Showing posts with label Tips untuk kita yang Bergelar Ibu. Show all posts
Showing posts with label Tips untuk kita yang Bergelar Ibu. Show all posts

Sunday, January 27, 2019

Alia Tak Nak Botol, so Iza buat camni

Assalamualaikum semua,





Kali ni iza nak cerita pasal baby Alia start tak nak susu botol pada usia dia masuk 2 bulan setengah. Iza dah bagi Alia susu botol pada hari ke4 kelahiran dia lagi. Balik hospital terus bagi. Mula-mula memang tak ada masalah. Lama kelamaan dia lebih suka susu badan berbanding susu botol.




Ni antara botol susu yang iza bagi Alia dalam 2 bulan selepas lahir. Putingnya jenis 'standard size slim neck'. Seronok bila Alia boleh susu botol badan(breastfeeding) dan susu botol. Dua-dua boleh sebab mama nak pergi kerja makeup orang kan senang. Nak COD Karisma Cosmetics pun tak pening kepala, Abi die boleh jaga kat rumah ke jalan-jalan ke, kan?



"Saya suka puting standard 'slim neck' ,mama"

Tapi bila  Alia start bagi 'hint' "saya lebih suka bf", mama pun kelam kabutla pikir macam mana nak buat dia suka botol?
So Iza pun hunggah lah botol kakak-kakak dia dulu, ada botol Tommee Tippee, ada botol Avent, Ada botol yang tak ada nama, ha.
Kakak Anis dulu tak nak botol langsung sebab umur dia sebulan baru nak bagi botol memang siksa la makk. Lastly Tommee Tippee yang diterimanya.
Hunggah punya hunggah, puting semua yillek, botol dah siap basuh ni, so Iza pun cecepat keluar cari puting Tommee Tippee, puting Avent Classic dan puting Pigeon Slim neck.

Semua beli tak hingat!

Lepas tu Iza try bagi Alia botol Tommee Tippee Alhamdulillah Alia hisap dengan jayanya.

Tapi
Iza tengok lepas dia dah mula suka botol susu Tommee Tippee ni kan, Iza saja la bagi Puting Pigeon Slim Neck, Alhaamdulillah Alia nakk😍
Nak tengok Alia hisap botol? Klik : DISINI
.
Bagi Iza:
*Puting Tommee Tippee lebar mcm natural breastfeeding.
*Puting Pigeon Slim Neck- hujung puting lembut dan pangkal puting keras dan tebal macam natural breastfeeding (mungkin??!😳)
.
Saja buat backup tak nak Alia bergantung 1 jenis je kan
Susah nanti
.
.
So bagi ibu-ibu yang tengah struggle nak ajar baby susu botol, boleh la try dua puting ni:
1- Tommee Tippee 
2- Pigeon Slim Neck



Tuesday, November 13, 2018

Pengalaman Berpantang Caesar C-sec Anak ke-3

Assalamualaikum semua,

Ha skrang iza dah 39 hari berpantang caesar (C-Sec). Iza bersalin 4 Oktober 2018. Ni baru ada masa nak hapdate blog ni untuk reader kesayangan. Haritu iza hapdate pengalaman pusing baby (ECV) kat SINI kan. Bolehla baca bagi sape2 yg belom baca tu, atau pun bagi sesiapa yang nak tau, boleh baca jugak, sapa yg tak nak tau, tak yah tekan . ha senang.


Pengalaman bersalin caeser boleh baca kat SINI.

Ok, skang ni Iza nak cite pengalaman berpantang caesar je tau, tak nak cite pengalaman perut kene potong. yang tu Iza hapdate kat post lain naa, ok.!>


Aku ditolak dari operation theater (OP, apekebenda OP tu? OP tu bilik bedahler. ) ke wad perempuan tu agak jauh jugak lah, singgah dulu kat luar OP tu depa pasang apa ntah yang sepit kat jari tu kan, nak monitor tekanan darah kot rasanya mcm tu la. Lama la jugak, dekat setengah jam aku sensorang kat situ, dah la sejukk gilossss, tapi dieorang ni memahami lagi baik hati, dieorang bagi heater kat aku, heater tu dalam bentuk corong, haa bayangkan jeler corong beso lengan, mengahala ke badan aku, ada 2. so dapatla mengurangi kesejukan yang amat sejuk itu.


Ha masa ni baby aku tak tau kat mana, aku tanya sorang nurse tu pun die tak sure anak aku kat mana.. ko rasa?

tapi sebab aku yakin sangat dengan keprofesionalan dieorang ni, so aku senyum jelah, tak kan nak turun katil kan? Kaki pun tak berasa lagi ni, haa jangann..

Ok, Iza dengan baby siap ditolak ke dalam wad dalam jam 6 petang. Masa tu waktu melawat, so memang aku di'lawat' dan dilihat besungguh2 lah oleh orang ramai yang bertandang dalam wad tu, lantokler kan, dah ler tak pakai tudung, pakai bath cap jer, dalam xpakai ape , luar je pakai baju operate.haha. seksi makk..My hubby dah tunggu kat wad. Ya Allah seronoknya nampak buah hati dah tunggu.haha.


Lepas nurse tu park Iza dekat wad, maka tirai pun ditutup, lepas tu nurse dua orang ni tukarkan baju aku weh, memang salute lah dieorang, lajuu bedesup je baju aku dah bertukar, siap dengan alas kain kat bontot aku pun dah bertukar baru ko.. Ajaib kan, aku pun tak pasti dieorang buat mcm mana sebab aku x begerak pun, dah dieorang yang tak bagi gerak nak wat mcm mana kan,


Separuh badan aku ni masih tak berasa, nak angkat kaki memang tak boleh, cuma lutut je dah boleh angkat tu pun sikitt je, tak mampu dek, berat nau rasanya, tapi kan, masa ni Iza rasa tempat jahit tu pedihhhh noo, kira senang ckp , rasa sakit la... haha hawau..






Hi Auntie, saya baru keluar ni ha


Ok short story, Iza dengan baby balik rumah hari ke -3, iaitu 6 Oktober 2018.


On the way balik tu, Iza mintak hubby pasang lampu emergency, n mintak die bawa kereta seslow yang die rasa patut lah. 

Sakit weh perut Iza dalam kete tu, sakit tempat operate, masa tu Iza rasa jalan tu patut di tampal buat baru je, goyang sikit mmg berasa la weh. 

Sakit sangat dalam 5 hari, menangis2 kat umah tau. Alhamdulillah adik ipar jaga masa pantang ni, so makanan pun die hantar ke katil. Jadinya Iza tak banyak gerak, melainkan ke bilik air. Bagi Iza berjalan tu ok je, tak ngeri sangat, cuma time nak bangun dari katil atau nak pusingkan badan susukan baby, perghhh sakit die semacam weh. itu pun Iza makan panadol yang hospital bagi. Nurse suruh makan kalau tak tahan sakit, katanya. So memang makanlah! Itu pun sakit lagi weh,.


Iza pantang ni tak makan pati haruan pun, nurse n doktor tak bagi katanya. Sebab ada kes jahitan melekat2 diantara satu sama lain, maksudnya melekat dengan daging yang tak sepatutnya. Apa aku cakap ni? Paham tak? haha. kata nurse dulu ada kes rahim melekat dengan pundi kencing sebab banyak sangat makan pati ikan haruan. haa ngeri weh. Iza makan ikan haruan adela dalam 2/3 ekor takat ni, sebab tu je yang hubby dapat masa mancing, haha. ha seekor abang ipar bagi. Cukupla tu kan, Alhamdulillah 15 hari pantang, luka dah kering, walaupun 3 kali ulang alik ke hospital sebab baby kuning. 


Masa tu kena pegi hospital sebab baby kuning : 

1-Hari ke 6 berpantang,
2-Hari ke 10 berpantang
3-Hari ke 11 berpantang

Ha cerita baby kuning Jaundis sampai paling tinggi 19.4 Iza hutang ceritanya kat SINI ok, haha.


Ok cerita pasal rasa sakit operate tu, dalam 5 hari sakit nak gerak tu mmg boleh jatuh air mata ni, dah la luka masa ni belum kering tau, nurse pesan jangan sampai luka terkoyak atau terbuka sikit pun, nanti bernanah, doktor suh pegi hospital cuci hidup2 ok!! wah ngeri dengo, so Iza rela bertapa je atas katil dengan baby, ngeri nak gerak. takut weh, malam nangis dengan hubby sebab takut. Kesian hubby kena layan bini die ni. Yela, tak kan nak pendam sensorang kan, nanti meroyan susah kan? Baik Iza luahkan jer, biar die sama2 pening. hihi. 


Ha dalam 2 minggu tak payahla duduk bawah, sebab nak bangun seksa weh. Duduk je atas, sebab kalau bangun duduk takut terputus benang, kalau tak putus benang, takut kulit yang tertetas, seterusnya luka ternganga, haa aduiiiii. ngeri mak...


Masa ni nurse datang umah setiap hari dari hari ke 4 hingga ke 10 berpantang. Nurse cakap luka jahitan ada basah sikit dekat hujung2 luka, waaa ngerinya. Die suruh lap setiap hari jangan bagi basah lama2, takut jangkitan kuman, dah lah luka tu kat tempat berlipat bawah perut ni, betul2 bawah, lemak perut aku ni dah la memang banyak kan, so memang tertutup jelah luka ku tu dengan lemak yang banyak ni. Nak tengok tempat luka jahitan kene 'selak' lemak ku dulu. hahaha. Kalau tak, memang tak jumpa la luka tu.haahahahahhaaha.


Ok masa ni Iza mandi macam mana tau? Iza mandi lap2 je seminggu, seminggu kau! Tapi Iza syampoo rambut setiap hari dari hari ke 4, rambut kalau tak syampoo memang tak sanggup makk, Iza tak sanggup lagi la laki aku, kang pengsan semua dalam umah ni, daki kat tangan ni memang rasa la melekit2.hahaha. Iza berurut dan tungku stat hari ke4 hingga hari ke6, urut elak bahagian perut. Segar je badan. Pilis, Param memang wajib. Elak 'darah putih' naik ke kepala kata bidan yang urut aku tu. Kak Ros nama die.


Lepas tu hari ke 7 dan 14 Iza mandi full siap mandi lulur buang segala daki yang menemaniku, pakai minyak Herbanika Nonaroguy kat perut atas pusat dan pakai bengkung modern. Sampai harini Iza pakai, sedap je perut OK. Rasa kempis je. Stat Hari ke 26 Iza dah pakai Herbanika Barut (mcm lulur utk kecikkan perut) kat bahagian perut. Kenapa Iza stat hari ke 26? Sebab masa ni baby dah tak ade jaundis. So tak ulang alik ke klinik lagi, jadi bolehla Iza pakai lulur ni, kalau tak pening nurse dengan bau lulur dan minyak. Dah kenapa budak ni bau minyak kuat benau?!



Iza mandi full sebenarnya guna wound patch tau. Lepas mandi, buka semula.

Tampal kat luka tu, wound patch ni macam yang doktor tampal kat luka operate tu. Iza beli kat Shopee RM15 / 5pcs kot. Lupa harga. Ngeri nak mandi togel, tapi nurse kata boleh , masalahnya Iza yang ngeri, huu. Yang penting setiap hari wajib lap dengan kain bersih kat tempat operate tu, jangan bagi berair.

Sakit nak bergerak dalam 13/15 hari. Maksudnya masa baring nak bangun. Tapi berjalan dah tak sakit. Masa ni Iza dah stat mandikan baby. Tapi my hubby tak kasi, tapi Iza mandikan juga kengkadang, yela, luka pun dah kering, tak nak manjakan sangat badan ni kan, kesian kat adik ipar pun iye jugak, haa baik kan Iza ni? Sila muntah hijau.

Sakit masa berjalan dalam seminggu, lepas tu beransur kurang.
20 hari mcmtu dah tak rasa sakit sangat, adela rasa sikit2 tapi bukan sakit nau. Masa ni Iza dah makan kat dapur sendiri.Haha.

Mandi tanpa wound patch hari ke 23. Dan lepastu setiap hari mandi ok. Haha.

Lepas je mandi Iza baring depan kipas, lap2 luka tu, tempat luka pun dah tak sakit masa ni, tapi benang ada lagi sikit tak tanggal. Jangan pandai2 tarik, ok?!

Makanan berpantang nanti Iza hapdate SINI eh. 
Hihi. 30 hari dah berjalan pergi Forest City dengan family ipar bawa anak2 mandi. ko ader? dahsyat gak aku ni lah hai, belom abis pantang dah berjalan, Ya Allah, taubat Faizah!

Monday, October 29, 2018

Pengalamanku Hamil Bayi Melintang, Pengalaman Pusing Baby (ECV) Transverse Lie

Assalamualaikum semua,

Iza nak share pengalaman buat ECV (pusing baby melintang) kat Hospital Kluang, Johor. Semoga dapat membantu ibu-ibu yang bakal melalui proses ECV. Semoga Dipermudahkan.




Hi saya baru jer keluar ni 


35 minggu 6 hari (18 Sept 2018)


Kepala baby belah kanan, so terus doktor BT call Hospital Kluang.
Sebab iza tanya bila boleh buat ECV. Doktor terus call Hosp Kluang untuk confirmkan date so appointment seterusnya ditetapkan pada 25 Sept 2018 (36 minggu 6 hari).

36 minggu 6 hari (25 Sept 2018)

Masa ni appoinment dengan pakar di wad O&G. Oleh sebab first time: Free. Kalau 2nd time dan seterusnya, RM5 setiap kali datang. Ok mula-mula, nombor Iza dipanggil, masuk 1 bilik ni, die cek blood pressure, berat badan dan air kencing. Lepas tu tunggu lagi. Bilik kedua barulah kita jumpa doktor pakar.

Scan

Masa ni doktor terus scan, doktor cek semua, uri cantik kata die, uri atas, air ketuban cukup, so boleh proceed ECV. Oleh sebab harini iza tak puasa dari 2 pagi malam sebelumnya, so ECV di tangguhkan kepada esok hari. Doktor terangkan risiko ECV. Antaranya:


1- Jika selepas ECV baby berjaya pusing, dan tiada apa-apa kesan sampingan pada baby dan ibu, contohnya blood pressure ibu naik ke, blood pressure baby turun ke, atau pun uri lekang ke, atau pun tiba-tiba ada contraction ke, kalau tak ada semua tu, Iza boleh balik rumah.


2- Tapi kalau selepas ECV baby berjaya pusing, tapi ada kesan kat atas tu, so kene terus emergency caesar.


3- Jika selepas ECV baby TAK berjaya pusing, terus set caesar date. 


4- Jika selepas ECV baby berjaya pusing, tapi kedudukan baby patah balik, set date untuk caesar juga.


Masa ni berdebar jangan cakapla. Dua2 anak memang normal, tak pernah terlintas kena caesar, so lepas cek , Iza dengan hubby balik rumah. Iza pun Google la pengalaman2 orang lain yang caesar, berdebar, nervous , sedih pun ada uolls.. uwaa.


Lepas tu doktor tambah lagi:


Proses ECV memerlukan kita puasa at least 6 jam so kena puasa stat 2 pagi.


Appoinment esok pada jam 8 pagi.


Masa nak buat ECV, nanti doktor akan masukkan ubat pelembut rahim, kesan sampingan ubat tu, ialah kita akan rasa berdebar2 macam lepas joging. Ok Noted doktor!

37 minggu (26 Sept 2018) ECV day


Appointment jam 8pagi. Iza dengan hubby dah sampai jam 7.50 pagi terus ke Dewan Bersalin sebab proses ECV dilakukan di sini.
Tukar baju warna pink sebab kemungkinan2 lain akan ada kan, so standby je kalau kene admit wad. Perasaan Iza masa ni bercampur baur, nervous, lega, syukur, takut, gembira, sedih, semua ada.

Mula-mula seorang doktor Cina lelaki ambil darah 1 tiub kecil.
Lepas buat CTG (cek jantung baby) dalam 50 minit.
Timbang Berat badan
Cek tekanan darah Iza
Cek jantung Iza
Scan baby : Iza kene scan dengan 3 orang doktor berbeza, mula2 doktor pelatih, lepas tu 2 orang doktor pakar. Dieorang confirmkan lagi kedudukan baby dan uri, dengan jumlah air ketuban. Sebab kalau air ketuban sikit pun tak boleh buat ECV. Masa ni scan berat baby 3.2kg-3.4kg.

Siap semua ni jam dah dekat pukul 10 pagi, Semua result ok, membenarkan proses ECV dilakukan pada hari ini juga. Perut Iza dah berkeroncong dah masa ni, lapar weh.

Pukul 10.15 pagi buat ECV

Doktor 3 orang. Sorang lelaki Malay, sorang Cina perempuan, sorang lagi indian perempuan. Yang pusingkan baby ialah doktor lelaki, Doktor Syazuan tak silap namanya. Sebelum tu Iza ada tanya doktor Syazuan, "berapa persen sebelum ni yang doktor berjaya pusing?"
Dengan konfiedennya die jawab "100%". 

Ok Iza sedikit lega, sebab Iza banyak dengar dan baca cerita ngeri2 je pengalaman ECV dieorang. Ya Allah nervous jangan cakap, kita risaukan baby, betul tak? sebab keputusan nak buat ECV pun pada tangan kita kan, bukan doktor. Doktor hanya terangkan dan suggest, dan kita yang buat keputusan.


Masa ni kepala baby belah kiri, kaki baby belah kanan. 
Doktor masukkan ubat lembutkan rahim, so mulalah kesannya Iza rasa, dada berdebar2 dan badan menggigil2 kesejukan. Serta-merta doktor pusingkan baby. Masa doktor cari kepala baby tu rasa sakit sikit, tapi masa pusing tu tak sakit pun. Sekejap je die buat, dah settle. 
Alhamdulillah berjaya memusingkan kepala bayi ke bawah.


Lepas tu buat lagi CTG lagi ( 20 minit ) untuk pastikan baby tak ada apa2 effect.
Mula-mula heartbeat baby tinggi, pastu rendah tapi masih dalam range, doktor kata baby masih terkejut. Hihi.
Masa ni Iza masih rasa berdebar2 kesan ubat lembutkan rahim tu, tapi dah kurangla, tangan pun menggeletar, tak tau la sebab kesan ubat atau sebab kelaparan. haha.

Rehat


Lepas tu doktor dan nurse suh pegi 'buka puasa' cepat2, masa ni dah pukul 10.45 pagi lebih kurang. Ya Allah lapar gila. Haha. Makan pun dekat ruang menunggu je, tak boleh keluar. Alahai, baru je nak keluar makan. Excited sebab dah berjaya pusing baby, Syukur Alhamdulillah.


Balik Rumah

1.30ptg nurse panggil dah boleh balik. Yay. Alhamdulillah. Nurse bagi tarikh 38W (next week) untuk appointment dengan O&G. Untuk tengok sebarang kemungkinan di atas. Tapikan, Iza rasala, balik tu masa solat Asar , kepala baby Alia dah kat tepi semula. huhu.....

Nanti Iza share pengalaman seterusnya ya. 

- Nanti iza share pengalaman caesar eh. Dah post out boleh baca SINI.

Friday, July 7, 2017

Cara Buat Sarung Bantal Simple Mudah Senang jer

Assalam,

Nak dijadikan cerita, bantal kakak Anis masa kecil dulu dah reput dan koyak sana sini. Mana tak nya, hari-hari dipeluk cium dan dikencingkan (sesekali) hihi. Bantal pemberian arwah mak mentua ku; Sumarmi Binti Mansukarta (Al-Faatihah). Maklumlah anak sulung masa tu, ingatkan dan cukup bantal, rupanya bantal keciot kecik je ade 1, dengan bantal peluk baby 1, tak cukup katanya. Maka mak mentua aku pun bagila bantal kekabu ni. Bantal ni kecik je sebenarnya, saiznya lebih kurang 1 kaki X 2 kaki. 

Nilah bantalnya

Tengok tu dah koyak rabak akibat reput.

Nilah rupa bantal yang baru aku jahit menggantikan sarung bantal putih tu.
Aina suka sangat.

Wednesday, December 7, 2016

Trip to Georgetown dan Batu Ferringhi, Penang 4D3N (Day 1 - Day 2)

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah pada 30 Nov 2016 - 3 Dis 2016 kami sekeluarga berkesempatan bercuti ke Penang atau lebih spesifik lagi kami bermalam di Broadway Budget Hotel,  Georgetown (3D2N) dan Station Budget Hotel Batu Ferringhi (1D1N). Kedua-duanya aku book melalui Booking.com dan aku pilih tempat paling strategik. Alhamdulillah penginapan OK, bagus cuma Station Budget Hotel Batu Ferringhi agak berpasir walaupun hotelnya agak baru.


Hari -1


Hari pertama kami bertolak dari Klang dalam jam 7.30am dan tiba di Jeti Sultan Abdul Halim untuk menaiki feri lebih kurang jam 12.15pm. Harga Tiket RM7.70 untuk pergi-balik. Untuk pengetahuan, dari Pulau memang tiada tol ye, baik melalui feri atau jambatan P.P.


Kemudian kami makan tengahari di Restoran Kapitan. Restoran ni antara salah satu restoran famous di sini. Harga cukup berpatutan! Rasanya pun so-so, boleh tahan. tapi memang murah sikit berbanding restoran Nasi Kandar lain.



Restoran Kapitan

Kemudian kami check-in Broadway Budget Hotel. RM157/N untuk 5 pax. Murah giler kan. Aku book bulan September, which is awal 3 bulan dari tarikh kami check-in ni. Hotel ni fair enough la dengan harga. Air panas kena request kat kaunter, air masak tidak disediakan, parking tak disediakan tapi location memang bestlah. Terlalu dekat dengan Nasi Kandar Beratur, Masjid Kapitan, Little India dan Restoran Kapitan.


Lepas sembahyang dan lepak-lepak sekejap, kami pun mulakan operasi jalan-jalan. Tempat pertama yang dituju ialah Penang State Museum (Muzium Negeri P.P). Lagi 1 jam je nak tutup, kami baru sampai, itu pun masih ada lagi pengunjung. Muzium ni dibuka pada 9am-5pm. Tiket RM1 dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.




Replika Tunku Abdul Rahman di Muzium Negeri P.Pinang

Selepas tu kami bertolak ke Fort Cornwallis di mana ia merupakan kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-18. Kota ini dibina di atas tapak di mana British yang diketuai oleh Kapten Francis Light, mula-mula mendarat di Pulau Pinang untuk mengambil alih pulau itu pada tahun 1786. Kalau nak tahu lagi tentang sejarah Fort Cornwallis, boleh klik SINI.

Ia dibuka pada jam 9AM-10AM. Tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5. Bagi aku agak mahal la. Sebab bukan ada apa pun kat situ kecuali meriam, penjara, dan tugu Francis Light. Yang menariknya, ada 1 meriam yang unik betul betul kat penjuru kubu tersebut. Kalau nak tau, boleh la datang sendiri dan tengok ye.

Lepas jalan-jalan, mestilah lapar kan? So kami pun having dinner di persiaran Gurney Drive. Cantik pemandangan di sini. Gurney Drive ni memang betul2 sebelah laut, so pemandangan memang cantik.

Kalau dah sampai penang ni tak sah la kalau nak pekena pasembor kan. Kami makan pasembor campur sayur total RM54 sepinggan nasi. Terkejut beruk sikitla sepinggan RM54. Nak kata kenyang pun tak juga la. So kami tapau lagi nasi goreng, nasi lemak dan char koew teow makan di hotel.

Hari-2

Pagi-pagi lagi kami bertolak ke Penang Hill aka Bukit Bendera. Kami sampai dalam jam 8.30am. Pengunjung masih tak ramai dan cuaca pun sejukk je. Memang mulut berasap ko kat atas hill tu!!. Mungkin sebab gerimis dan hujan sekali -sekala. Dapat la fe-feeling macam di negara 4 musim!

Tiket di sini dikira by family. Kami dewasa 3, kanak-kanak bawah 5 tahun ada 2 orang total semua RM28. Dibuka pada jam 9am-11pm. Kalau nak best silalah pilih seat depan sebab boleh nampak depanlah kan!






Hujan dan gerimis dalam cable train. Kami port  paling depan!


Di food court kat atas hill. Sejukk. Makanan not bad. Kerusi urut pun ada. 


Anis curi-curi bergambar dalam pagar. Sebab ada pagar disekeliling tugu pokok ni, so kami kena bergambar jauh dari tugu 


Pemandangan dari atas Bukit Bendera. Boleh lihat seluruh Georgetown! SubhanAllah.

Lepas puas round Bukit Bendera berjam-jam, kami pun menuju ke Rumah P.Ramlee. Masuk percuma. Opening hour 10am-5pm kecuali Isnin tutup. Kat sini abah menitiskan air mata, sayu hatiku. "Rupanya tempat free yang memberi kenangan kepada abah". hihi.

Rumah P.Ramlee dipenuhi pengunjung.

Kemudian kami lunch di food court sebelah Padang Kota yang berdekatan dengan Fort Cornwallis. Tempat ni pun sebelah laut. sambil makan boleh lihat laut malah boleh dengar deruan ombak. cewah.

Kami order nasi ayam, mee udang, koew teow udang dan cendol special ada eskrem. Harga biasalah macam kat Johor jugak. Cuma aku cari Hameed Mee Sotong sebenarnya, tapi tak jumpa :-(

Abah selepas makan di Padang Kota.

Lepas perut kenyang, kami pun solat di Masjid Kapitan. Masjid Kapitan ni terletak di sudut Lebuh Buckingham (Buckingham Street) dan Jalan Masjid Kapitan Keling (Pitt Street). Sebagai sebuah pusat bersejarah 
Islam terkemuka, ia adalah sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia George Town dan terletak di pusat Tamil Muslim di Georgetown ni,

Masjid Kapitan Keling

Selepas tu kami pun menruskan aktiviti jalan-jalan ke 3D Trick Art Museum. Harga tiket dewasa RM15, kanak-kanak dan warga emas RM10. Opening hour 9am-6pm. Ada assistance dari staff bertugas tolong ambilkan gambar dengan cara yang betul, kalau ambil gambar dengan cara yang salah, maka tak jadilah gambar tu.

Tiket

Anis tengah main gasing.

Actually terlalu banyak gambar ketika di 3D Trick Art Museum ni. Ada yang baring, meniarap,menunggang, terbang, senget..sampai poning kepala den. Penat gila ok!
Lepas tu kami balik hotel dan membuta. 


Dinner kami malam ni simple jer sebab hujan lebat dan penat so malas nak plan makan meriah-meriah. Abah request Nasi Kandar Beratur duk nun sekangkang kera je dari hotel. So kami tapau 2 bungkus Nasi Kandar Beratur total RM18, kemudian makan di Restoran Hameediyah.


Ramai jugak makan kat sini. Sedap. Service pun tip top. Memang padanlah dengan harga dan memang tak pelik kalau bisness ni dah terlalu lama bertahan sejak 1907 sehingga hari ini, malah pernah published di TV3 JJCM. 4.5 bintang!



Address164, Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Hours



Wednesday10AM–10:30PM
Thursday10AM–10:30PM
FridayClosed
Saturday10AM–10:30PM
Sunday
(Mawlid)
10AM–10:30PM
Hours might differ
Monday10AM–10:30PM
Tuesday10AM–10:30PM


Lepas makan di Hameediyah

Lepas makan, kami pun ambil baju-baju kotor yang dah membukit, hantar ke dobi. Actually ada 2 dobi coin kat area Georgetown ni. Iaitu 123Laundry dan Laundrybar. Aku suggest suggest suggest sesangat 123Laundry yang terletak di 15, Jalan Buckingham, Georgetown ni. Sebab ia lebih murah dari dobi coin yang biasa dan lebih wangiiiiiiiiiiiiiiiiii. Tapi 123Laundry bukan 24jam. Opening hour 10am-10pm sahaja.


OK sambungan Trip to Georgetown dan Batu Ferringhi,  Penang 4D3N (Day 3 - Day 4 )untuk hari -3 dan -4 boleh baca dekat: SINI

Saturday, August 8, 2015

How to handle 4 and 1 year old Daughter at the Same Time

Assalam.

Intro

Alhamdulillah aku dikurniakan 2 orang cahaya mata yang sangat aktif. Anis masuk 4Y. Masih mahu Mama die suapkan bila nak makan. Aina suka Mama kepit dan tengok je apa die buat 12jam. Ahaila anak, mentang-mentanglah Mama die dah jadi FullTime Housewife, mencanak2 manjanya! Kadang-kadang aku terfikir nak kerja semula dek kerana nak 'berehat' dari babysit anak-anak. Adakah?

How

Tapi aku Redha, dan aku remind semula NIAT aku resign kerja dulu sebab apa, sebab nak didik anak-anak menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah disampaing nak pastikan keluarga dapat makan makanan yang dimasak sendiri. Hubby pun setuju. Lagipun die jenis yang negatif dengan kebersihan kedai makan / restoran kat luar. Sebab selalu lepas makan kat luar, die mesti komplen tak sedap atau tak kena dengan harga. So aku memang WAJIB masak hari-hari.

So bila duk rumah ni, aku biasanya plan sehari awal apa yang aku kena buat. Contoh esok nak masak apa? So if hubby kerja pagi, malam sebelum tidur aku dan unfreez kan lauk ke fridge bawah contohnya ayam mentah. So bila bangun tidur bolehla keluarkan ayam tu ke dapur. Jadi tak alah kelam kabut nak cairkan ayam tuk kan.

Lagi satu, setiap hujung minggu (atau time Aina tidur mati), aku akan siapkan rencah :

1) IKAN BiliS+Bawang Merah/Bawang Kecik+Bawang Putih+Cili kecil (kadang2 tak letak).
2) Cili kering disiang dan direbus,

blendkan siap2 kedua2 rendah berasingan kat atas ni, stok untuk at least 2 week.
*Kadang2 1 week dah abis. 
Aku duduk dengan parent so masak kira untuk 5 orang sekali masak.

Dan waktu nak mandikan anak-anak, mandikan sekali 2 orang. Hasilnya lebih cepat dan senang. Kalau mandikan kakak Anis sahaja nanti adik menangis nak ikut masuk bilik air. Stress mak!

Tips lain, Leverage kan (agih2kan maksudnya, ha masuk pulak bab bisnes) kerja dengan kakak Anis, contohnya: sidai towel, kemas mainan, makan, basuh mulut sendiri lepas makan dan buangkan pampers adik Aina. Ni memang stress sikit, tapi percayalah, lama2 sape yang senang? Mama jugak. Anis memang dah tak pakai pampers sejak 2 tahun setengah. Malam pun tak pakai. nak cencing or berry, die memang pergi toilet sendiri. Jmat banyak masa Mama kat situ! 

Dengan cara ni dapat jimatkan masa untuk menyiapkan segala kerja rumah yang disandang oleh surirumah. 


Kesimpulannya, kita yang arrange masa. Kita lah bos, kita lah pekerja di rumah. Saya pekakkan je telinga bila orang kata 'ni Faizah duk rumah ni boleh la buat kuih banyak2', 'ni Faizah duk rumah ni boleh la trade intraday hari2'. Sedap je mulut dieorang kan, ingat surirumah ni terkangkang tak kerja? Jaga anak dan urus rumah pun kerja OK. cube hang duk tang kami ni boleh?Boleh? Lagilah anak sendiri, nak jaga betul2. Maaf. Emosi. Siap ada ayat macam ni, ' kat sana susah eh dapat kerja?' 'Sayangnya belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja'. 

Dalam hati aku, " Small cap of mentallity. Kesian, Awak tau kerja makan gaji jer ker dapat income??" 

Kesian. Kesian. Ok. sampai sini dulu tips handle anak-anak. melencong sangat dah aku ni. Bab income lain tu lain kali lah aku share ye?

Thanks reading.
Assalam.
Faizah,
Full Time Housewife and 'Im proud of it.

Wednesday, May 20, 2015

Satu Kejadian yang membuatkan Ibu Ini Terlalu Melindungi Anak-Anaknya

Assalam.

Aku terjumpa video ni masa google2 apa yang patut. Tiba-tiba aku rasa video ni macam kena kat batang hidung aku. Serius. 

1 benda aku belajar, aku akan cuba kurangkan 'kongkongan' pada anak-anak aku. Korang boleh tengok video ni kat SINI.

Lepas tu ni lagi 1 video tentang cabaran buat ibu tu untuk kerap kata 'yes' pada anak dieorang. Boleh view video nya kat SINI. Yela, aku pun selalu sangat cakap NO atau JANGAN pada anak-anak aku kan. Abis kalau die kacau barang kite macam mana kan? 

So tula cabaran kita untuk pikir cara lain supaya tak bagi mereka kacau barang kita atau jangan buat sesuatu yang kita tak nak mereka buat dengan tidak mengeluarkan perkataan JANGAN. OK.

Adoi. Gud Luck Paei!


Kesian Anis, asik kena marah je dengan Mama. Sampai sembunyik die kat belakang adik dia. 

Wednesday, October 1, 2014

Tutorial Nursing Pillow - DIY

Assalam.
Bercoretan lagi aku kali ni. Alhamdulillah.

As for the title, aku nak share cara buat Nursing Pillow sendiri-home made hokay.
Boleh buat sendiri tau. Yang penting ada bahan2 dan baby yang nak dinursingkan itu. Yup.

Step 1:
Ambil news paper lama yang korang dah habis hapal tu, then lukis half sahaja nursing pillow. Bab ni aku agak2 saja. Kot la sapa2 pinggang ramping boleh kecikkk kan sikit bukaan pinggang tu. Hok comey sikit, bolehla renggangkan sikit bab pinggang tu ye.
Kalu anda memang malas sangat nak pikiaq, wat pening kepala pikir bentuk nursing pillow, dengan baby tgh melalak lagi, ha google je image 'free nursing pillow pattern', Maka keluarlah berbagai pattern nursing pillow sampai rambang mata nk pilih mana.
Step 2:
Ambil kain dan lipat 4. Kenapa perlu lipat 4? Mesti soalan tu keluar kan. Sebab senang, gunting sekali, siap dua2 belah kain.
Ambil kertas pattern yang sudah siap digunting tadi, lekatkan pada kain. Lepas pin cantik2 keliling nye, gunting pelan2.
Maka bile bukak, terhasillah 2 keping atas dan bawah bantalnye. Jangan salah pin ye. Baik nk wat nursing pillow, jadi nursing wear, amacam?

Step 3:
Cantumka dua2 kain tadi. Pastikan belah dalam dikeluarkan. Kemudian pin kan sahaja dan jahit. Tinggalkn sikit untuk lubang. Lubang ape? Lubag nak masukkan kekabu fiber. Kekabu ke fiber? Aku guna jenis fiber. Senang paham kalau cakap kekabu fiber ye dak?
Step 4:
Lepas tu pusingkan kain sarung tu yang dalam dikeuarkan, yang luar dikedalamkan. Tak perlu jahit tepi pun. Sekarang, bolehla masukkan kekabunye. Lepastu jahit dengan tangan tangan lubang kekabu fiber tu tdi.
Siap!
Tapi bagi sesiapa yang nak wat sarung bantal, step die same.
CUMA..
Masa nak start jahit mesin tu, jahit zip dulu ye. Then baru jahit tepi semua.

Siap!
Selamat mencuba :)p/s
: minta maaf ye xsempat snap semua step

Tuesday, July 22, 2014

Jaundis (Demam kuning)

23 julai14.
Alhamdulillah.

Hari ini genap 17 hari kelahiran puteri kedua ku Aina Sakinah. Bacaan kuning dia pon dah selamat iaitu 7.9. Yay. Dah tak payah ulang alik cek kuning lagi. Yayay
Rentetan cerita kuning Aina:

Hari ke3 kelahiran : 14.5

Tinggi kan kuning anak aku. Aku bukan darah O. Dan sewaktu mengandung aku tak ada masalah apa2. Seriau bile nurse ckp maybe kene bw ke hospital. Dah ler badan sakit2. Berjalan pon kengkang2 lagi aku ni. Sakit breast lain. Allahuakbar. Betapa Allah je tahu sedihnya hati aku ni.

Tapi doktor bagi peluang. Tak perlu pergi hospital. Cuma esoknya datang cek lagi.
Balik rumah, aku bagi air limau dgn anggur hitam dalam 2 or 3 sudu.

Hari ke5 kelahiran : 14.8
Ya Allah.
Makin naik.


Doc suruh pergi hospital. Walaupun bukan 16. (sebab 16 baru tahan wad dan baby akn dirawat di bawah fototerapi)
Doc dah suruh g, tak kan nak melawan pulak ye tak.


So sampai hospital kota tinggi, cek 13 sahaja dan doc suruh balik. Alhamdulillah.
Sampai rumah aku pon mengoogle dgn bersungguh2. Jumpa 1 info ni. Perah anggur hitam 6 biji pagi n 6 biji petang bagi kat baby. Sebelum ni aku bagi 2 sudu x cukup rupanya.huhu. So aku perah n masukkan dlm botol. Alhamdulillah.  Aina berry banyak. Kucil pon banyak.

Hari ke7 kelahiran : 11.9

Turun banyak kan? Alhamdulillah.
Masalahnya anggur pon dah habis. Mama Aina pon sibuk nk telan masa memerah anggur itu ;)


Jadi aku try bg susu formula juga diselang selikan dengan susu badan. Ni petua nurse kk tmpt aku yg suggest. Bisik2 die bgtau suh bg susu formula untuk cpt trun kuning. Sbb kata die, susu badan baby kurang berry,  Kalau susu formula baby akan banyak berry.
# berry= berak....

Hari ke10 kelahiran : 10.0
Still kene dtg klinik lg sbb nurse ckp nk trun smpi bawah 10 kata die. Aduhai.
Aku dah confident sgt yang Aina akan trun kuningnya pasni. So susu formula ke, anggur ke, semua bantai tak bagi. Wakaka. Hanya susu badan.


Hari ke13 kelahiran : 10.0
Still x turun. Aku budget 9.0 ke. Rupa2nya sama je 10.0. Jadi terpaksala aku selang selikan dengan susu formula juga. Anggut hijau pon aku bg juga.

Kawan laki aku suh bagi ubat 4life. So aku campur dalam susu formula. Sebiji pagi and sebiji petang. Pil tu dalam bentuk kapsul. So bile bukak die actually serbuk. So senang nk bncuh dlm susu. Aku dh lupa pil nama apa ya.huhu. Berry n kucil Aina mak oi busuk, bau ubat tu. Tapi tula kuning die kluar habis agaknya.


Hari ke17 kelahiran : 7.9
Yezsa!
Nurse pon ucapkan tahniah wat aku laki bini.
Amboi. Nmpak sgt muke ni je yg selalu cek kuning ye.


Tapi xpe.
Aku yakin semua ada hikmah oleh Nya.
Sekarang boleh la aku start makan jamu.

Semoga apa yang aku share ni dapat membantu serba sikit untuk momies diluar sana yang risau mcmna nk turunkan kuning baby.
Selamat mencuba.

Contact Form

Name

Email *

Message *