon ade 1 katil queen + 1 aircon.

Channel tv ade 3 je; HBO, sports and Astro Ria. tapi kadang2,  HBO, TV3 and Astro Ria, tak taula mcm mana dia set up. huhu..

Setelah berehat, kami jalan2 sekitar Air Papan dan Teluk Buih. tak jauh pon Teluk Buih dari Air Papan, dalam 1 km mungkin. Kalau nak cari Teluk Buih ni senang je, on the way ke Air Papan tu, jumpa tugu 'Fishing Bay' , ha masuk je simpang tu, sampaila ke Teluk Buih. Laki aku suke ke sini, sebab Teluk Buih ni ade jeti, tempat ikan naik.




Jeti Teluk Buih. Ni masa air pasang.
Ada jugak kanak2 memancing. Terrer tau budak2 tu.

Ni la event yang ditunggu2 oleh Anis dan Abi nye, hehehe.


Swimming pool Air Papan Beach Resort.
Masa ni jam 4petang. (tak de orang)

So bile malam, apa lagi, tempat makanla yang kami cari. kat sini paling glemer Restoran Brother Joe. Restoran ni terletak dekat dengan Pekan mersing. Kalau dari round about Mersing (means dari arah kota tinggi), kene masuk kiri melepasi jambatan, (jalan ke Air Papan), then dalam beberapa meter, U-turn semula, then masuk simpang kiri sebelum jambatan tadi. Depan sikit, tengok banyak kereta parked, tule die Brother Joe.

Ni jam 8 malam. Penuh giler orang.
Dekat setengah jam juga baru dapat mamam.

Kami order Tom Yam mangkuk sederhana, ikan Siakap 3 rasa, udang goreng tepung 6 ekor dan kangkung goreng belacan. Okla, sedap jugak, lapar.....huhu....Harga pon berpatutan, servis pon ok.

Ni gambar makanan sebelum disentuh. (kecuali Udang goreng tepung)


Selepas kejadian...

Pas mamam, bayar, balik, tidur..............................................................................

Esoknye....

Pantai Air Papan.

2nd day tak banyak aktiviti. Pagi2 kami pergi jeti, ingat nak beli ikan, tapi rupanya ikan belom naik kerana air surut. Lepas tu mandi laut and mandi pool je. Pkul 12 tengahari dah check out.

Pukul 12tengahari, lepas check out, kami pergi semula ke jeti Teluk Buih, ramai jugak orang berkerumun, yang paling ramai cina2 dari Singapore pon datang beli ikan dan udang segar dengan kereta mewah!huhu

Ni je yang sempat kami beli, tu pon dah penoh tong air :

Ikan Pari (bahagian isi je) 3.6kg - RM35
Ikan Parang sekor beso - RM8
Ikan Gelama Beso 3 kg kot
Ikan Gelama kecik

Ikan segar kan. mahal sikit tak pe kata abah...

Lepas tu singgah kat kedai2 jual keropok lekor. Beli keropok lekor kecik2 sekilo RM8, keropok kilo beso2 sebatang RM1, beli belacan, ikan bilis, and keropok dah siap goreng (yang glemer kat kelantan and Terengganu tu), 3 pack RM5.
Boleh tahan mahalnye tempat ni. Ingt murah sikit sebab dekat laut, rupanya lagi mahal dari kat tempat lain. Belacan 1 pack bulat biasa RM3, ikan bilis dah kopek, 1kg RM50! Adoi....

Then kami makan tengahari kat Pekan Mersing, and terus balik Kota Tinggi.
Thats our journey. So far Okla..tapi tak ada plan nak datang lagi. hahahha..bye2..








Friday, December 27, 2013

Celebrate Birthday abah dan Anis Safiyya di Restoran Lapan Kati, Kulaijaya.

Hari ini genap Anis Safiyya berumur 2 tahun. Alhamdulillah. Tak sangka anak mama dan abi ni dah besar pjg.
29 dec pula adalah harijadi ayah tercinta. Maka kami decided celebrate sekali di Restoran 8 Kati Indahpura, kulai.
Makanan memang sedap.
Recommended.
Selalu bos aku belanja pun memang kat sini antara tempat favourite die.
Service tip top.
4 dish ni xsampai pun 10min kami tunggu. Best kan? Nak kata xde customer laen, ada je. Ramai.

Location
: berdekatan
Aeon
Kulaijaya. sederet restoran
Tea
Garden.

Kami order:
Chicken lemon saiz M
Butter prawn saiz S
Kangkong belacan saiz M
Tomyam Seafood saiz M
Air
Orange juice
Honey dew
Teh tarik
Sirap bandung
Total Rm58.
Memang berbaloi dengan harga dan service 5bintang. Mak abah happy sgt sebab sedap katanya. Kalau mak abah suke, kita mesti lg suka kn ;).
So kami decide nak terjah lgi dengan dish laen.
Selamat mencuba ;)

Sedap katanya


Thursday, December 12, 2013

Makan petang di Aimar Corner TTDI (Tmn Tun Dr Ismail), Shah Alam

Assalamulaikum.
Bagi sesiapa yang berada dlm kwsn TTDI dan masih mencari2 tempat makan sedap..  boleh try restoran ni.
Petang Ni kami makan di restoran Aimar terletak dalam kwsn TTDI. kedai ni masuk Jalan2 cari makan
TV3 2010.
Terletak di jalan Monfort. Di hadapan Sri Melewar Apartment. sederet dengan kedai makan mak yah tak silap.
Kami order char koew teow, tom yam seafood, limau ais dan teh limau suam.

macam2 ada. kalau nak set dish pun ok. nasi dan siakap masam manis ke, sup tulang ke...sotong goreng tepung ke..semua ada. servise tip top.surau pun disediakan. kawasan pun bersih.
Rasa 4.5 bintang dan service okla. 5 bintang. Hehe.
Recommended.
Selamat menjamu makan ;)

Makan Sarapan di Restoran Azira Seksyen 10 Shah Alam

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Sekali lagi dapat makan tempat best sekali sekala bercuti ni.
Kali ini kami bersarapan di Restoran Azira. Berdekatan dengan Restoran Hot Pindang.
Pukul 8 am penuh parking. Makanan jangan cakap, sangat banyak pilihan. Kuih muih, nasi goreng, mee goreng, lauk2 untuk makan sarapan, nasi lemak, Bubur, nasi impit, roti canai.
Saya order teh panas. Memang puas hati, rasa lemaknya manis pun sedang2. Sebab kadang2 kedai lain kita order teh terlalu manis tapi dekat sini rasanya memang menepati tekak Saya.
Saya ambil sikit nasi goreng,  paru goreng sambal dan koew teow goreng.
Harga ok la.
Kena dengan servis dan decoration.


Picture tak dapat disnap sebab ramai dan macam poyo je. hehe. so kalau korang nak tengok sendiri, tapi malas nak g, just imagine je ;p.
Saya tak tahu orang laen. Tapi bagi saya restoran azira Best.

selamat makan ;)

Thursday, September 12, 2013

Beli Barang Bundle Murah II - Update

Assalamualaikum dan selamat malam. 

Tanggal 8 Sept lepas saya sekeluarga meluangkan masa lagi (buat kali ke berapa entah tak ingat) ke Kampung Orang asli Rengit, Batu Pahat, Johor. En.suami memang suka tawar menawar di sini. Memang berbaloi jika kita tahu apa range harga kat market luar berbanding yang mereka jual di sini.

Tempat ni telah menjadi tempat wajib kami sekeluarga setiap lebih kurang 3 bulan sekali mesti terjah! Ade je barang best yang kami dapat, yay.

Hati2:

1) Kalau harga lebih kurang harga baru, xpayah layan. kedai sebelah nye sure dan insyaAllah lebih murah. Lagi2 sejak harga minyak naik, tulah modal dieorang. 

2)Sebelum pergi, study dulu harga barang yang kite aim di pasaran luar supaya anda xkene kencing dek orang asli tuh.


So nak cerita panjang2 journey nye saya dah published kat entry sebelum ni, jadi entry kali ni just nak update sikit apa antara barang2 yang yang kami servay dan beli pada hari tersebut.. ;)


RM 120, dapat less RM 90 selepas 5 minit proses tawar menawar.
Tak beli, servay je.


Monday, July 29, 2013

Kad Pengenalan boleh buat kad Touch N Go

Salam dan selamat Sejahtera kepada semua.
Malam ini genap malam ke21 Ramadhan. 
Siang tadi pun redup2 sejuk jer. Semoga kita semua dapat memanfaatkan malam2 terakhir Ramadhan ini.

AMEEN.



So, lagi 9 hari nak Raya,
Apakah persiapan korang? Kuih raya dah berapa balang?
Baju Raya anak2 dah beli?

Saya simple je.
Baju Raya sorang 1. Kuih pun yang rasa2nya akan di makan sahaja yang kami beli.
Ada juga yang dibuat. Tetapi atas kekangan masa, hanya 3 jenis je tahun ni kuih bernama 'Home made'.

Setiap kali Raya,
Ada 1 lagi persiapan paling penting yang orang mudah lupa dan ambil remeh-Reload kad Touch N Go.

(Persiapan ini tidak langsung berkaitan kepada keluarga yang berbisan sebelah rumah atau kampung sebelah-menyebelah)

Reload kad TNG anda sebelum Hari Raya amat penting supaya anda tidak 'stuck' dalam tol jemmed, dan ianya sangat menjimatkan masa! Saya dah topup 2 minggu awal lagi untuk pulang berhari raya di Selangor tahun ini. (BAru lega.....baju Raya xbeli aper...bleh pakai baju laen..ni kalau dah jem kt tol boleh potong Q ke?)

'Ahh, kad TNG belom beli lagi'
Sapa kata TNG kena ada kad? Sekarang Malaysia sudah upgrade. IC pun dah boleh digunakan sebagai kad TNG. Kalau tak percaya, cer anda topup TNG dengan memberikan IC dan duit anda bersama. 

Selamat mengurangkan jem kat Tol ! 

Dan Selamat Hari RAYA!!

#Mood malas kerja. huwaaaa....

Sunday, July 7, 2013

Makan Besar sebelum Ramadhan 2013-Singgah Selalu, Danga Bay.

Sabtu lepas kami lunch di Singgah Selalu, Danga Bay, JB.
Ini merupakan kali pertama untuk saya dan ibu bapa saya, dan kali kedua buat suami.


Suasana di sana ;)

Yang paling best di sini makanan yang disediakan adalah makanan yang biasanya ada dijual pada waktu malam, dan servis pun cepat je even ramai orang. xsampai 15min pun. 

Ada 2 ruang, sape2 nak makan sambil tengok kereta lalu lalang, bolehla duduk di kawasan luar, dan bagi sape2 yang nak merasakan aircond Singgah Selalu tu sama ke idak dengan aircond kat rumah, bolehla duduk dalam. Kami pilih duduk di dalam and plus dapat tengok chef dieorang sediakan makanan kami ;)

Thursday, June 27, 2013

Beli Barang Bundle Murah di Kampung Orang Asli, Rengit, Batu Pahat, Johor.

Pada hari Ahad lepas saya dan suami telah 'shopping' di tempat Barang Bundle Murah di Kampung Orang Asli, Rengit, Batu Pahat, Johor. Walaupon haze sekarang ni, tapi kami pergi jugak tawakkal je semoga xde ape yang x diingini yang terjadi. Alhamdulillah...segalanya selamat ;)

Kami gerak dari rumah dalam pukul 12tengahari dan sampai betul2 tengah azan Zohor. So sembahyang dulu di masjid rengit betul2 sebelah Petronas Rengit. Dalam 1 jam setengah jugala dari tol kulai dan turun tol Simpang Renggam-Pontian. Harga tiket tol RM.4.60 one-way.




Laluan ke Rengit. 

Sampai di sana terus masuk sampai kedai paling dalam. Parking banyak kosong lagi sebab awal petang dlm jam 2pm...so senang jer nk parking...kalau dah pukul 4pm, fuhh...siap ber'hon'2 lagi jem nye.



Saje ambil pic tiang lampu sebagai model, walaupun tajuknye ialah 'tempat parked'. Kereta kami berada di sebelah kanan gambar.



Kami ber'masking' sebelum shopping. Sekarang kan musim jerebu. Kesihatan wajib dijaga.



1st shop kami tengok2 saje dulu....cuci mata...niat nak cari apa2 sahaja barang yang berbaloi2..heheh...ade pinggan mangkuk,,karpet, blender, periuk nasi dan macam2 lagi.



Pemandangan kedai pertama.


Meja kecil ni cuma RM45 sahaja. Aku kena marah dengan sorang kawan aku ni, sebab tunjuk pic, tapi xbeli untuk die. huu.
Tikar kartun kat sebelah kiri tu NEW RM15.




Macam-macam ada. Pandai2 lah selongkar. Lagi dalam mengorek, InsyaAllah lagi murah harganya. 
Sebab yang display kat depan selalunya yang cantik dan sudah dibersihkan, so mestilah lagi mahal. Advise suami saya, korek2 kat belakang apa je yang boleh pakai.



Rambang mata dibuatnya! En.Suami berminat dengan sinki steel TEBAL giler ni. dah belek2, berat woo...8kg ade....RM50 je tau!!!!
Last x grab pun sebab servay2 samapi kedai hujung and tertarik sinki lain. ;)


Cuaca kat sini MasyaAllah, panas! Haus sangat....Haze lagi....Sangat kagum dengan En.Suami yang dukung anak kami berjalan dari 1 kedai ke satu kedai. Dan aku, wajibla melenggang.


Deretan kedai Bundle Murah barangan dari Singapore. 


Kedai ni banyak barang-barang perabot. 
Set meja and kerusi sebelah kanan tu RM2500.
Off cos la aku xbeli.


Ni ruang tengah. Ade 2 3 warung kecil jual megi goreng.
Deretan kedai tu adalah kedai baru untuk bundle2 ni. Biasanya tuan kedai orang luar, tapi yang jaga kedai ni ialah orang2 asli dekat situ jugak.
So harga die 'mahal' sikitla....
kalau karpet kartun kat kedai 1st tadi RM15, kat sini RM25...huu.


Fokus kepada meja yang di bawah TV tu: RM60..boleh less lagi katenye.
Periuk pun banyak. Aku grab 1 yang berat punya! RM25 sahaja. (tak ada dalam pic)


Ha suami saya grab sinki ni...untuk rumah 2nd yang baru kami beli. Die minat betul dengan sinki ni..tebal beb. RM50 jerrrrrr................

Contact Form

Name

Email *

Message *