Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

Pengalaman sebagai penderma peripheral Blood Stem Cell (PBSC Collection)

Assalamualaikum.
Setelah melalui beberapa saringan blood test, akhirnya darah aku paling match (bkn 100%) dengan darah abang sulungku yg menghidap kanser darah.
PROSES

So dipendekkan cerita, aku di enjet 3hri berturut2 untuk 'menyemai' stemcell booster dan hari ke4 dan ke5 stemcell aku di'tuai'.

26 dec 14 aku injected GC 900
27 dec 14 aku injected GC 900
28 dec 14 aku injected GC 900 dan terus admit warded Hospt Ampang.
29 dec 14 aku injected GC 300. Lepastu doc buat 'line' kat peha aku.


Line tu pasang mcm tiub utk darah keluar n masuk semasa proses apheresis nanti. peha aku dibius n dipotong skitla. Like small operation. oleh kerana aku bru 5 bulan bersalin, so small operation ni kacang agtla sakitnye. *berlagak*. :-)

so basically tula pengalaman aku. Bagi sesiapa yg takut2, good. sebab anda tak bileh renyah2 masa warderd tu. takut tetanggal plak tiub tu nnti. nak solat pun aku baring je atas katil. alone. tak de sesiapa neman pun kat hospital. boleh move pegi toilet tp jgn kerap sgt bgun. pastikan pergi toilet pee n tros ambil wuduk. so xdela 4 or 5x asik g toilet je kan..
Nurses are very friendly. Jgn risau. cume kalau ade pening2 or pusing2 kepala just relaks n baring n bgtau nurse. jgn byk gerak. minum byk air. tp aku minum tahan2 je.ehe. sbb collection tu 5jam beb! cane nk kencing kan? die bg aku pakai pampers tp aku berjaya utk tidak kencing.

Lg 1. ward 7D tu memang sejuk giler hokay! 18○C! ade sebab2 tertentu la knp dieorg set that temp. ok. Gud Luck bg sesiapa yg nk donate. Bykkn zikir dan doa. InsyaAllah Allah mudahkan. ameen.

PBS Collecting. Kebas tangan.

Wednesday, October 1, 2014

Tutorial Nursing Pillow - DIY

Assalam.
Bercoretan lagi aku kali ni. Alhamdulillah.

As for the title, aku nak share cara buat Nursing Pillow sendiri-home made hokay.
Boleh buat sendiri tau. Yang penting ada bahan2 dan baby yang nak dinursingkan itu. Yup.

Step 1:
Ambil news paper lama yang korang dah habis hapal tu, then lukis half sahaja nursing pillow. Bab ni aku agak2 saja. Kot la sapa2 pinggang ramping boleh kecikkk kan sikit bukaan pinggang tu. Hok comey sikit, bolehla renggangkan sikit bab pinggang tu ye.
Kalu anda memang malas sangat nak pikiaq, wat pening kepala pikir bentuk nursing pillow, dengan baby tgh melalak lagi, ha google je image 'free nursing pillow pattern', Maka keluarlah berbagai pattern nursing pillow sampai rambang mata nk pilih mana.
Step 2:
Ambil kain dan lipat 4. Kenapa perlu lipat 4? Mesti soalan tu keluar kan. Sebab senang, gunting sekali, siap dua2 belah kain.
Ambil kertas pattern yang sudah siap digunting tadi, lekatkan pada kain. Lepas pin cantik2 keliling nye, gunting pelan2.
Maka bile bukak, terhasillah 2 keping atas dan bawah bantalnye. Jangan salah pin ye. Baik nk wat nursing pillow, jadi nursing wear, amacam?

Step 3:
Cantumka dua2 kain tadi. Pastikan belah dalam dikeluarkan. Kemudian pin kan sahaja dan jahit. Tinggalkn sikit untuk lubang. Lubang ape? Lubag nak masukkan kekabu fiber. Kekabu ke fiber? Aku guna jenis fiber. Senang paham kalau cakap kekabu fiber ye dak?
Step 4:
Lepas tu pusingkan kain sarung tu yang dalam dikeuarkan, yang luar dikedalamkan. Tak perlu jahit tepi pun. Sekarang, bolehla masukkan kekabunye. Lepastu jahit dengan tangan tangan lubang kekabu fiber tu tdi.
Siap!
Tapi bagi sesiapa yang nak wat sarung bantal, step die same.
CUMA..
Masa nak start jahit mesin tu, jahit zip dulu ye. Then baru jahit tepi semua.

Siap!
Selamat mencuba :)p/s
: minta maaf ye xsempat snap semua step

Tuesday, July 1, 2014

Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan (repost)

Assalam.
Di sini saya teringin nak share tentang 1 kisah yang boleh dikategorikan 'amat rugi' jika kita tak baca ataupon ingat.
Jadi saya titipkan cerita ini yg saya peroleh dri teman2 sesawang, bukan untuk apa, untuk dijadikan rujukan saya dan anda kelak. Selamat membaca dengan tenang.
      --------------------------------
Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan
 Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisahLelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.Rumah agam besar dan menarik.Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar.
Milikan RM35juta.
Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan.
Belanja RM20,000.
RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
.Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.***(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″.
Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja

Friday, June 27, 2014

Mengandung 38 minggu

Alhamdulillah.
Kini genap usia kandunganku 38 minggu.

Tanda- tanda kelahiran sebenar masih belum kelihatan. Masa Anis dulu aku pecah ketuban then dalam 2 jam selepas tu aku selamat melahirkan Anis Safiyya. Senang juga kata orang. Senang ke? Allahuakbar Tuhan saja yang tahu macam mana sakitnye pinggang ku. Betulla mak kata pinggang macam nak putus! Walaupon aku xpenah la pulak rase macam mana pinggang putus tu.

Sekarang ni, tidur memang tak lena.

Pinggang akan sakit bile nk pusing2. Mengiring ke kiri salah, ke kanan salah, menelentang lagi la salah. Semput den rasanya. Agaknya macam ni la rasanya mak kita mengandungkan kita ye. Lepastu tiap malam wajib bangun ke bilik air. Nak bangun pon ya Allah, amek masa juge aku nk pikir gaya nk bangun. Nak kejut abi, kesian plak tgk die mengorok. Dah le tugas bangun buatkn susu dan tukar diaper Anis pon abi jugak, xpela, cian abi (muah2) terpaksala aku bangun pelan2, aku anggap latihan untuk mudah bersalin kelak :)


Lepas tu, sekarang ni kalau bangun jebukan boleh terus berjalan. Terasa ngilu dekat ari2, peha pun kadang2 sengal2 juga. Yela, 36 week ritu lagi doc cakap kepala baby dh dekat bawah. Checkup 37week pon nurse bgtau macam dah turun. Harap2 mudah la segalanya kan.

Tapi yang bestnye, makan mcmne byk pun, berat maintain je bila dah hujung2 pregnant ni. Horay. Hehe. Start 35week lagi maintain naik sikit, turun skit...naik skit..turun skit.Boleh la makan puas2 seblm berpabtang ye tak? Dah le aku pantang dalam bln puasa. Kang terliuq tgk abi dgn anis makan buka sedap2. Huwaa..

Stretchmark di perut pun dah semakin membiak dengan jayanya. Dulu masa anis byk dekat ari2 bahagian bawah, namun pregnan kali ni, start last week stretchmark ku semakin melebar di bahagian atas.  hu... Kamu besar ke sayang? Mama x kisah asal kamu dan mama selamat dan sihat sempurna.

Allahuakbar. Kuasa tuhan kan.. Kadang2 pelik memikirkan ada sekujur manusia yang chumel dalam baby bump mama ni. Excited sangat.
Dan kamu sangat selesa ye nak tunggu 40week baru nak keluar melihat dunia macam kakak Anis :)

Thursday, April 24, 2014

New Bisness, New Blog ;)

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni, saya bizi sikit dengan bisnes baru, iaitu bisnes menjual baju dan dress wanita.
So saya jemput ye kawan2 readers untuk like page FB ku ini >>>>>>>>>>

FB page : Baju dan Dress Wanita Murah.

Untuk view blog, boleh klik link : Baju dan Dress Wanita Murah sgt...hehe.

Boleh like kt sebelah nun je... tq2..
Adios..Amigos!! ;)

Wednesday, December 18, 2013

Hati- hati laman web menjatuhkan Islam ini

Info di bawah saya dapat dri seorang kenalan. Dan saya rasa terpanggil untuk hebahkan kepada rakan2 dan saudara se Islam kita. Semoga Allah pelihara Islam.
                 -----------------------
Puak yahudi dengan sengaja telah membina beberapa website untuk menyebarkan maklumat yang salah mengenai Al-Quran dan Hadis, dengan itu sila berhati-hati terhadap websites berikut & beritahu sahabat lain.
1.www.answering-islam.org
2.www.aboutislam.com
3.www.thequran.com
4.www.Allahassurance.com
Tolong kirim pesanan ini kepada seramai muslim yang boleh kerana jika tidak mungkin ramai orang islam akan mendapat maklumat yang salah mengenai agama Islam.
Dpt info ni.. Tadi ada mintak ustaz kat UM check... Dia kata betul.. Plg bahaya adalah answeringislam...
          -----------------------------
Please Copy and paste kepada seluruh umat Islam.
ALLAHUAKBAR.

Sunday, September 29, 2013

Barang elektrik dan wiring murah di Kota Tinggi

Kalau sesiapa berminat untuk membeli barang barang wiring dan peralatan elektrik, bolehla try kedai ni.
Kedai ni terletak bersebelahan sungai kota tinggi.
Tips: bawa test pen masa datang ye, bukan nak test elektrik kedai dieorg, cuma nak dpt harga less. Cuma sangkutje kat baju. ;p

Monday, July 29, 2013

Kad Pengenalan boleh buat kad Touch N Go

Salam dan selamat Sejahtera kepada semua.
Malam ini genap malam ke21 Ramadhan. 
Siang tadi pun redup2 sejuk jer. Semoga kita semua dapat memanfaatkan malam2 terakhir Ramadhan ini.

AMEEN.



So, lagi 9 hari nak Raya,
Apakah persiapan korang? Kuih raya dah berapa balang?
Baju Raya anak2 dah beli?

Saya simple je.
Baju Raya sorang 1. Kuih pun yang rasa2nya akan di makan sahaja yang kami beli.
Ada juga yang dibuat. Tetapi atas kekangan masa, hanya 3 jenis je tahun ni kuih bernama 'Home made'.

Setiap kali Raya,
Ada 1 lagi persiapan paling penting yang orang mudah lupa dan ambil remeh-Reload kad Touch N Go.

(Persiapan ini tidak langsung berkaitan kepada keluarga yang berbisan sebelah rumah atau kampung sebelah-menyebelah)

Reload kad TNG anda sebelum Hari Raya amat penting supaya anda tidak 'stuck' dalam tol jemmed, dan ianya sangat menjimatkan masa! Saya dah topup 2 minggu awal lagi untuk pulang berhari raya di Selangor tahun ini. (BAru lega.....baju Raya xbeli aper...bleh pakai baju laen..ni kalau dah jem kt tol boleh potong Q ke?)

'Ahh, kad TNG belom beli lagi'
Sapa kata TNG kena ada kad? Sekarang Malaysia sudah upgrade. IC pun dah boleh digunakan sebagai kad TNG. Kalau tak percaya, cer anda topup TNG dengan memberikan IC dan duit anda bersama. 

Selamat mengurangkan jem kat Tol ! 

Dan Selamat Hari RAYA!!

#Mood malas kerja. huwaaaa....

Thursday, July 18, 2013

Pos Laju Lembap Ke? 'Dijamin Sampai Esok Ke?'

Sape yang pernah guna pos laju dan dijamin TIDAK sampai di tempat yang dituju pada keesokan harinya?

Aku jamin mesti ade!
Sebab dalam 4 kali shipment from aku atau kepada aku, hanya 1 shipment je yang menepati tema! (Dijamin samapai esok la sangattt..)

Pengalamanku hari ini,
Aku beli barang pos laju pada 15 Jul. Setelah aku track dalam web Pos Malaysia, 15 Julai pagi2 lagi barang aku dah despatch from original station.
Tapi teka aku dapat barang tu bila? Aku dapat after 3 hari. iaitu pada harini , 18 Julai. 

Mana yang dikatakan Dijamin sampai esok tu????

Pengalamanku kedua,
Aku pos barang kepada akak aku yang senegeri dengan aku pada 15 Julai. Setelah aku track dalam web Pos Malaysia, barang masih di post station, waiting to disseminate. APAKAH?? Dan akak aku sudah 2 hari berturut2 ulang alik ke pejabat pos Pasir Gudang untuk DESPATCH SENDIRI barang die, tapi still barang tak sampai2 lagi! And die kate barang sampai esok. Which is Friday (19 Julai). What the GOOD news!


This is the tracking. Some more die janji nak bagi on 19 Julai.  5 hari tau! Terukla servis korang,,,please laaa.

Hello!
Please be remind that we already paid for your service. Don't let our mind get freak by your commitment. Now we prefer private courier better than Pos Malaysia. Sorry!

Hello again!
Kesian akak aku, dah la barang PENTING! Antara hidup dan mati punya barang. Pulangkan semula la service charge kalau service macam BAGUS sangat!

Kami tak teragak- agak nak saman Pos Malaysia di atas kes PENIPUAN!.

BABAI, ADIOS AMIGOSLA POS MALAYSIA. PHUIH!

Monday, July 8, 2013

Kenali Potensi Wang Anda dalam Garaj Wang bersama Abang Abu

Pada Bulan Ogos ini satu program Pengurusan Wang akan diadakan di JB. Tempat akan diberitahu kemudian. Speakernya bukan calang2; Abang AbuAyubul Ansari. Beliau ni best ! Very funny and nice. Abang Abu is head of the Young Entrepreneurs Club and vice-president of the Young Entrepreneurs Network of the Singapore Malay Chamber of Commerce and Industry.

Memang rugi sape yang tak kenal Abang Abu ni! Dia suka orang tanya die, kalau xtanya, die sedih. Korang penah jumpa tak speaker macam ni??





Dalam sesi Garaj wang ini :

Masa : 9am - 3pm

1) mengenali Aliran wang
2) memahami keadaan Kewangan anda
3) membetulkan keadaan dengan teknik MEKANIK $
4) Kenali asset dan liability
5) cara mendapatkan pendapatan pasif yang betul
6) mengetahui Report book wang anda.

Serta Bermain permainan cashflow Robert Kiyosaki (terbaik)
4-9 sesi coaching untuk peserta AWP
Cara cara menjana wang dengan enjin wang yang diajar.
Apa stock ? Apa Hartanah ? Apa internet? Dan cara membina kekayaan dengan semua ini .

Pengenalan track 1-  MEKANIK $ coaching 3 bulan . Bimbingan Bersama team .
Pengenalan track 2 - Menjadi trainer / certified cashflow coach

Tiket boleh dapat pada saya: 
Whatsapp/PM/Call 019-6996162, 019-6556162.

(tinggal 5keping je ni)

Wednesday, June 19, 2013

Macam mana nak buat passport?? (Pengalaman pertama saya membuat passport di Pejabat Imigresen Johor Bahru di Setia Tropika, Kempas)

Pada Sabtu lepas saya berjaya buat passport buat pertama kalinya dalam hidup saya!!
(Ape?? 1st time?) ye...1st time ....ramai yang xpercaya..poyo.tapi itulah hakikatnya..huhu...
Saya membuat keputusan membuat passport dek kerana urusan kerja di Singapura. Jika tidak, lambat lagi la gamaknya nak tunggu aku buat passport sendiri...(yelah, orang plan vacation ke Bangkok, Hatyai bagai...saya ni cita2 kecik...plan nak vacation pon ke Kota Kinabalu sahaja....) ...okla kan...Omputih ramai jer berduyun2 ke Malaysia per...

So nak dipendekkan cerita, saya dan suami sampai di Pejabat Imigresen Johor Bahru di Setia Tropika pada jam 9.00am. (Depa je bukak on Sabtu, tu pon halfday...kalau branch lain Sabtu off.....)

So bila kami sampai je...parking jauh jugak untuk orang awam....then terus beratur kat kaunter bawah tu untuk amek no giliran. Sambil Q saya nampak die nak IC n 2keping pic size IC terpampang kt sign board tepi2 line kami berdiri tu... So dengan penuh semangat saya keluarkanlah apa yang die nak tuh...Tiba turn saya uncle kat kaunter tu cakap...

"Ni background biru (pic saya tula), kami nak background putih...pergi tingkat 6 amek pic 2 keping dan turun semula (G Floor) untuk amek no giliran..."

So kami pon berduyun2lah ke tingkat 6....Hall besar....mcm xdek orang...scary jugak tempatnye...bila jenguk ke dalam.....oh ade 2 small shop... "abg, kakak, meh amek pic...selamat dtg...." kate dieorang....

4 Keping RM10.....
So dgn tergesa2 kami amek pic n bayar RM 10....pic siap xsampai 5 min pon....Pulak yang bengang tu,, rupanya depa amek pic dengan kamera digital je kot...siap xdek flash lagik....kalau tahu.....kat rumah aku dah snap siap2.....pakkal je kan....

Then kami turun ke G Floor semula n amek no giliran....no aku ialan 0290......current no yg tercatat di situ adalah 0130.....so ade 160 orang lagi yang Q depan no aku !!! 

Uncle tu pesan " awak datang semula jam 10am sebab ramai....pergi ke Aras 3" Masa tu 9.30am.....Kire aku selut la uncle tu sebab inform suh g jenjalan dulu...nampakla keperihatinan die pada orang lain...xdela kite dok ternganga2 menunggu Q kan....cayala uncle!!!

So ape nak buat lg setgh jam?
Mestila g mamam....heheh......kenyangkan perut dulu..bwh tu ade kantin...OKla...Pukul 10 sharp kami naik Aras 3......MasyaAllah ! Ramainya umat!! Banyaknye Kaunter !!! Bunyi no giliran sambung menyambung! Sign board auto Number tu pon ade byk.....xtau dah nak tengok yang mana....Pening lalat sekejap aku dibuatnya......

Kiteorg berdiri sekejap dlm 10min tgk gelagat n nak fahamkan work flow dieorg.....Pastu dapat seat belakang yang seat tu memang confirm xboleh nak monitor No Q aku! (patutla empty je seat kat situ)...xpela...tgk no aku cam lme je lagik....so duk jelah aku.....tunggu2 punya tunggu...pinya tunggu,....akhirnya no aku dipanggil tepat jam 12.30pm! anak aku pun dah tertido dgn Abi die....pas bayar RM100 untuk 2 tahun, tunggu lagi untuk ke next kaunter untuk dapat resit n new Q no.....lepas bayar....move pulak ke next kaunter dan letakkan no giliran yg latest tu ke dalam bekas yg disediakan...

Tunggu lagi untuk dapat passport.....
So total ade 3 kaunter yg mesti dilalui...Alhamdulilllah,....settle semua tgk jam kt tgn...1.30pm....So TOTAL 4jam setengah aku dok buat passport harituh....fuh...

Tuesday, May 21, 2013

Mana yang bagus, menjadi suri rumah sepenuh masa, kerja keras untuk naik pangkat, atau kerja makan gaji kecil2lan sekadar cukup2 makan.

Assalamualaikum dan selamat malam,

Dalam sebulan, hanya lebih kurang 7 hari sahaja saya berjaya meluangkan masa berkualiti bersama anak. Baki 21 hari lagi dipenuhi dengan masa bekerja. Kebanyakan hari saya pergi kerja semasa anak belum bangun tidur, balik kerja semasa anak saya sudah tidur. Saya hampir tidak tahu berapa ml susu yang biasa anak saya minum sehari. 

Saya diizinkan suami untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, tetapi ibu dan bapa saya tidak mengizinkan saya untuk tidak bekerja. Seperti yang selalu ibu saya katakan, 'mak abah hantar belajar tinggi2 sampai ijazah, takkan duduk rumah jer?' Atas kata2 itu jugalah yang membuatkan saya negatif kepada bisness sendiri, kerana bagi mereka, mempunyai pekerjaan yang ada EPF (Employee Provident Fund) adalah yang terbaik!

Saya dalam dilema!
Antara derhaka kepada ibu atau memenuhi hasrat hati. Derhakakah namanya? Berdosa juga jika anak saya sendiri pun tidak terdidik oleh ibunya sendiri?

AGAMA

So sebagai panduan pertama saya dalam menyelesaikan masalah ini, saya lihat dari sudut tanggungjawab seorang isteri dalam Islam seperti yang telah diajar oleh Al-Quran dan Hadis (rujukan sepanjang zaman).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki. (Riwayat ) 

Jadi diri saya memujuk hati untuk tidak menyakiti hati suami serta ibu bapa saya. Ambil jalan tengah iaitu bekerjaya sambil berjinak2 untuk bisness. Biar slow tapi penuh dengan perancangan. Saya yakin, usaha saya pasti tidak menghampakan!

So bagi anda di luar sana yang masih mencari2 jawapan sama ada untuk bekerja makan gaji atau kerja sendiri, rujuklah kepada Al-Quran dan Hadis. Di sana lengkap segala jawapan yang kita cari. Juga bincang bersama suami. Ini amat penting! Jika suami tidak redha, xguna kita sembahyang tonggang tonggek. Setuju?

Selamat Malam.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam ;)



Contact Form

Name

Email *

Message *